BAB 4 - Under The Sun

1.3K 21 2
                                    

Background music lagu Ready to start by Arcade Fire automatik berkumandang saat Qistina berada di hadapan Angkor Wat. Qistina terpegun. Kelihatan ramai mat minah salleh pada pagi itu, bukan setakat mat minah salleh malah rombongan bas dari China, Hong Kong, Korea dan seangkatan dengannya juga sama sibuk berada di Angkor Wat. Pendek kata, pada pagi itu suasana kemain meriah alam sama  meriah seperti hari raya. Cuma takde lemang je.

"Kita ingat kecik je Angkor Wat ni, nampak dalam buku sejarah macam kecik last last hamek kau besar bapak woi", Alin masih tak percaya dengan apa yang ada di depan matanya sekarang. "Haah kan macam ni rupanya seketul candi, sumpah aku ingat kecik jugak", Yusry turut tidak percaya. Handphone tidak lepas di tangan mereka bertiga. Masing-masing sibuk mengambil gambar untuk dijadikan stok gambar instagram selama dua bulan.

"Weh belakang ni lagi cantik laaaa lighting", Yusry menjerit. Qistina dan Alin dengan pantas pergi ke arah Yusry. Qistina masih tak habis habis dengan ayat "cantiknyaaaa ya Allah". "Weh kalau ada tourist guide kan best mesti dia terang habis habisan pasal Angkor Wat ni", kata Qistina sedikit kesal. 

"Nak buat macam mana Qist, kita bajet takde sangat lah, cukup cukup makan je", Alin cuba tenangkan Qistina. "Hallah ko ni balik google jelah dekat hostel, wifi hostel kan laju. Chill lah", Yusry menambah. "Tapi google dengan cerita depan depan lain hm", bisik Qistina sendirian.

Tahukah anda yang pada zaman dahulu, orang barat tertarik untuk berkunjung ke Angkor Wat kerana mendengar ayat "kuil yang dibina oleh dewa"? Okay, sekarang dah tahu kan. 

Setiap ukiran di Angkor Wat begitu teliti hasilnya. Bangunan dan konkritnya begitu tampak kukuh dan gah walaupun sudah beribu tahun dibina. Betul lah kata Antonio Da Madalena, seorang pengunjung barat terawal ke Angkor menyatakan bahawa bangunan Angkor merupakan bangunan luar biasa yang tidak dapat digambarkan dengan pena. Senibinanya yang halus juga hanya lah boleh dicipta oleh manusia genius. 

Peh bergaya jugak penulis ni menulis dalam bentuk sejarah. Hikhik.

Kalau nak diikutkan, satu hari memang tidak cukup untuk mengetahui setiap sudut bangunan keagamaan terbesar di dunia itu. Ukiran ukiran yang berada di setiap dinding juga seperti menceritakan kisah kisah penduduk pada zaman dahulu. Angkor Wat mengambil masa selama 30 tahun untuk siap dibina. Peh, dah macam Lara Croft penulis bercerita. 

"Korang nak biskut tak?", pelawa Qistina. "Takpelah kut kita tak makan pagi sangat", Alin menolak. "Aku pun sama", Yusry mencelah. Sebagai backpacker on budget dan melawat negara yang menggunakan US dollar, amat lah digalakkan membawa bekal makanan dari Malaysia. Mudah dan jimat.

Cuaca hari itu agak terik. Memang sedang elok bila lagu under the sun by Tres Empre didendangkan di telinga. Qistina membetulkan shades nya. "Pukul 10 pagi dah macam pukul 2 petang, lupa pulak nak lumur sunblock satu badan", Qistina membebel sendirian. 

"Ko tahu tak tadi entah mamat botak separuh bogel mana lah kasi aku colok, gila ke? Nampak sangat ke muka aku ni macam orang nak mintak doa supaya jadi kaya cepat?", Yusry menghampiri Qistina dan Alin sambil mulut tak henti henti membebel. "Kahkahkahkah. Itulah ko sibuk dengan serban kat kepala lah apalah kan dah kena cop orang takde pedoman", Alin berdekah. Yusry hanya mencebik. 

"Dah lah korang dah 2 jam lebih dah kat sini, ada lebih kurang sepuluh temple lagi kita nak lawat", Qistina ajak ajak ayam. "Tapi aku tak puas lagi lah nak tatap Angkor ni, cantik sangat. I can't leave this bitch", kata Yusry dengan mata berkaca.

 "Jangan nak over eh Yusry, masa kita tak banyak, bebel Thom karang", Alin bersikap tegas. "Ok", Yusry hanya mengangkat tangan persis talk to my hand kepada Alin. Selepas ini mereka akan pergi melawat Bayon Temple pula.

Qistina menatap Angkor Wat buat kali terakhir. "Selamat tinggal Preah Pisnulok, umur panjang kita akan bertemu lagi".

Qistina & Angkor WatWhere stories live. Discover now