Sehangat Bara Berahi

52.7K 154 11
                                    

Dia ketawa kecil. Suaranya halus. Ciumannya tadi membuatkan dia terlupa siapa dia, bagaimana dia boleh ada disini. Dan segala-galanya.

Termasuk Selena.

Siapa Selena?

Raveiy tergamam. Matanya terbuntang luas. Air liur berkumpul dalam mulutnya ditelan penuh. Jantungnya berdegup kencang. Siren berpakaian tetapi sememangnya tak berpakaian itu mendekatinya. Kain  jarang yang membaluti tubuhnya dibuka dan dibiarkan jatuh diatas lantai. Hanya tinggal kain di dadanya dan seluar. Seluar yang kecil dan bertali.

Siren itu semakin dekat. Lari. Raveiy. Lari.

Kenapa perlu lari?

Raveiy terduduk di hujung katil. Dia hanya berjubah nipis sahaja, menampakkan dadanya yang tegap. Siren itu duduk diatas ribanya.

Lari.

Lari.

La-

Hembusan halus dari siren menghentikan suara-suara dalam kepalanya. Lalu, bibirnya dikucup.

Nafasnya semakin dalam. Nikmat sentuhan jari mulus membuatkan dia semakin hangat. Semakin berahi. Sehangat bara berahi. Jari runcing yang mengusap halus kulit dadanya. Raveiy semakin ghairah menikmati perhatian manja siren yang duduk diatas ribanya. Tangannya mula merangkul pinggul kupu-kupu malam. Keghairahannya mula naik, lalu membuatkan dia lupa pada janji suci yang dia pernah ikrar dahulu. Pada dia. Pada segala-galanya.

Pada Selena.

Muzik irama padang pasir yang mengasyikkan dan memukau berkumandang, berirama menggoda seperti ular yang yang melentok sewaktu berasmara. Badannya yang ramping berombak mengikut alunan menggoda. Dadanya yang berkain kecil sengaja digeselkan pada lelaki itu. Duduknya dia riba semakin rapat, mendekati keghairahan Raveiy.

Kain labuh yang menjadi hiasan dibiarkan diatas lantai. Kedua-dua tangan mengurut kepala Raveiy dengan penuh nikmat. Senyumannya menggoda. Lidahnya menjilat bibir yang serba merah berahi. Lantas, bibirnya yang penuh keghairahan itu mencium Raveiy. Raveiy pula menerima dengan rakus.

Raveiy berundur dari pertarungan lidah. Kini, si Siren serang lehernya dengan ciuman rakus dan gigitan. Raveiy mengerang puas. Dia mahu lagi. Siren mengerti. Dia menolak tubuh Raveiy lalu jatuh diatas katil.

Siren merangkak diatasnya. Nafasnya laju. Tidak pernah dia begini. Selama ini, dia hanya menikmati jiwa kosong. Jiwa kotor. Tidak pernah dia merasai jiwa yang hampir suci, seperti lelaki ini. Mangsanya. Lelaki ini yang benar-benar menarik nafsunya yang telah lama pudar. Jiwanya suci dan penuh perasaan. Ya, aku mahu dia. Sekarang. Aku mahu jiwanya. Lazat. Si Siren tersenyum jahat.

Siren tersenyum. Sedikit sahaja lagi. Jiwa lelaki ini akan dia tarik sepenuhnya. Jiwa yang suci.

Lazat.

Bibir munggil siren dikucup rakus. Tangan Raveiy digenggam kemas.

Raveiy!

Raveiy!

...Selena...

Dia tersedar. Selena. Hatinya memanggil.

Dia teringat semula. Siren. Penggoda. Pemakan jiwa. Pembawa maut. Mati!

Mati!

Mati!

Aku perlu selamatkan diri!

Menyedari Raveiy telah mula sedar dari sihir pukau, siren mula menyedut nafas lelaki itu. Melalui mulutnya. Tak ubah seperti ciuman yang rakus. Tapi kali ini ciuman yang membawa maut. Sekiranya nafas lelaki ini habis disedut, jiwanya pula akan menjadi sajian enak.

Raveiy mula sesak nafas. Dia cuba melepaskan diri. Meronta-ronta namun pegangan kejap dan tubuh yang menghimpap badannya menyukarkan dia. Dia semakin lemah. Matanya hampir tertutup. