Sambungan Pengorbanan-7-
Harap semua suka😉👌
_____________________Semenjak Athar pulang, mereka berdua hanya senyap sepi. Aifa sudah malas untuk bercakap dengan suaminya dek kerana perbuatan Kheairil pagi tadi. Merajuk agaknya. Kheairil pula masih dikuasai oleh keegoaannya. Tapi terselit senyuman di bibir. Hari ini isterinya kelihatan anggun memakai bawal crepe. Cantik! Comel! Menawan!
"Sekarang baru aku tahu kerja kau. Bila aku takda kau menggatal dengan jantan lain eh. Miang jugak kau ni kan. Weh, kalau kau nak aku boleh bagi la." Kheairil membuka bicara yang amat menyakitkan hati Aifa.
Aifa diam. Tersinggung dengan bait-bait ayat yang keluar dari bibir suami. Geram yang menggelegak di dada di tahan.
"Kenapa kau diam? Takut? Ouh. Jadinya betullah kau ni miang kan. Orang tua-tua cakap kalau diam maknanya betul." Kheairil menyambung lagi. Memang niatnya untuk menyakitkan hati Aifa.
Aifa diam buat sekian kalinya. Aifa mempercepatkan langkah. Tidak betah pabila berada dekat dengan suaminya yang menjengkelkan.
"Woi! Aku ni dah cakap dengan kau jawab lah! Pastu, kau nak lari pulak." Laung Kheairil apabila nampak Aifa sudah maju kedepan. Mujur tiada siapa-siapa disitu.
Aifa terhenti. Kagum dengan suasana lata yang berdekatan dengan rumahnya itu. Airnya tidak begitu jernih. Tetapi masih boleh dimandi. Aifa duduk di atas sebuah batu yang besar. Kakinya asyik menolak air.
Kheairil hanya memerhati isterinya dari jauh. Dia sedar Aifa sedang berjauh hati. Mungkin terkecil hati tentang sikapnya yang pagi tadi. Terselit rasa kesian apabila memandang wajah isterinya. 'Ish. Kau nak kesian buat apa. Memang ini matlamat kau. Sakitkan hati dia!' Getus hatinya.
"Kheairillllllllll! Aaarghhhh!" Laung Aifa dengan sekuat hati.
Kheairil yang sedang leka bermain ranting kayu di hujung lata terdengar ada orang menjerit memanggil namanya. Dia sedar Aifa sedang memanggilnya. 'Ya Allah! Apa pulak jadi kat minah ni.' Getus hatinya sambil berlari ke arah Aifa.
Kheairil kaku! Dia melihat ada seekor ular tedung yang berada betul-betul di depan Aifa.
Aifa berpaling. Dia sedar kewujudan Kheairil di belakangnya. Aifa menangis ketakutan. Menggeletar seluruh badannya. Tidak pernah dia bertemu muka ke muka dengan haiwan yang amat menakutkan. Kheairil menarik tangan Aifa dan segera Aifa masuk ke dakapan Kheairil. Mereka berada di dalam pelukan! Erat! Aifa menangis sehingga tersedu-sedan. Kheairil memeluknya dengan erat sekali. Ular tedung yang berada betul-betul dihadapan mereka berlalu pergi masuk ke dalam semak belukar disebalik air lata itu.
Aifa terduduk. Di betis dan dahinya terdapat beberapa luka. Kheairil hairan. 'Dia nampak ular macam mana pulak boleh luka.' Getus hati Kheairil. Di bahagian bawah betis seluarnya terkoyak. Ternampak kulis putih gebu Aifa.
"Awak! Terima kasih sebab selamatkan saya tadi. Saya rasa kalau awak takda tadi, dah lama saya kena telan ular tu." Suara Aifa mendatar masih bersisa tangisan. Menyesal kerana tidak melayan Kheairil. Akhirnya, Kheairil juga menjadi hero.
Sedar ataupun tak, sejak tadi mereka berada di dalam pelukan. Aifa memeluk Kheairil erat sekali. Kheairil pulak tangannya berada di pinggang Aifa. Sambil duduk juga boleh berpelukan. Aifa yang telah sedar dia memeluk Kheairil segera meleraikan pelukannya. Ketakutan masih bersisa. Kheairil juga membuat perkara yang sama.
Kheairil membetulkan suara. Aifa seakan menggodanya. Dengan seluarnya yang terkoyak menampakkan betisnya yang putih mulus serta pelukan Aifa yang erat. 'Astagfirullahalazim. Jaga mata Khe!' Getus hatinya.
"Tulah kau. Lain kali abaikan aku. Bila dah jadi macam ni, pandai pulak mulut kau tu panggil nama aku." Kheairil menunjal dahi Aifa. Kheairil ingin bangun meninggalkan Aifa. Tetapi..
