Setelah Amin membuat perhitungan sama ada mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat Master ataupun berkerja, Amin telah mengambil keputusan untuk memilih pilihan yang kedua. Amin redha jika dia ditakdirkan untuk bekerja di tengah panas dan perlu mengawasi baiya-baiya di site kerana baginya, alasan akan terkena sunburn sudah tidak relevan lagi buat masa sekarang. Amin tekad mahu mencari sumber pendapatan yang tetap.
Amin sudah beberapa kali menebalkan muka meminta duit daripada ibunya untuk membeli topup. Penggunaan data internet juga dikurangkan kuotanya dengan melanggan pelan data yang paling murah iaitu sebanyak RM5/200 MB untuk sebulan. Amin merasa begitu bersyukur kerana dirinya masih lagi solo kerana dia terlepas daripada komitmen untun berhubung dengan teman wanita setiap masa.Cuma apa yang Amin kesalkan, dia tidak dapat menonton video di youtube dan melayan Instagram kerana applikasi tersebut memakan banyak data internet. Facebook pula diskrollnya laju-laju untuk penjimatan data selama sebulan.
Amin juga sudah mulai bosan memerap diri di rumah. Hendak melayan internet sepanjang masa, rumahnya tiada Wifi. Sudah berpuluh kali dia memujuk ayahnya untuk memasang Wifi, tetapi tidak dihiraukan atas alasan takut pemikiran Amin dirosakkan dengan budaya hedonisme dan budaya KPOP yang semakin menular ke atas anak muda seperti Amin. Oleh itu, Amin hanya menghabiskan masa terluang dengan menonton tv. Pada waktu petang, Amin selalu bertengkar dengan ibunya yang mahu menonton Sinetron pukul 2. Amin seorang yang anti-sinetron. Kebencian Amin pada Sinetron sangat mendalam sehingga dia sanggup memilih untuk menonton rancangan Adik Di 9 daripada menonton Sinetron yang menjengkelkan itu.Walaubagaimanapun, Amin sangat meminati drama Filipina yang bertajuk Camilla di TV3 kerana dia sangat sukakan heroin drama tersebut iaitu Marian Rivera. Tepat pada pukul 3 petang, Amin sudah terpacak di hadapan tv untuk menatap heroin kesayangannya itu. Jika Amin telah bosan menonton tv, Amin gemar pergi ke dapur membuka peti ais. Boleh dikatakan dalam setiap jam, Amin akan membuka peti ais walau pada hakikatnya, tiada apa yang boleh dimakan di dalam peti tersebut.
Selain menjalankan rutin-rutin harian seperti bangun tidur,makan,menonton tv,dan membuka peti ais, Amin juga tidak meninggalkan rutin wajibnya iaitu ber'work out'. Maklumlah , bila berada dirumah , lemak akan mudah terkumpul jika tiada pengawasan yang ketat dari segi pemakanan. Sebagai seorang yang ber'body' katang dan mempunyai six-pax, rutin work-out harus dijalankan secara intensif. Setiap hari, Amin menetapkan target iaitu melakukan push-up sebanyak 100 kali sejurus selepas bangun tidur, 100 kali selepas menonton drama Filipina, dan 100 kali sebelum tidur. Dengan setiap senaman push-up itu pula akan disusuli dengan planking selama setengah jam dan sit-up sebanyak 500 kali. Secara totalnya, dalam sehari , Amin akan melakukan sebanyak 300 push-up, planking selama satu jam setengah, dan sit-up sebanyak 1500 kali.
YOU ARE READING
Hikayat Seorang Penganggur
Historia CortaKisah Amin , seorang graduan yang masih lagi kabur tentang hala tuju dan perancangan hidupnya selepas tamat ijazah di universiti.