Penulis yang khayal

41 1 0
                                    

PENULIS hanyalah jurudapur di unit penghilang dahaga. Jika ada unit penghilang akal, sudah lama penulis akan mengisi jawatan tersebut. Hal ini demikian kerana penulis hampir hilang akal setelah dipaksa menjadi penyimpan rahsia secara tidak sengaja.

Ketika menulis baris ini, penulis sedang berpura-pura serius menonton rancangan bual bicara yang mengetengahkan isu dilema tukar jantina. Panel berkata ada dua jenis khunsa yakni musykil (boleh pilih) dan satu lagi adalah khunsa yang jelas di mana salah satu alat reproduktif tidak berfungsi. Apa respon pembaca jika pasangan anda sekarang ialah seorang khunsa?

Pengacara rancangan bual bicara ini mirip seorang gadis kegemaran penulis dan sememangnya tidak lekang dipandang. Ralit dan seperti hanyut dibuai alam mimpi.

Ahli panel lelaki dengan tanda hitam didahi (didakwa sebagai orang yang kuat solat) berserta kacamata bingkai hitam sedang berbicara pula hal kacamata seorang manusia, pendakwah serta ulama. Penulis syak penulis seorang yang rabun sejak beberapa tahun yang lepas.

Perhimpunan HaramWhere stories live. Discover now