KAWAN BARU

264 15 6
                                    

(Kawasan bukit)

               Roychi sedang berjalan seorang diri dikawasan yang sunyi sepi tanpa kelihatan walau seekor haiwan yang berkeliaran. Roychi mengambil air bekalan yang dibawanya dan diminum perlahan. Panas terik sangat memeritkan tekaknya.

Sebaik sahaja dia selesai, matanya tertangkap sesuatu. Sesuatu sedang bersembunyi disebalik tembok batu yang bergerigi. Kelakuan sesuatu yang agak pelik menarik minat Roychi untuk mendekatinya. Roychi berjalan perlahan dan mengintai dari balik tembok.

           Wajahnya berubah melihat seekor anak harimau bukit sedang melihatnya dan mengeringai. Menunjukkan giginya yang tajam. Matanya tertarik pada anak harimau itu yang sangat berlainan dengan jenis harimau yang pernah dilihat di dalam buku selama ini.

Dengan bulu berwarna emas, berbelang hitam dan berkuku putih, sangat menarik perhatian. Mata yang dilihat berlainan sekali. Sebelah kiri berwarna biru manakala sebelah kanan berwarna kuning dan runcing. Roychi mendekati anak harimau yang berketinggian separa pahanya.

           Tiba2, muncul seekor harimau dewasa di hadapan Roychi. Dengan wajah berparut dan berdarah keseluruhan badan, harimau dewasa itu cuba menerkam kearah Roychi tetapi rebah ke tanah. Namun digagahi untuk melindungi anaknya. Roychi hanya terduduk disitu tanpa bergerak walau seinci. Bukan kerana takut. Roychi terfikir apa yang terjadi pada harimau dewasa ini.

"Jangan bergerak. Aku akan cuba ubati luka kau. Aku akan tolong. Percayalah..." Roychi mengeluarkan sedikit daging panggang dari dalam begnya dan dilemparkan pada harimau berkenaan.

Sebelum itu, sempat dia meletakkan sedikit ubat tidur yang dibuat sendiri.

             Setelah dipastikan daging itu dimakan, Roychi menunggu selama beberapa minit untuk melihat kesannya. Harimau dewasa itu tertidur lena. Hanya anaknya memandang bengis pada Roychi.

Sewaktu Roychi mendekatinya, satu cakaran terkena pada lengannya. Tetapi dia tidak membalas. Diberi sedikit lagi daging kepada anak harimau itu. Roychi tersenyum melihat anak harimau itu dengan lahapnya memakan pemberiannya selaju mungkin.

"Kau lapar ya? Kesian.. entah sapalah yang lakukan perkara jahat ni pada ibu kau? Harap-harap ibu kau akan sembuh." Mengomel Roychi seorang diri sambil mengubati luka di badan harimau dewasa itu.

          Selepas seketika, Roychi mendengar suara seseorang. Sekumpulan pemburu haiwan muncul dibelakang Roychi ketika Roychi selesai membalut luka harimau berkenaan. Roychi bangun dan berdiri tegak sambil menutup mukanya.

"Disini rupa-rupanya haiwan tu berada. Hei budak! Pergi dari sini. Haiwan tu milik kami! Pergi!" Marah salah seorang lelaki itu. Dua lagi lelaki tersengih sambil memegang besi dan perangkap.

"Tak boleh. Sebab haiwan ni milik aku. Rupa-rupanya koranglah yang cederakan harimau ni. Sebab apa? Sebab duit? Tak pernah dengar tentang kebebasan ke?" Balas Roychi tenang.

"Budak ni banyak cakap pula. Kau memang dah lama hidup ke? Kawan-kawan! Apa kata kita ajar budak ni macammana nak hormat orang yang lebih tua!" Arah lelaki itu.

Ketiga-tiga mereka menyerang dengaa pantas. Roychi hanya berdiri dengan tenang. Dia dapat membaca segala pergerakan lelaki-lelaki tadi dan membaca fikiran mereka. Dengan sekali libasan, ketiga-tiganya tumbang dengan mata terbeliak.

Roychi berdiri dengan pedang panjangnya yang unik. Pedang yang diciptakan sendiri sejak kecil dengan kemahiran kaum uniknya. Dia menepuk tangan beberapa kali dan berjalan kearah harimau dewasa yang mula sedar.

"Dah bangun? Jaga anak kau elok-elok. Tak semua manusia ni baik. Ada yang berniat jahat. Anak kau lain dari yang lain. Mereka akan tetap buru kau dengan anak kau. Sekarang kau kena pergi dari sini sebelum mereka sedar. Pergi.." arah Roychi tegas. Dia dapat membaca fikiran haiwan ini dengan melihat ke matanya.

REINCARNATIONWhere stories live. Discover now