Pengorbanan-9-

452 22 1
                                    

Sambungan Pengorbanan-8-
______________________

Setelah peristiwa tadi, Kheairil hanya membisu. Dek kerana jerkahannya sebentar tadi membuatkan Aifa diam seribu bahasa. Sejak pulang dari lata, dia hanya membatukan diri di pangkin di halaman rumah. Kheairil hanya memerhati dari jauh. Takut untuk mendekati isterinya. Nanti lain pula jadinya.

'Kenapa apa yang aku buat semua tak betul? Kenapa kau bodoh sangat Aifa jatuh cinta dengan orang yang tak pernah hargai kau. Aku tahu susah. At least cubalah hargai aku. Cuba! Salahkah aku jatuh cinta dengan suami sendiri?' Air mata Aifa mula berguguran. Sedih di dada tidak dapat dibendung.

Kheairil hanya memerhati dari jauh. Dia sedar butir-butir mutiara isterinya telah bercucuran jatuh. 'Ya Allah! Berdosakah aku?' Getus hati Kheairil. Kheairil mendekati Aifa. Merelakan jiwa untuk memujuk Aifa.

"Aifa. Aku nak mintak maaf. Aku terlepas cakap dengan kau." Kheairil melabuhkan punggung membelakangkan Aifa. Tidak mampu melihat wajah Aifa.

Aifa diam. Cepat-cepat dia mengesat air matanya kerana tersedar dengan kehadiran Kheairil. Hatinya makin remuk. Kenapa harus wujud suami yang sebegini rupa. Dia bingkas bangun untuk meninggalkan Kheairil. Namun, Kheairil pantas merentap lengannya. Aifa kesakitan.

"Apa awak ni? Awak tak puas hati apa lagi dengan saya? Tak puas lagi ke hina saya? Caci saya? Awak tahu tak, dalam hidup saya ni. Saya tak pernah jumpa laki sekejam awak. Saya tak tahu awak letak mana hati dengan perasaan awak. Saya perempuan. Saya cuba sedaya upaya keraskan hati untuk awak. Lepaslah Khe. Sakit.." Air mata Aifa gugur dengan pantasnya. Sakit hati bercampur baur dengan rentapan di tangannya. Dia melepaskan segalanya kepada Kheairil sambil jarinya menunjal dada Kheairil. Air mata dikesat berkali-kali. Matanya searah dengan mata Kheairil. Mereka berpandangan.

Kheairil melepaskan tangan Aifa. Tidak sangka Aifa akan bicara begitu. Sungguh mendalam bait-bait ayat yang diberikan Aifa. Hatinya tidak keruan melihat mata Aifa. Indahnya ciptaan Allah S.W.T. Kenapa begitu susah untukku menjelaskan perasaanku kepadamu wahai isteri.

"Saya minta maaf atas semua kekhilafan saya." Hanya itu yang terkeluar dari mulut Kheairil. Perasaannya bercampur baur.

Aifa bingkas meninggalkan Kheairil. Tapi bahunya dipegang lembut. Kheairil!

"Aku teman eh. Kau sakit. Lagipun ibu ada. Nanti lain pula jadinya." Tutur Kheairil lembut.

Aifa hanya mendiamkan diri dan membontoti jejak si suami. Setelah sampai di pintu rumah. Iffah sedang  menghidangkan makan tengahari untuk mereka bertiga. Kheairil hairan kerana Iffah juga menyiap beberapa mangkuk tingkat yang berisi ikan patin masak tempoyak. Aifa hanya merehatkan diri di ruang tamu.

"Ibu. Makanan yang dalam mangkuk tingkat tu untuk sapa?" Tanya Kheairil sambil mengankat keningnya.

"Oh! Tu untuk abang Il dengan ayah. Alang-alang dah tanya tu nanti Khe tolong hantarkan kat bendang boleh tak? Haa nih, kalau Khe dengan Fa nak makan kat sana sekali pun takpa. Kesian pulak korang jalan kaki. Baik makan sekali dengan ayah dan Abang Il tu." Terang Iffah panjang lebar.

"Lah pastu ibu nak makan dengan sapa? Takpalah. Kesian Ibu lagipun tadi Aifa tersadung ranting sikit tu. Tak larat la dia nak pegi tu." Kheairil memberi alasan kerana kesiankan ibu mertuanya itu.

"Ish. Takpe. Ibu dah biasa makan sorang. Khe bawak lah sikit Aifa tu jalan. Khe ambik ubat gamat kat atas rak ubat tu pastu oleskan kat tempat luka Aifa tu. Pastu bawa lah dia jalan-jalan sikit." Tambah Iffah lagi.

"Betul ni bu?" Tanya Kheairil meminta kepastian.

"Yelah. Dah dah pergi oles ubat kat luka Aifa tu." Balas Iffah sambil menolak bahu menantu lelakinya itu.

Iffah segera meninggalkan Kheairil dan Aifa di ruang hadapan. Malas untuk mengganggu kemesraan Kheairil dan Aifa. Iffah hanya merehatkan diri di ruang kamarnya.