"Khe! Sakit!" Jerit Aifa apabila melihat Kheairil ingin meninggalkannya keseorangan. 'Gila ke apa? Nak tinggal aku macam ni. Dah la kaki sakit. Kalau ular tu datang balik telan aku macam mana? Aarghhh! Tidak!' Jerit hati Aifa.
Kheairil sebenarnya agak risau dengan keadaan Aifa. Luka dia kepalanya tempoh hari juga belum sembuh tiba-tiba diserang ular pula. Kheairil mengeluh berat.
"Sakit kat mana?" Kheairil mendapatkan Aifa dan ingin membantunya bangun.
"Awak kenapa atas luka tu macam kembung jer? Geli pulak tu!" Adu Aifa. Muka Aifa sudah lain macam kerana menahan geli.
Kheairil menyelak seluar Aifa yang terkoyak itu. Dan yang paling mengejutkan Aifa ada Lintah! Oh My God!
"Aaarghhhh! Kheairil!" Jerit Aifa sekali lagi. Aifa memang tidak betah melihat haiwan yang spesisnya yang berkulit licin. Seperti, ular, katak, lintah dan pacat. Euwww!
"Ish! Kau ni memang suka jerit ke apa? Kata orang kampung? Jumpa lintah pun jerit. Weh, aku yang bandar ni pun tak takut okay." Ejek Kheairil sambil membuat memek muka. Di akhir ayat terbit ketawa kecilnya.
"Awak tolonglah! Ambil buang. Saya tak tahan ni!" Jerit Aifa sambil menarik-narik short pants milik Kheairil.
"Wowwow! Calm down! Kalau ya pun jangan lah tarik seluar aku. Kang terlondeh kat sini. Tak pasal-pasal kau tengok free show." Seloroh Kheairil.
Aifa yang tidak sedar dia menarik seluar Kheairil sejak tadi sudah blushing kerana Kheairil bercakap begitu kepadanya.
Kheairil segera mengambil lintah itu dan melemparnya ke arah semak samun itu. Aifa menarik nafas lega. Kheairil membantunya bangun. Semasa perjalanan pulang Kheairil hanya mendiamkan diri. Aifa pula berasa terhutang budi kerana sejak tadi Kheairil banyak membantunya. Malah, menyelamatkan nyawa Aifa.
Kheairil hanya mendiamkan diri. Tidak tahu untuk membuka topik perbualan.
"Emm. Awak thanks sebab selamatkan saya dari ular dinasour tadi, buangkan lintah dari kaki saya tadi dan tolong saya bangun tadi." Bertubi-tubi kata-kata terima kasih Aifa diberikan untuk suami tercinta.
Kheairil diam. Tidak mahu membuka mulut. Dia sedar semenjak kebalakangan ini di hatinya terbit rasa sayang kepada Aifa. Cinta belum pasti.
"Macam mana boleh ular tu serang kau?" Tanya Kheairil secara tiba-tiba.
"Sebenarnya, tadi saya masuk semak tu sebab nak ambil bunga. Pastu, tak sangka pulak ada ular kat situ. Saya lari lah, tersadung pulak kat ranting kayu. Habis luka dahi dengan betis ni. Saya nak ambil bunga seb..."Terang Aifa dengan panjang lebar.
"Kau ni memang dari dulu suka menyusahkan orang lain kan? Tu baru ular yang keluar! Kalau benda lain keluar tadi macam mana? Ni kalau ibu ayah tanya macam mana boleh jadi macam ni kau nak cakap apa?"Kheairil memotong cakap Aifa dan nada suaranya bertukar serius.
Aifa terdiam kerana dimarah oleh Kheairil. Kheairil meninggalkan Aifa yang terpinga-pinga dimarah. Aifa berkecil hati.
"Saya... ambil bunga tu sebab.. nak bagi dekat awak. Nah! Ambil lah. Saya tahu pemberian saya ni tak ada nilai. Terima kasih sebab luangkan masa awak dengan saya dekat lata. Saya sedar saya banyak menyusahkan semua orang." Aifa mengambil tangan Kheairil dan meletakkan bunga yang berwarna merah pudar itu di atas telapak tangannya. Lalu, dia menutup tangan Kheairil kembali. Kheairil lansung tidak memandang mukanya. Aifa tersenyum hambar. Terkecil hati dengan tindak tanduk Kheairil. Hasrat hati ingin berbaik tapi lain pula jadinya.
______________________
To Be Continue 😚
YOU ARE READING
Pengorbanan
Romance"Tadi bukan main lagi cakap pasal Kirana Zirane bagai. Pastu, tetibe lak nak suruh aku datang dekat dia. Dia lupa ke apa yang dia baru maki hamun aku tadi. Aku nak mogok pun dah tak boleh. Jujur, aku tak paham lansung apa yang ada dalam kepala dia...