BAB 3 - PREAH PISNULOK

1.4K 27 3
                                    

Qistina merenung syiling bilik hostel di tempat mereka menginap. Dia seperti memikirkan sesuatu yang tidak ada jawapannya. Sekali sekali Qistina cuba memejam mata tetapi gagal. "Qistina termenung apa tu? Dah pergi mandi la sebelum minah minah salleh tu balik." Alin mengejutkan Qistina dari lamunan. 

"Okay", balas Qistina pendek sambil berjalan malas. Di bilik tempat mereka menginap terdapat lima katil double decker dan setiap katil mempunyai langsir khas untuk privasi ketika tidur. Malah, setiap katil juga mempunyai kipas kecil lekat di dinding. Harga semalaman hanyalah 7 USD, sangat sesuai bagi backpackers yang dalam on budget. 

Qistina membentang kain batik di lantai bagi menggantikan sejadah. "Alin, kat mana arah kiblat?" tanya Qistina. "Menghala ke aircond tu straight je takda senget senget pun", Alin menjengah ke bawah dan menjawab.  Qistina mengangguk dan membaca niat. Ketika Qistina sedang kusyuk solat, kedengaran pintu utama terbuka. Tiba-tiba minah minah salleh yang baru pulang entah dari mana itu menjerit. Barangkali mereka terkejut melihat Qistina bertelekung putih. Qistina cuba untuk khusyuk. 

 "Kahkahkah, mesti diorang ingat vampire Cambodia mana lah nak usik diorang", tegur Alin apabila melihat Qistina sudah selesai sembahyang dan berdoa. "Weh sumpah lawak, tapi nak buat macam mana nak solat atas katil karang serupa langsuir pulak", Qistina menambah dengan ketawa bersisa. "Aduh kesian diorang tak pasal pasal terserempak hantu malam ni. Dah la jom tidur, esok hari yang panjang kita kena tempuh," kata Alin excited. "Jom, goodnight!", balas Qistina sambil menutup lampu tidur. Esok mereka akan pergi ke Angkor Wat atau dahulunya dikenali dengan nama Preah Pisnulok. 

Summer Vibe by Walk of the Earth sedang dimainkan, Qistina hanya termenung menunggu Yusry di lobi. Alin sudah berborak bersama Thom di dalam tuk-tuk. "Tak sah lah mamat ni kalau tak lambat, memang sah melayu" bisik Alin. "What?", tanya Thom bingung. "Eh no, sorry i'm talking to myself." Alin tersipu malu. Jam sudah menunjukkan tepat lima pagi. "Where your friend? We must hurry if you guys want to see the sunrise at Angkor Wat. Very very beautiful i tell ya", Thom nampak gaya macam dah tak sabar.

 "Eh ko ke aku yang tak sabar ni?", saja Alin berbahasa Melayu di depan Thom. "What again?", tanya Thom. "No, i mean how many hours to reach there?", tanya Alin. "Ohhh, around 45 minutes", jawab Thom. Sementara itu, penampakan lembaga sekurus lidi serba hitam muncul di lobi. Yusry hanya muncul sambil tersengih, dia terus menaiki tuk-tuk. Sepanjang perjalanan mereka tidak berborak, masing masing hanya melayan perasaan dan angin pagi di negara itu.

"We're reach now and please prepare 20 USD for the fees", Thom memberi arahan supaya tidak kelam kabut di kaunter membeli tiket. "Mak aih beratur panjang serupa nak beli ikan kat pasor", Qistina terkejut melihat suasana di kaunter tiket memasuki Angkor Wat. Kalaulah Suryavarman II tengok kaunter tiket tu, tak tahu la kalau dia akan tersenyum besar atau menggelengkan kepala.

 "Okay dah jom guys aku nampak macam ada geng Melayu jugak tu pakai bawal siap." Yusry menjengah. "Jom", kata Qistina dan Alin serentak. Mereka bertiga beratur seperti orang lain. Nasib mereka baik, kaunter tiket tersebut beroperasi pantas seperti Usain Bolt. Okay acah mat labu. Takde lah laju mana tapi okay lah sempat lah nak kejar sunrise. 

Nampaknya penulis semakin malas hendak berbahasa baku. By the way, tiket Angkor Wat sangat lah unik kerana di printkan bersama gambar berukuran passport bagi setiap individu yang memiliki tiket tersebut. Mereka bertiga teruja dengan gambar muka selebet dan muka waktu pagi masing masing. 

"Are you three done with buy the tickets?", tanya Thom walaupun soalan itu sangat lah tak masuk akal bagi Alin. Mereka bertiga angguk. "Let's go bitch!", Yusry menjerit excited. Jarak antara kaunter tiket dan juga Angkor Wat mengambil masa lebih kurang 10 minit. "Ya Allah!", Qistina tiba tiba menjerit kuat. 

"Eh kenapa ni Qistina?", Alin dan Yusry kaget. "Cantiknyaaaaaaaaaaaaa!!", jerit Qistina tidak hiraukan sekeliling. Yusry dan Alin merenung tajam gelagat Qistina. Mereka kini berada di hadapan Angkor Wat.

"Preah Pisnulok", bisik Qistina sambil tersenyum memandang monumen itu. 

Qistina & Angkor WatWhere stories live. Discover now