Kheairil segera mengambil ubat gamat yang tersedia di atas rak yang dipenuhi dengan pelbagai ubat. Dia mendapatkan Aifa. Aifa hanya memandang sekilas. Tidak betah lansung memandang!

"Mana tadi betis dengan dahi yang luka tu? Meh abang ubatkan." Kheairil seakan memujuk.

Aifa senyap. Faham dengan lakonan Kheairil.
Aifa hanya menarik kakinya yang dilentangkan dia atas sofa.

"Meh la sini kaki tu, kalau tak sudi pun jangan lah dekat sini. Nanti kalau ibu keluar macam mana?" Kheairil membisik lembut di telinga Aifa. Aifa segera mengankat kakinya ke atas birai sofa. Kheairil tersenyum kemenangan. Dia mengambila sehelai baju yang tidak digunakan lagi lalu membersihkan luka Aifa menggunakan minyak gamat di kepala dan betisnya. Kheairil usap lembut! Namun, dia segera melekatkan plaster di kesan luka Aifa.

"Kita pergi hantarkan makanan untuk ayah dengan abang Il eh?" Ajak Kheairil.

"Tak nak. Penat. Sakit." Jawab Aifa dengan penuh alasan.

"Takpa. Abang dukung." Jawab Kheairil sambil mengeyitkan matanya yang sebelah kanan lalu meninggalkannya untuk menyimpan minyak gamat dan mengambil bekalan yang disediakan oleh Iffah.

'Ergh. Fikir kau handsome?" Getus hati Aifa.

_______________________

Kheairil berlalu pergi ke dapur untuk mengambil bekalan mereka berdua dan bekalan Zarul dan Iltizam. Selepas selesai menyimpan minyak gamat ke tempat asalnya, Kheairil segera mendapatkan Iffah di kamarnya untuk meminta izin ke bendang.

Tok! Tok! Kheairil melangkah masuk ke dalam bilik ibu mertuanya. Dia melihat mertuanya itu melutut di atas sejadah dan memakai telekung putih berbunga berwarna merah jambu dan sedang menadah tangan untuk berdoa. Kheairil ingin pergi tetapi setelah mendengar namanya didalam doa Iffah niatnya terhenti.

"Ya Allah. Kau permudahkanlah segala urusan anak dan menantuku. Engkau kurangkanlah segala sengketa diantara mereka berdua. Kau ampunilah dosa mereka berdua. Aku memohon, engkau satukanlah hati mereka berdua. Kau bukakanlah pintu hati mereka berdua. Sesungguhnya Ya Allah, aku ingin melihat kebahagiaan dan kedamaian diantara mereka berdua sebelum ku menutup mata dan kembali ke pangkuanmu Ya Allah.." Rayu Iffah kepada Allah S.W.T.

Kheairil segera meninggalkan ibu mertuanya dalam keadaan sayu. Dia terharu. Sedih. Kasih. Benci. Perasaanya kini bercampur baur. Kheairil hairan. Ibu mertuanya itu tahukah keadaan rumah tangganya? Maklumlah, naluri seorang ibu. Dia berdiri berpaling dengan dinding daun pintu bilik Iffah. Hatinya lebur mendengar doa Iffah.

"Maafkan Khe ibu. Khe tak macam menantu harapan ibu yang boleh bimbing anak ibu ke jalan yang benar. Banyak dosa Khe dengan Aifa. Ibu, ayah, mama, papa dan abang Il. Andai kata, Khe terpaksa lepaskan Aifa. Khe rela dengan penuh kudrat. Khe tak boleh cintakan Aifa. Khe mintak maaf ibu. Mintak maaf..." Kheairil bermonolog seorang diri. Perasaan yang sedih tak dapat lagi dibendung. Dia sukar untuk menerima bahawa dirinya sudah berada di belaian Aifa.

"Tadi nak pergi bendang? Jom lah. Lewat dah ni." Tegur Aifa dari belakang dengan sinisnya. Terkejut Kheairil dibuatnya. Nasiblah sempat menutup sedih diraut wajahnya. Dia sedar Aifa sedang dingin dengannya.

Kheairil memberikan sebuah senyuman hambar. Aifa pelik dengan kelakuan Kheairil semenjak pulang ke Pahang. Berubah 360 darjah! Berlakon atau realiti tidak dapat dibezakan. Namun, Aifa juga sedar kerana dia telah membuat kesilapan besar dengan memasang harapan Kheairil jatuh hati padanya.
_______________________

To Be Continue😉😘
Author: Maaf kalau jalan cerita tunggang langgang dan maaf jugak chap ni tak menarik. Yang si penulis ni pun lupa cerita sendiri. Hohoho😅 Harap terhibur. Stay tune lepas ni nak pi bendang main lumpur. I'll do my best. Kalau suka sila..

VOTE•COMMENT

Secara tak sengaja nak pengormot ig dengan id sat nah. Heheh😂💫
ID: Husnaa_Helmyy
IG: Hushelaanamyy

PengorbananWhere stories live. Discover now