Puisi Yang Hilang
Puisi yang aku tulis di laptop
Telah hilang
Bila laptop aku dicuri
Dalam beg yang tertinggal
Di panggung wayang selepas
Menonton Mission Impossible Rogue Nation Rabu lepas
Aku kembali ke kertas kosong
Dengan pen hitam ditangan kiri
Dan cuba mengingat ayat-ayat
Yang pernah kusembur di skrin komputer
Aku cuba mengulang
Dan mengenang puisi yang pernah aku catat dulu
Cuba melewati daerah yang pernah kutinggalkan dulu
Tapi aku tak ingat sepenuhnya
Yang aku ingat hanyalah tajuk-tajuknya sahaja
Dan beberapa sifat sementara
Amat mustahil aku mengulang roh-roh yang pernah aku tambat
Kini, tiada orang yang akan tahu
Bait puisi yang pernah aku tulis
Tentang sajak-sajak di bendang indah di tahun 80an
Walau aku kembali ke daerah lama, jejak yang ku lewat kini tak merungkai masa
Tapi aku tak berputus asa
Aku cuba menulis puisi baru
Puisi tentang kehilangan memori itu
AKu tulis puisi tentang hilangnya puisi
2015, Puncak Perdana