Prolog

1.2K 55 12
                                    

Cerita kami bermula bila dia telefon dan minta aku datang ke rumahnya dengan segera. Suara macam cemas, tapi dia letak telefon dulu sebelum aku sempat tanya apa yang tak kena. Aku pun bergegas ke rumah sewanya di Taman Cempaka. Dia buka pintu, dan aku lihat pipinya basah.

Dia minta aku duduk di sofa dan kembali dengan segelas air oren Sunquick di tangan. Selepas itu kami masing masing diam, hanya kipas siling yang sibuk berbisik. Mungkin dia tunggu aku bertanya dulu, tapi aku lebih suka biarkan dia sendiri yang bercerita tanpa diminta.

"I kena pergi," dia kata sambil tunduk merenung meja kaca. Dalam meja kaca tu ada koleksi komik Budak Getah yang kami kumpul bersama. Beli dekat Loken. 

"I kena pergi dari sini dan I rasa kita takkan jumpa each other lagi."

Aku tak tahu kenapa semua makwe yang tinggalkan aku, akan cakap ayat seperti ini sambil menangis seolah olah hati mereka yang lebih terluka. Aku tanya dia, kenapa? Dia cakap, sebab you pun tahu I siapa, dan lepas you bagi I sajak tu semalam I know yang kita tak boleh continue kita punya relationship ni. Kita akan sakit.

Ya, aku tulis sajak pop untuk dia semalam, tajuknya I Tahu You Alien, but I Love You Like A Love Song. Betul, dia memang alien dan nama sebenarnya bukanlah Mina tapi | 01010011 | 01101000 | 01100101 | 01100101 | 01110010 | 01100001 | 00001101 dalam binari. Tapi nak buat macam mana aku dah jatuh cinta waktu kali pertama jumpa dia tengah beratur di Funny Mountain beli tau fu fa. Ya, aku jatuh cinta pandang pertama dengan sealien alien dan NASA pun tak mampu halang perasaan ini. Setiap kali aku tengok dia, hati aku terangkat, beb. Macam lembu hitam putih yang diculik. Terapung naik masuk ke dalam UFO sebelum menghilang tanpa kesan.

Jadi aku tanya dia, you tak suka sajak I ke? Dia balas, "bukan tak suka, sajak you cool, and thanks cakap I cantik macam Uranus, that's the sweetest thing anyone ever said to me. You pun tahu dalam sistem suria ni ada dua benda je I suka. Satu culik orang Amerika sebelum turunkan mereka kembali dalam keadaan bogel dan bingung, cukup untuk mereka dijadikan content dokumentari History Channel. Dua, sajak sajak pop. Tapi I tetap kena pergi, kalau tak hari ini, esok lusa. I decide untuk pergi sekarang sebelum segala galanya akan bertukar jadi lebih sukar buat kita berdua."

Lepas itu dia bangun, masuk ke dalam bilik bawah tangga dan aku dengar satu bunyi pelik macam bunyi air cond kereta yang dihidupkan. Aku tahu dalam bilik itu ada kapal angkasa. Dia pernah suruh aku masuk tengok sendiri waktu mula mula ceritakan siapa dia yang sebenarnya. Tapi aku tak pernah masuk tengok. Aku takut nanti aku jumpa benda benda yang aku tak nak jumpa. Gambar ex lama dia di planet asal misalnya.Mungkin juga aku takutkan kebenaran. Jadi setiap kali datang, aku cuma duduk di sofa, terima dia sebagai alien seadanya dan berbual macam tak ada apa apa yang luar biasa. Kami selalu sembang pasal pencemaran alam, laksa laksa sedap di Ipoh dan kutuk politikus politikus yang keluarkan statement macam orang yang tak ada pendidikan asas.

Dia keluar dari bilik itu, masuk ke bilik yang lain dan heret beg galas 65L warna merah yang dia beli minggu lepas di Gerbang Malam sebelum duduk di sebelah aku.

"I kena pergi," dia kata. "I harap you faham and ini memang cliché, tapi I yakin you akan jumpa someone better daripada I. Mungkin bakal makwe you nanti bukan alien, tapi makwe ikal mayang dari Jepun atau Elizabeth Tan macam yang you impikan selama ni?"

Aku cakap, "I tak nak makwe ikal mayang dari Jepun ataupun Elizabeth Tan. I cuma nak you. Only you."

Dia senyum dan cakap, "you know that I love you so much kan sayang?"

Dia bangun, cium pipi aku (wajahnya basah air mata) dan masuk ke dalam bilik yang ada bunyi macam bunyi air cond kereta yang dihidupkan. Dia sempat toleh belakang pandang mata aku buat beberapa ketika sebelum menutup pintu. Aku cuma mampu duduk terkebil kebil atas sofa. Ada cahaya terang dari bawah pintu bilik, selepas 10 saat cahaya itu hilang dan rumah itu pun kembali sunyi. Cuma ada bunyi kipas siling yang kini seperti menahan esakan.

Aku duduk di situ hampir setengah jam. Semuanya berlaku dalam sekelip mata, sama seperti jatuh cinta. Peliknya cinta, bila jatuh tak sakit. Tapi bila hilang cinta, rasa sakit tu macam kena langgar lari dengan treler balak, tapi kita selamat. Ambulan yang cuba bawa kita ke hospital pula jatuh gaung. Kita selamat lagi. Kita jalan keluar gaung, masuk rumah orang tempatan untuk minta pertolongan dan terpijak kepala plug. Kita pun meninggal dunia. Begitulah sakitnya putus cinta.

Kemudian aku masuk ke dapur, capai sebanyak mungkin botol air Sunquick yang boleh dimuatkan dalam raga motor. Ini kenangan kami. Dia suka minum oren Sunquick, tapi bila aku tanya kenapa dia tak mahu beritahu sebabnya. Aku bawa beg plastik penuh botol oren Sunquick itu keluar rumah, hidupkan enjin motor dan pulang ke rumah dalam renyai hujan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 05, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta, Sunquick & Koko CrunchWhere stories live. Discover now