Bab 1

8.4K 153 5
                                    

RESAH menunggu. Sehingga ruang itu sepi daripada penumpang lain yang sudah berjemput. Hanya dia yang termangu sendiri. Sudah beberapa kali pendaratan pesawat silih berganti di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, susuk tubuh yang dicari masih belum kelihatan. Kelompok manusia yang saling tersenyum dan bersalam, berpeluk dan bersapa mesra kemudian beredar, sudah menjadi layar hidup tanpa putus di mata. Telefon bimbit yang kehabisan bateri ditatap hampa. Silly mistake!

Penat dan bosan, dia menebalkan muka meminta kertas kadbod yang dipegang oleh seorang lelaki yang mahu beredar dengan penumpang warga asing yang baru dijemputnya.

"Simpan saja marker pen tu," ujar lelaki itu sambil berlalu pergi.

Dia memberi ucapan terima kasih tanpa suara. Hanya gerak bibir dan senyuman. Itu sudah memadai bagi seorang dia. Syukur kerana lelaki itu memahami. Dia menggaris kasar dan pantas. Sebesar-besarnya! Dia berdiri di atas kerusi sambil menjulang tinggi kertas kadbod itu.

"Debak! Debak! Debak!" serunya halus dan nyaring.

Beberapa kepala terpusing melihat tingkahnya dan tersenyum tipis. Tiada yang menyahut. Apakah aku ni nak dikantoikan? Dia memotong nama "Debak" dengan kasar.Menulis nama lain.

Aksi ulang tayang. Di atas kerusi yang sama.

"Deraman! Deraman! Deraman!"

Tetap nil. Malahan terdengar gelak perlahan entah dari siapa. Tidak ada masa hendak memastikan. Pinggangnya sudah mula mahu berdangdut. Lenguh kerana penat duduk dan berdiri lama dari KLIA sehingga sekarang. Percubaan terakhir. Jarinya menggores pantas. Kalau tak ada jugak, aku ambik teksi!

"Abang One! The chosen one!" teriaknya lagi. Hilang malu dan sopan bila kegeraman melanda. Kali ini retina matanya dilebihkan bukaannya ke seluruh kawasan ruang menunggu itu. Perlakuan seorang lelaki yang terlebih goyang badannya memakukan matanya. Kedua-dua belah tangan memeluk kemas tubuh, menahan tawa.

Pandangan saling bergam. Enak sekali lelaki itu menyandar senget di dinding kaca. Gaya James Dean yang sangat lapuk. Dia mengecil dan membesarkan matanya untuk memastikan. Tidak mungkin! Sedari tadi lagi lelaki itu berdiri di situ dan langsung tidak menarik retina matanya.

Dia melompat turun dari kerusi dan menarik beg. Menuju ke tong sampah. Campak kadbod dan cari teksi. Jumpa Debak, aku gusti!

"Hei!"

Panggilan biadab yang tidak perlu dipedulikan. Langkahnya laju. Selaju itu jugalah suara tadi mengulang panggilan tetapi ada penambahan.

"Hei Blackswan!"

Terhenti. Menoleh. Dapat hadiah senyuman yang sangat manis. Melekit-lekit. Tidak menarik. Tidak bercukur dan kurus melidi.

"Cekeding?"

Tawa lelaki itu meletus.

"Kenapa tak Debak?"

"Dah tak sesuai."

"Deraman?"

"Terlalu panjang nak disebut."

"Abang One! The chosen one tak panjang?"

Dia memalingkan wajah ke sebelah. Mengangkat dagu. Takkan habis kalau mahu berlawan cakap dengan Deraman.

Tahu fiil si sunti, semakin lebar senyuman tertampal di bibir.

"Kenal abang jugak rupanya."

"Tembak je."

Dia menunggu beg di tangannya ditarik dengan penuh gentleman, tetapi mengenal Debak cum Deraman yang sudah transform ke Cekeding, membuat dia kenyang. Kenyang dengan sakit hati! Baik dia blah.

The Unsung Hero - Wira Yang Tak DidendangWhere stories live. Discover now