Tasik Biru

79 2 1
                                    

Siapa sangka kejadian itu berulang kembali. Dejavu? Emmm...mungkin. Namun apa yang pasti ia terasa seperti nyata. Ya nyata, seolah-olah sejarah berulang lagi. Maria duduk di tebing tasik biru itu, matanya melilau memandang sekeliling dan berhenti pada tasik biru. Tasik yang tenang setenang hatinya. Sebaris senyuman manis terukir di bibir. Dia baru sahaja bertemu dengan sahabatnya dari alam yang berbeza dengan alamnya yang dikenalinya kira-kira 4 bulan yang lalu. Ukiran di bibir semakin melebar mengenang pertemuan pertama yang melucukan itu.

*4 bulan sebelumnya*
"Sayang, abang rasa rumahtangga kita ini tak dapat lagi diselamatkan. Abang rasa perpisahan adalah satu-satunya jalan yang kita ada"kata-kata tajam Hadi menimbulkan kemarahan Maria. Namun akal warasnya mahukan ia bertindak rasional, tenang dan ditambah lagi dengan rasa sayangnya terhadap suaminya yang sudah sekian lama hidup bersama dengannya.
"Abang, abang sedar tak apa yang abang cakap ni? Abang letih kut. Ada masalah di tempat kerja ka abang?" Soalnya lembut.
"Tak sayang. Kerja abang ok je. Tapi rumahtangga kita yang tak ok" Hadi masih membahaskan perkara yang sama.
"Kenapa pula bang? Selama ini tak ada masalah pun. Semalam pun ok je. Kenapa malam ni tiba-tiba je abang cakap benda merepek ni?" Suara Maria kian meninggi. Hatinya sakit dengan perbuatan dan sifat Hadi terhadapnya. Dia sedar, sejak kebelakangan ini Hadi sering pulang lewat atau lebih teruk tidak pulang. Jika ditanya, Hadi tidak menjawab dan Hadi sering mencari kesalahannya.
"Sayang, dengar ni. Abang sayangkan sayang sangat-sangat. Tapi sayang sendiri tahukan bagaimana keadaan rumahtangga kita sejak kebelakangan ini. Mustahil sayang tidak sedar. Abang sayangkan sayang dan kerana itulah abang rasa perpisahanlah jalan yang terbaik agar abang tak menyakitkan sayang lagi" pujuknya lembut. Dia tahu, tidak guna dia berkasar. Api dengan api tak akan ada sudahnya.
"Sudah. Jangan panggil aku sayang lagi. Mulut mu sahaja yang manis tapi hati hitam bernanah. Baik, jika itu yang kau mahu, aku menunggu surat perceraian kita" kini Maria sudah membahasakan dirinya 'aku' dan memanggil suaminya 'kau'.
Malam itu juga Maria mengemas pakaiannya dan berpindah dari rumah tersebut. Tak hendak dia berlama-lama lagi di situ. Semakin lama hatinya semakin sakit. Bak kata orang 'sakitnya seperti dicincang' tapi apa yang Maria rasakan adalah lebih dari itu. Hatinya bak dikisar halus.

Kerana terlalu ikutkan hati yang sedih, Maria bertindak di luar jangkaan. Dia memandu keretanya menuju ke kampung halaman dan setelah tiba dia tidak pula masuk ke dalam rumah sebaliknya terus menghayun langkah memasuki hutan tebal di belakang rumahnya yang selama ini merupakan satu tempat yang sangat-sangat ia elakkan untuk menghampirinya.
Langkah semakin lemah, dia sudah berjalan lebih kurang 20 minit dan sudah pasti dia berada jauh di dalam hutan. 2 kakinya sudah tidak mampu lagi untuk berbakti buat seketika dan dia tersungkur layu.

Pancaran matahari menyakitkan mata, hujung lengan kanan terasa dingin dan perut mula berkeroncang. Hati terasa sedikit tenang namun sudah terlambat, kata talak dari 'bekas suami' terngiya-ngiya di akalnya.
"Sayang abang minta maaf. Tapi abang tahu sayang tak dapat menerima hidup bermadu. Poligami bagi sayang adalah suatu yang haram walau ia jelas halal. Abang ceraikan sayang" mulut Hadi terasa berat saat kata-kata itu ingin dilepaskannya.
"Ceraikan aku dengan talak 3. Dan mulai dari saat ini, ingat kita tidak akan ada apa-apa urusan walaupun salah seorang dari kita sudah hampir dijemput ajal. Anggap sahaja kita tak pernah kenal apalagi pernah ada hubungan" airmata yang ditahan sejak tadi tumpah jua. Empangan itu terlalu nipis.

Maria mengeluh sendirian di tengah hutan itu. Hairan, airmatanya enggan tumpah namun dia rasa itu lebih baik. Maria mula bangkit dari tempat duduknya dan dengan mudah menemui jalan keluar dari situ. Bagaimana itu berlaku, dia sendiri kurang pasti. Mungkin ini suatu petanda bahawa mulai dari saat itu,hari-hari yang bakal dia lalui akan menjadi hari-hari yang lebih baik dan dia berazam untuk memulakan hidup baru.

Curahan air ke tubuhnya terasa sangat nyaman. Fikiran mula melayang ke tengah hutan tadi. Entah mengapa dia rasa selesa,nyaman dan tenang di sana. Maria terus berfikir dan semakin lama hatinya semakin gundah, meronta ingin ke sana semula. Maria dengan segera menyudahkan mandiannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 10, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tasik BiruWhere stories live. Discover now