MATI

154 6 0
                                    

Zaman sekarang penuh dengan cinta. Kata orang cinta itu anugerah Tuhan kepada kita tapi bagi aku cinta lain, sangat lain tidak sama seperti orang fikirkan. Aku hirup air milo yang disediakan oleh Mak Tijah pembantu rumah aku sambil berfikir macam mana nak aku buktikan cinta aku itu adalah cinta yang abadi. Cinta kata orang tak semestinya memiliki. Ahhh.. Bodoh semua tu.
Aku mengelamun keluar tingkap bilik darjah nampaknya harini hujan akan turun. Langit sudah bertukar mula rona kepada biru gelap dan semakin gelap. "Hoi Rin kau tak mengelamun tak boleh ke?". Aku tak hiraukan apa yang Alin teman sekelas aku cakapkan sebab mata aku sedang melihat anugerah Tuhan yang dah lama aku perhatikan sejak tingkatan 1 hingga sekarang aku dah tingkatan 5. Anugerah Tuhan yang cukup sempurna dimata aku, kulitnya putih tapi tak melampau putih,tinggi,hidungnya mancung,matanya pula berwarna coklat cair dan rambutnya yang tebal tapi sentiasa kemas. Anugerah tuhan bernama Adib ini merupakan cinta yang tak pernah dapat aku miliki tapi bodoh siapa kata aku takkan miliki tunggu saja suatu masa nanti, dah tak lama lagi dia milik aku. "Kau dengar taka pa aku cakap ni setan? Kau tengok siapa gila?" Alin mengalihkan pandangannya keluar tingkap dan terus dapat menangkap apa yang aku sedang perhatikan. "Dahlah Rin kau ni dari dulu sampai sekarang duk minat jantan tu buat apa? Move on please." Alin merupakan sahabat sejati aku dan hanya dia dan Azif yang tahu semua perasaan aku terhadap Adib. "Siapa setan? Kau lah setan datang terjah aku tak bagi salam terus panggil aku setan". "hehe.. sorrylah Alin. Tapi betullah dah lah tu minat dekat si Adib tu dia tu takkan layan kau punya. Tu Iman yang gila dekat kau tu kau tak nak pulak". Memang betullah cakap Alin yang Adib memang takkan pernah pandang aku sebab dia dah ada girlfriend dan katanya dia sayang gila girlfriend dia tu. Tapi sayang jugak sebab dia tak tahu yang aku ni lagi gila. Tak sempat nak kata apa apa dekat Alin tiba tiba Ustazah Zuhiyah masuk untuk teruskan pembelajaran harini.

"Kau tolong aku Zif, tolong bagi ni dekat Adib boleh? Aku tak pergi majlis dia malam ni. Tolong bagi hadiah ni masa kau pergi majlis dia cakap ini dari aku dan mintak dia buka malam tu jugak ok." aku meminta antara teman rapat Adib untuk sampaikan bukusan hadiah kerana harini merupakan ulang tahun kelahirannya. "Aku boleh tolong kau kali ni tapi ni kali yang terakhir Adib dah start marah aku sebab asyik tolong kau bagi barang dekat dia" Aku pun tak tahu kenapa sampai ke harini dia masih nak tolong aku dan sanggup simpan semua rahsia dan Adib juga tak pernah nak buka mulut tentang semua surat dan barang yang aku pernah bagi ni dekat sesiapa melainkan hanya Azif seorang yang tahu. "Tak payah risau ni memang barang last dan aku takkan mintak kau buat apa apa lagi. Thanks Zif nanti dah selesai semua aku belanja kau kopi yahudi" Azif senyum dan terus pergi dari situ.

"Kau serious tak nak pergi majlis harijadi Adib malam ni? Kau dah gila ke? Kau dah move on ke beb? Alhamdulillah akhirnya" Alin melompat macam orang gila gembira sangat konon sebab aku macam dah move on.Aku malas nak layan aku Cuma memandang langit yang biru dan awan awan di langit. Hidup seseorang mungkin takkan seindah langit.

Hai Adib, Happy Birthday for you. I mintak maaf ini last hadiah I dapat bagi dekat you sebab lepas ni mungkin kita jumpa di syurga atau neraka jelah. I tunggu you dekat sana Dib.I rasa malam birthday you ni masa yang tepat untuk I cabut nyawa sendiri. I rasa kalau cabut nyawa di hutan belakang sekolah ni mungkin takada siapa nak datang cari yelah hutan ni kan keras kata orang tapi I tak takut dah. I dah nak MATI.

Aku hadiahkan Adib hanya sepucuk surat dan berharap dia datang untuk selamatkan aku. Macam tak logik tapi benda dah logik sebab Adib memang betul betul datang. Aku pun tak sangka dia berani ke hutan yang dikata keras berpuaka ni, bagi aku hutan ni biasa. Apa salahnya berkawan dengan puaka. Aku tenung Adib dari arah belakang batang pokok yang berada betul betul di belakang Adib. Pisau daging yang tajam laju hinggap di leher Adib, darah merecik habis ke muka aku. Kepala jatuh ke tanah. Aku tatap mata coklat cair yang menawan bagi aku itu. Sayu kelihatan mata itu memandang dapat aku lihat sinar cinta yang pudar terhadap aku.

Aku angkut badan dan kepala Adib kedalam sebuah rumah usang yang dah lama ditinggalkan di dalam hutan puaka tu dan mungkin tempat tinggalnya puaka hutan tu. Aku jahit semula kepala Adib dengan ringkas, tak perlu kemas cukuplah terlihat sempurrna tercantum kembali. Aku kucup dahi dan bibir yang pucat itu untuk kali pertama dan terakhir. "Kau takkan pergi sendiri Dib aku akan sentiasa ada ikut kau sayang".

"Rin thankslah tunaikan janji kau nak belanja aku kopi yahudi ni. Tapi kau dah dengar berita tak yang Adib hilang? Aku bimbang gila weh. Asal muka kau puncat eh Rin?". Riak wajah Azif jelas kelihatan dia bimbang tapi kau tak perlu bimbang Zif aku bahagia. "Aku demam. Aku nak baliklah,Zif thanks jugak sebab buat segalanya berjaya" aku berlalu dengan penuh senyuman tanda aku bahagia.
Aku pulang kerumah di ruang tamu aku dapat saksikan semua ahli keluarga aku ada. Sudah lama aku tak melihat mereka berkumpul malah mama dan papa sekalipun jarang ada dirumah. Ada yang menangis, ada yang terkejut dan mama antara orang yang tak dapat menerima kenyataan apabila pihak polis menemui mayat perempuan dan lelaki mati dalam keadaan mengerikan, mayat yang tangan tercantum antara lelaki dan perempuan kerana dijahit, kepala mayat lelaki turut dijahit dan mayat wanita yang lehernya dikelar. Ye tu mayat aku dengan Adib, aku yang jahit tangan aku dan Adib supaya tercantum agar kami tak terpisah dan aku sendiri yang mengelar leher aku sendiri supaya dapat pergi bersama sama Adib. Aku mati sambil tersenyum mama tak perlu risau aku bahagia. Cinta aku kini dah aku miliki, aku dah buktikan dengan mati.

MatiWhere stories live. Discover now