Kuliah tamat. Hari ni kelas memang full. Next class jam 3 sampai 5 petang. Aku tengok jam dan 2.05 minit.
"Nak makan dulu atau solat dulu?"
Rasya tanya aku sambil kemas segala nota kuliah tadi. Aku berkira-kira buat keputusan yang bernas.
"Kita solat dulu lah sya. Lepas tu kita makan."
"Kalau tak sempat?"
"Kita sempatkan juga,macam tak biasa" Aku sengih jahat tengok Rasya.
"Hahaha!! Dah Jom!" Rasya tarik tangan aku.
Aku lebih suka settle kan solat dulu.Makan tu,aku dengan Rasya selalu curi-curi keluar masa kawan tengah sibuk-sibuk present. Selamba je aku cakap nak pegi toilet. Padahal mencilok ke koperasi beli bun ikan bilis dengan Nescafe Latte. Mana boleh belajar and fokus kalau perut lapar kan? Tak berkembang minda. Sel-sel otak tak berhubung. Hebat tak teori aku?
Tengah dalam perjalanan ke surau aku nampak Redza Tapi aku buat-buat tak nampak .sebab aku rasa dia memang tak nampak aku pun.Bagus aku buat-buat tak nampak.Aku dengan Rasya terus masuk surau.Lepas je ambik wudhu.Aku siap-siap pakai telekung.Bip! Bunyi notification WhatsApp masuk.
"REDZA!" Laju jari aku scroll and buka conversation. Hoi sombong kau Haifa.aku ada depan mata langsung kau tak tegur.apa hal? Gila punya Redza .Dia perasan juga ke aku lalu kat depan tadi? Aku berkira-kira nak balas WhatsApp Redza tapi bila aku dengar sura Redza tengah iqamah,aku delete balik mesej yang aku dah siap taip.Solat dulu Haifa. Solat!!! Aku senyum masuk dalam Saff.Gila aku ni. Senyum lagi. ALLAHUAKBAR. :)
"Rasya,apasal kawan sebelah kau tu sombong sangat eh?" Redza memandang kami yang bari keluar dari surau fakulti.
"Aku tak perasan la weh..sorrylah"
"Siapalah aku ni kau nak pandangkan"Redza buat muka sedih.
Aku sengih tengok muka Redza.hish,tak boleh tengok muka pecah ni lama-lama.hahaha...
"Eh,Haifa.besok kau free tak? Jom pi library esok."
"Kenapa?"Aku angkat kening
"Ajar aku subjek Dr Afnan"
"Lah...kau tak faham ke apa Dr Afnan ajar selama ni?"
"Bengonglah kau. Takdelah "selama ini"okay. Adalah certain benda yang aku nak kau explain.Lagipun tak fahamlah english Dr.Afnan tu. Berbelit-belit. please bolehlah." Kami berjalan beriringan bertiga ke kelas.
"Setakat Dr Afnan punya subjek. Kat depan student memanglah dia balun english. Kalau dengan aku,kitaorang biasa cakap nismilan je." Aku mendabik dada. Bangga. Kerek. Nanti ko WhatsApp je la ok.
"Dah, sembang apa tak habis-habis ni,tak reti-reti nak masuk kelas? Tiba-tiba Dr Afnan muncul dari arah batu nautika mana.Aku tengok Redza, beralih dengan Rasya. Gulp. Sama-sama telan air liur. Dr.Afnan dengar ke apa aku cakap tadi?Laju je pembaris Dr Afnan singgah dekat kepala aku yang comel ni. Boleh tahan juga merah muka aku. Rasya menyimpan senyum dan tarik tangan aku masuk ke kelas. Redza pula dah tarik langkah seribu.Selesai kelas,cun-cun jam 5. Solat lagi.
Arghh kurang iman aku macam ni kalau asyik-asyik nak mengeluh. PENAT.LAPAR.MENGANTUK semua jadi satu. Lapar sebab tak sempat curi-curi keluar kat koperasi. Dr Afnan tak benarkan. Menyampah.layan aku macam budak tahun tiga!Haifa Salsabila,tunggu sekejap.
Aishhh. Apa pulak ni pensyarah aku ni. Tolong jangan menyusahkan boleh tak... aku berhenti menapak. Memandang tepat wajah pensyarah muda itu."Jom,makan ajak Redza dengan Rasya sekali."
"Takpelah Dr. saya nak solat dulu. Sebab lepas ni ada kelas ganti dekat fakulti pendidikan. Terima kasih ye"
Aku menolak pelawaan Dr Afnan.Lepas tu aku dengan Rasya blah. Redza tak tahu ke mana. Gila aku nak makan dengan dia. Lepas solat aku denganRasya terus drive thru KFC and balik rumah. Takde kudrat aku nak pegi kelas ganti tu..sorry to say. Tidur lagi best.
KAMU SEDANG MEMBACA
Menuju Qadr
Short Story"Tulis semua rencanamu dengan sebuah pensel,dan berikan pemadam kepada Tuhan kerana Dia akan padamkan yang salah dan gantikan dengan yang lebih baik"