Hujan lebat sudah berhenti,tadi petang bukan main punya lebat naik segala macam bulu rongga kesejukkan ya amat.
Sekarang aku sedar ingat dah pagi,rupanya masih petang.Nak sambung tidur..perut rasa lapar pulak...Try jengah ke tingkap..hmm..hujan dah berhenti sepenuhnya.
Cuaca benar-benar gelap seperti senja yang menunggu Azan.Aku meraba-raba jam tangan dibawah bantal.
Huh..baru pukul 5 rupanya..
Aku bingkas bangun dari tilam nipis berbunga-bung,teraba-raba pula mencari suis lampu bilik.
Ehlemek! Tersepak astray rokok pulak..
Suis dipetik
Lampu berkelip-kelip umpama diri ini diambil gambar seperti seorang superstar yang melalui karpet merah.
Aku terus mencari handphone,Hidup bila bangun,paling utama handphone..supaya tak tertinggal isu dan berita.
Scroll...scroll..scroll..
Like...like...like...Notifacation 14..comment..dan beberapa orang bebal invite game..
Boring..
Twitter..
Scroll..Scroll...RT..RT..
Ah,boring..aku terus masukan handphone dalam poket,lalu keluar dari bilik.Diruang tamu gelap terkapai-kapai lagi mencari suis,kali ini bukan macam flash camera tapi macam petir..sebab sekali flash jer.
Aku ketuk bilik sebelah,Aku dekatkan telinga kedinding pintu,bunyi kipas dan selang seli dengkuran garau tidak berirama,Sah,kawan serumah aku ini tidur lena sampai keesokkan pagi.
Aku terus ke dapur,malas nak buka suis,lagi pun cahaya lampu ruang tamu sudah cukup terang sampai ke dapur,buka peti ais yang ala-ala macam rumah orang kaya ada magnet bagai,ada nota la..Dalam hanya ada kicap,sos,botol mineral kosong..ahh..kena refill lagi..majerin dan sebungkus nasi goreng kampung basi kepunyaan teman serumahku yang sibuk macam menteri.
Aku ambil penyapu dan penyodok,lalu kembali ke bilik.
Selesai membersihkan Astray yang aku sepak tadi.aku capai jaket dan topi snapback yang tergantung dibalik pintu.
Sebelum menuju ke pintu utama,sempat aku mengetuk sedua ketuk bilik sebelah.hmm..tak ada respon.Aku terus melangkah keluar.
Setelah keluar dari pintu,Aku mengeliat dengan puas.Pintu sudah dikunci,Aku menjuirkan bibir..
Kemana aku nak pergi tadi ya? Bisik aku sambil mata memandang kelangit.
Oh..Mencari makanan..Sambil berjalan keluar memusing-musingkan kunci dihujung jari,aku tersenyum sendirian,memikirkan tindakan aku tadi dah macam sinetron Indonesia,ada scene cakap dalam hati,pastu face fokus.
Aku akan terus bersinetron..
Sudah dekat 1 kilometer aku berjalan kaki,Aku mula ulangi gaya sinetron.
Setahu aku,kat seberang jalan ni ada kedai makan?..bisik aku tergaru-garu kemurungan.
Kedai Tom yam,bumbung tajam..hmm..pelayan kedai tomyam tu awek thailand dari Pattani bertudung ala-ala yuna masa baru nak up dulu.Setahu aku jam segini kedai tu dah penuh berpeleseran Jejaka bujang terang tang tang yang acah-acah lapar.
Tapi...rupa kedai pun aku tak nampak ni,hairan betul aku..bersinetron lagi.
Aku melintasi jalan,menuju ke tapak kedai yang dimaksudkan,Ya,sekarang aku betul-betul ditapak kedai tersebut.Sepertinya tiada langsung aktiviti perniagaan di tapak aku berdiri sekarang.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kisah Di Sebalik Dorayaki
FantasyEnak lain macam,berbual-bual inti bersama si penjual,berkongsi satu rahsia ke rahsia,kisah ke kisah dan terbongkarlah..jeng..jeng...jeng.. maka... Aku mulakan misi mencari cerita disebalik apam balik..seterusnya.eh..salah Dorayaki.