PART 2

23 0 0
                                    

"Cuba teka, setahun ada berapa hari?"

" apa bangang soalan tu. Budak tadika pun tahu laa. 365"

"Salah!"

"Tahun lompat ehh mesti laa 366 hari"

"Pun salah"

"Dahtu? Ada berapa?"

"7 hari laa. Ahad, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat ,sabtu. Apa laa itu pun taktahu. Camne laa kau boleh dapat 9A PMR ni"

Pagi-pagi lagi Kee dah hiburkan aku walaupun sebenarnya aku tak terhibur langsung dengan teka teki dia. Hari ni mood aku agak mendung. Mana tak nyee, hari ni Isnin kot. Gua tengah Monday blues ni. Subuh tadi tgah sedap- sedap aku mimpi sorang awek cun gebu nak cium aku datang plak geng Badar datang ketuk pintu. Dah macam nak roboh pintu bilik aku dibuatnye. Takde adab langsung. Nama je bakal penghuni syurga. Nak berdakwah guna laa cara yg berhikmah. Ini kasar. Dibuatnyaa roh aku tak sempat masuk jasad tak ke melayang nyawa. Ini ke cara nabi ajar? Haa kan aku dah marah. Jangan sampai aku pula yang mendakwah korang.

Hari ni berjalan seperti biasa. Takda yang luar biasa. Kalau ada pun mungkin masa kelas pendidikan agama tadi. Buat julung kalinya Ustaz Alawi tak masuk ke kelas. Dia punya feeling tu macam menang lottery. Happy nak mati. Ustaz Alawi bukan calang-calang orang. Beliau ketua warden yang paling garang a.k.a cengey. Ustaz Alawi pernah denda sekumpulan pelajar termasuk aku yang lewat ke surau waktu Maghrib solat dekat atas jalan tar yg berbatu halus dan tajam. Paling sedap masa sujud. Perghh berlubang dahi dah macam bulan kala mengambang. Kawah sana sini. 3rakaat paling lama yang pernah aku lalui. Debab tu la pelajar-pelajar sini gerun dengan dia. Bukan hormat.

Seperti petang-petang yang lain, aku serta pelajar yang lain turun ke padang futsal bagi aktiviti riadah. Perlawanan petang ini antara Zealous dan Contraband. Ahli-ahli Contraband terdiri daripada Zed, Omaq, ben, Apit dan yun. Mereka ni sama tingkatan dengan aku cuma berbeza kelas. Zed merupakan captain sebab dia anak orang kaya. Bapak dia ada syarikat sendiri dekat ibu kota. Manakala yang lain orang biasa. Mereka ni juga dikenali ramai kerana punyai husband material. Bila dibandingkan dengan aku, aku jauh lebih mithali dan beriman. Hah!

*preeeettt

Wisel berbunyi menandakan perlawanan bermula bagi masa kedua. Aku lincah menggelecek bola. Maklumlah aku ni wakil negeri. Kemahiran ku mendribble bola setanding Lionel Messi. Malah lebih hebat lagi. Aku pass bola kepada Kee lau aku berlari selaju yang mungkin ke arah gol pihak lawan. Setibanya di hadapan gawang gol aku bertentang mata dengan Yun. Aku member isyarat kepada Kee untuk dihantar bola itu ke aku. Sejurus bola tiba di kaki kananku yg berkeramat ini, aku mencari ruang bagi menghantar bola masuk di antara dua palang gol. Setelah target dikunci aku terus mengambil power dan menendang bola sekuat yang boleh. Lalu bola itu terus terbang dengan penuh bergaya daaaaaannnnn yaa GOL!!

Bagi meraikan gol ke-3 aku pun melakukan backflip tiga Kali. Aku membuka baju dan pegang ala-ala cowboy pusing tali sambil duduk secara duduk antara dua sujud.

Zaaaapps!!

Aku dapat rasakan belakang aku dicium tali cemeti Indiana Jones. Pedih. Perit. Berbisa. Aku pusingkan kepalaku 90° dan aku dapati Ustaz Alawi bermuka cengey berdiri tegak di situ sambil tangannya menggenggam kuat pada sebatang rotan halus.

"Hang tau dak lani pukoi bopa dah? Bopa kali nak habaq sebelum pukoi 6.30petang kosongkan court. Hampa ni pekak ka badak?! Aku bagi hampa 10 minit naik ataih bersiap. Kalau aku tak nampak hampa kat surau satgi jaga laa."

Terus kami berlari macam lipas kudung sepantas kilat ke aspura. Tak mandi, hanya tukar baju dan spray pewangi berjenama Playboy sahaja. Selesai semua kami berpusu pula ke surau As-syakirin.

Sebaik kaki kananku melangkah masuk ke dalam surau, mataku terpana pada seorang insan yang berada di saf hadapan bahagian muslimat.

"Ehh, itukan budak cantik yang aku nampak haritu. Betul laa dia. Aku ingat lagi lirikan mata tu" getus hati kecilku.

"Woi! Tercangak apa! Kaih laa masuk. Ka hang nak aku sebat pungkoq hang pulak?" Suara garang Ustaz Alawi mematikan renungan aku.

Cepat-cepat aku berjalan ke bahagian imam dan terus kucapai mikrofon.

"Allahu akhbar Allaaaaaaaahu akhbar..."

"Woi! Hang gila kaa azan. Lani baqu pukoi 7.10malam. Maghrib masuk 7.30malam. Hang syiah kaa wahabi!"

Satu surau berdekah gelakkan aku.

Allahuu. Malunya aku. Entah kenapa aku boleh sebangang ini. Konon nak tunjuk baik dekat dia tapi lain pula jadinya. Itulah selalu melambatkan solat. Subuh dah gajah. Kalau boleh nak dijamak Zohor dengan Asar, Maghrib dan Isyak. Sehinggakan tak tahu bila waktu masuk.

Sebab kes ini aku dibahan oleh rakan-rakan yang lain. Kalau bertembung dengan junior mereka Pastu ketawa sebelum member salam. Sekarang aku menjadi buah mulut orang. Siapa tak kenal aku nampak sangat dia tak pergi surau.

Sejak hari tu aku dah mula pergi ke surau awal sebab dia akan join usrah dan berada di saf hadapan. Selepas solat Maghrib, aku akan bersandar ke dinding di mana kiri tubuhku menghadap dia. Semasa tazkirah aku akan cuba curi-curi pandang dia. Hanya waktu itu saja aku dapat lepaskan rindu aku. Aku lihat dia menulis segala isi penting yang disampaikan muzakkir. Dia fokus. Kadang terangguk tanda faham akan apa yang disampaikan. Melihat keletah dia aku rasa bahagia.

Tiba-tiba.....




ceritanya macam niWhere stories live. Discover now