BAB 2 - Soth Si Sentap

1.7K 25 2
                                    

Qistina perhatikan sahaja anak-anak warga Cambodia bermain di depan laman rumah mereka. Kelihatan mereka selesa bermain dengan tanah dan pasir, bukan macam anak anak di Malaysia yang sibuk bersama ipad, tablet, iphone dan android. Asal anak menangis hulur tab atau ipad. Dasar Generasi Tunduk! Qistina hanya geleng kepala sendirian.

"Boleh tahan cool jugak naik tuk-tuk ni.", Alin memecahkan kesunyian di dalam tuk-tuk. Tuk-tuk merupakan sebuah motor tiga roda yang agak famous di negara Cambodia. Yusry macam biasa mengambil gambar untuk di uploadkan ke dalam instagram. "Padan muka Arman mereput lah ko tengok instagram aku nanti", Yusry tersenyum sinis.


"Macam mana lah diorang boleh duduk dengan pasir debu segala bagai ni?" tanya Yusry sambil membela serban nya dan seperti biasa Yusry memang tiptop meletop dalam bab dressup. "Alah kalau kau duduk sini pun kau akan terima je hakikat nak buat macam mana", Alin menjawab. "Dah lah pakai USD dollar, kesian betul orang kat sini", Qistina menambah.

Sementara itu, Thom membawa mereka bertiga ke Tasik Tonle Sap yang merupakan tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara. "Jauh jugak Tonle Sap meresap ni, bontot aku dah rasa sakit sakit weyy hmmm" ,Yusry mengeluh. Alin mencucuk earphone ke dalam ipod, fikirannya melayang. Dia tidak mahu lagi melayan karenah Yusry.

"Okay we're now at The Lotus Farm. Many people take picture here", terang Thom sambil memberhentikan tuk-tuk. "I give you about 20 minutes to take picture and please enjoy", tambah Thom lagi. Mereka bertiga pun terus lincah mengambil gambar dengan berbagai pose. Qistina macam biasa posing maut memang dia lah orangnya. "Aduhhhh aku tak boleh la tengok Lotus ni lubang-lubang camtu, aduh boleh thryphobia aku macam ni" Qistina geli.

Maaf penulis tak tahu nak spell thryphobia sebab kalau google mesti keluar image dan tak boleh tidur selama 24 jam. Jadi baiklah awak semua yang google sendiri.

Selesai sudah mereka di Lotus Farm, Thom meneruskan perjalanan ke Tasik Tonle Sap. "I'd like to remind you if any people at the Tonle Sap offer something please don't get tempted", nasihat Thom. Mereka bertiga mengangguk faham walaupun english Thom tak adalah power mana. Grammar lagi lah tunggang langgang. Qistina semakin excited, mana kan tidak masa sejarah SPM dulu Qistina paling power dalam menghafal mengenai Tonle Sap. Sekarang Tonle Sap sudah berada depan matanya, Qistina tak akan sia siakan peluang keemasan sebegini.

"Hello welcome to Tonle Sap lady and gent. The fee about 20 USD lady and gent" terang penjaga kaunter tersebut dengan rokok di tangan. "Weh serious la korang nak masuk? Hari macam nak hujan je ni dah lah mahal jugak 20 USD" , Tanya Yusry. "Sekali seumur hidup je kita pi sini alang alang jom jelah", Alin mengajak. "Hm okay", Yusry setuju.

"Hi i'm Soth! Let's go!" , Soth si tukang ala ala tourist guide mengajak mereka bertiga masuk ke dalam boat. Soth seorang peramah dan suka bercerita. Sepanjang perjalanan, Soth menceritakan tentang Tonle Sap tersebut. Yusry, Qistina dan juga Alin mendengar penuh kusyuk. Di sana terdapat rumah dan jugak kedai terapung. Mereka menggelarkan tempat tersebut sebagai "Floating Village". "Wahhhhhh best gila kut rumah atas air camni weyy", kata Yusry yang sudah seperti rusa masuk kampung. Mereka bertiga berasa teruja dan terus mengambil gambar.

"Okay i tell you here many people not rich and not easy to find food. They actually want a donation from tourist. So, if you don't mind i'll get you at the store there and you can buy them some food", terang Soth panjang lebar dengan English tunggang langgang. "If you don't want to donate it's okay. Alright?", kata Soth.

Mereka bertiga pandang sesama sendiri dan hanya mengangguk. Sampainya mereka ke salah satu kedai runcit terapung tersebut, tuan kedai menjemput dengan senyuman manis. Alin sudah tak sedap hati manakan tidak, duit masing masing hanya cukup makan sahaja. "Hello you can buy this snacks at 6 dollar only lady", pinta tuan kedai tersebut. "Weh gila RM18 untuk snack super ring bodoh tu, kalau dekat cowboy baru RM6 kut sedozen. Mahal gila weh jangan la beli", bisik Yusry. "Or you can buy this at only 8 dollar", tuan kedai menunjukkan seplastik tin sardin.

"Cilakak mahal nak mampus jom lah blah", Alin bengang. "Weh Alin cakap la elok elok kita takde duit sangat", bisik Qistina. "Sorry, but we don't have enough money to buy. Sorry again", tutur Alin dengan sopan. Qistina perasan Soth di belakang hanya menjeling sambil bertutur bahasa Cambodia. "Mesti dia maki kaw kaw punya ni", bisik Qistina sendirian.

Mereka bertiga masuk ke dalam boat dan pulang. Sepanjang perjalanan, Soth bukan seperti Soth yang peramah dan petah bercerita seperti permulaan perjalanan ke Tonle Sap tadi. Soth seperti tidak kenal dengan mereka bertiga dan kadang kadang hanya menjeling ke arah mereka. Sampai sahaja di jeti, mereka bertiga mengucapkan terima kasih dan Soth hanya melemparkan senyum tidak ikhlas.

"Weh kita ada buat salah apa apa ke?", tanya Qistina. Alin dan Yusry mengangkat bahu tanda tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Benarlah kata orang, madu kadang-kadang tidaklah manis seperti yang disangkakan.

Qistina & Angkor WatWhere stories live. Discover now