Prolog

19.4K 487 52
                                    

"Encik Agus! Encik Agus! Nak ke mana tu sampai kiri kanan pun tak pandang?".

Encik Agus menoleh. Di seberang jalan sana, Edry sedang berdiri sambil tersengih. Encik Agus mengeluh dan meneruskan langkahnya. 

"Encik Agus! Jangan la sombong sangat Encik Agus! Kasitau la nak ke mana tu? Kalau main snuker, nak ikut!", jerit Edry tidak putus asa. 

Encik Agus mula rasa tidak selesa. Dia kenal sangat perangai Edry, selagi soalannya tidak dijawab dia akan terus mendesak. Entah berapa kali Edry dihalau dari sekolah kerana terus menerus bertanya. Tambahan pula, guru sekolah pada masa kini bukanlah terdiri dari jenis yang mahir menjawab dan pandai bersabar. 

"Aku bukan nak pergi main snuker, aku nak pergi merantau ke kota. Hidup kat kampung ni boring, tahu tak boring? Dah 32 tahun aku hidup kat sini, sama je. Bangun tidur, sarapan, lepas sarapan kasi itik makan, lepas kasi itik makan, mandi, lepas tu makan lagi, lepas tu tengok tivi, lepas tu masukkan itik dalam reban, lepas tu makan malam, lepas tu tengok tivi, lepas tu tidur. Boring!", balas Encik Agus meluahkan rasa kecewanya dengan kehidupan di kampung. 

"Oooo. Boleh tak kalau saya pergi main dengan itik Encik Agus?", Edry terus bertanya.

"Tak boleh Edry, bukan sikap manusia namanya tu. Dilaknat Tuhan nanti", Encik Agus mula kembali berjalan. Jika dia terus melayan Edry, mungkin ibunya akan menyedari dia tiada di rumah dan akan menghalangnya pergi ke kota. 

Sementara itu, Edry kelihatan bingung dengan jawapan Encik Agus tadi. "Encik Agus, apa nama itik Encik Agus? Senang saya kasitau mak nanti kalau dia tanya saya nak pergi main dengan siapa?", soal Edry lagi.

"Mampos kau la Edry! Masuk neraka la kau nanti!", jerit Encik Agus sambil terus berlari meninggalkan Edry. Edry menangis. Bukan neraka yang dia pinta.

Sambil berlari, Encik Agus tidak menoleh lagi. Dia mesti ke kota. Dia mahukan kehidupan yang happening. Dia mahu mencuba ke kelab malam, bergaul dengan artis, berjalan di shopping complex dan mula bercinta dengan seorang gadis bandar yang bergaya. 

Encik Agus dan InstafamousWhere stories live. Discover now