Sambungan Pengorbanan-6-
_______________________
Aifa terkedu manakala Kheairil pula masih berada di dalam posisi yang sama sejak Aifa memeluknya tadi kerana terkejut dengan tindakan drastik Aifa.
"Errr, kau ni ke.. napa?" Tanya Kheairil dengan suara yang tergagap-gagap. Kheairil segera melabuhkan punggung di birai katil membelakangkan Aifa.
"Takda apa pun."Jawab Aifa dengan pantas kerana takut Kheairil ternampak semasa dia menangis sebentar tadi.
"Takyah tipu aku. Aku nampak kau menangis." Jawab Kheairil dengan nada yang serius.
Aifa diam. Tidak menjawab.
"Aku mintak maaf lah kalau semua ni berpunca dari aku. Sorry lah Aifa, I can't love you. Aku tahu kau terseksa hidup dengan aku. Takpe, suatu hari nanti aku lepaskan kau." Jawab Kheairil dengan suara yang mendatar.
Aifa terkesima. Tidak sangka Kheairil sanggup mengungkapkap begitu. Sedih dan pilu di hati sudah menguasai diri. Bila-bila masa sahaja air mata akan membasahi pipi."Kheairil look. You're my husband. Saya tahu awak memang tak akan terima saya. Tapi, tu untuk awak. Saya akan buat awak cinta saya sepenuh hati awak. Kheairil please. I'm begging you, buka pintu hati awak untuk terima saya. Saya tak pernah terlintas nak berpisah dengan awak. Takda lansung ke ruang kat hati awak untuk saya?"Aifa segera mendekatkan dirinya dengan Kheairil dan mengoncang tangan Kheairil yang terletak elok dia birai katil.
Kheairil menarik tangannya dan meraup muka. Kheairil diam tidak membalas. Namun, dia segera berpaling dan menarik selimut untuk tidur. Aifa disebelah yang terpinga-pinga dibiarkan begitu sahaja.
Aifa turun dari katil kerana melihat suaminya sudah menarik selimut untuk tidur. Begitu jelas sekali bahawa Kheairil malas untuk berbual dengannya. Aifa mengambil cadar yang berada di atas almari dan membentangkannya bersebelahan dengan katil. Selepas beberapa minit dia berbaring akhirnya, Aifa tidur dibuai mimpi.
_______________________
Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Aifa yang selesai membantu ibunya membuat kerja rumah segera mengejutkan Kheairil yang masih tidur.
"Kheairil. Bangun lah, kita ronda kampung pastu kita singgah sekali lata kat hujung kampung. Rindulah nak main air." Kejut Aifa sambil tangannya menggoncang tubuh Kheairil.
"Ermm.. Kau pergilah sorang aku nak tidur." Jawab Kheairil sambil menggosok matanya.
"Jom lahh. Kheairil please." Rayu Aifa. Goncangannya makin kuat membuatkan Kheairil bangun terduduk.
"Ish! Kau ni tak paham bahasa ke? Aku mengantuk nak tidur." Marah Kheairil sambil memejam mata. Auchh! Kacak!
"Suka hati awak lah. Pergi sorang-sorang lagi aman dan damai." Rajuk Aifa sambil menolak tubuh Kheairil.
Aifa segera meniggalkan Kheairil dan menutup pintu apabila sudah keluar. Marah agaknya.
"Err. Minah saiko."Kheairil bercakap keseorangan sambil membuat muka menyampah.
_____________________
Aifa segera mendapatkan Iffah di dapur untuk meminta izin untuk pergi ke lata. Zarul dan Iltizam sejak pagi lagi sudah ke bendang untuk mencari rezeki. Di rumah hanya tinggal Iffah, Aifa dan Kheairil.
"Ibu. Aifa pergi dulu la eh. Abang Khe dia cakap dia busy. Tak boleh nak ikut Fa. Fa pergi sorang jelah eh." Aifa terpaksa berbohong dan meminta izin.
YOU ARE READING
Pengorbanan
Romance"Tadi bukan main lagi cakap pasal Kirana Zirane bagai. Pastu, tetibe lak nak suruh aku datang dekat dia. Dia lupa ke apa yang dia baru maki hamun aku tadi. Aku nak mogok pun dah tak boleh. Jujur, aku tak paham lansung apa yang ada dalam kepala dia...