Niat

29 5 2
                                    

Setiap hari aku bangun dengan niat ingin menjadi seorang yang berguna kepada dunia tetapi itu hanya sekadar niat. Aku masih mencari identiti diri aku sendiri. Apabila aku menonton di televisen cerita penyiasatan, aku ingin jadi itu. Kemudiannya aku menonton cerita tentang agama, aku ingin menjadi seorang yang beragama pula. Aku tidak tahu sampai bila aku ingin mencari siapa aku dalam hidup aku sendiri. Ya aku adalah Zarish. Seorang yang tidak tetap akan pendirian nya sendiri, boleh juga diibarat kan sebagai lalang. Kadang aku sendiri cemburu melihat rakan rakan dan manusia disekeliling aku berjaya. Aku sendiri tidak tahu ingin menjadikan cemburu itu sebagai positif atau negatif. Apabila memikirkan tentang diri ini, aku rasa tidak adil kerana aku tidak dikurniakan keistimewaan seperti orang lain.Kehidupan yang keseorangan dan dikelilingi oleh orang yang pentingkan diri membuatkan keyakinan aku semakin menurun. Sudah menjadi kebiasaan seorang yang peramah mempunyai ramai teman, dan itu merupakan diri aku yang dahulu. Kian hari aku mula sedar akan perubahan diri aku sendiri. Aku semakin hipokrit dengan diri aku sendiri. Perubahan ini berlaku kerana aku sedar yang aku hanya dipergunakan bila mereka susah. Aku seorang yang sangat sensitif, siapa tidak kenal dengan Zarish luaran yang sangat kuat bila diperhatikan tetapi dalaman yang mudah retak apabila disentuh. Kisah yang sangat rumit ini tidak akan pernah difahami oleh mana mana manusia kecuali aku dan yang maha Esa. Aku tahu ramai yang mempunyai kehidupan yang sukar dan tidak mampu dihadapi seorang diri, tetapi siapakah kita yang tidak mahu meminta pertolongan dari maha pencipta ? Dalam kita melalui hari hari indah, adakah kita meluangkan masa untuk bersujud kepada-Nya ? Persoalan yang harus anda tanya pada diri sendiri ! Lakukan perubahan untuk diri sendiri. Mulakan niat kerana-Nya maka kehidupan anda akan dipermudahkan. Sama sama aku dan kau menjadi seorang yang berbakti kepada diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

HidupWhere stories live. Discover now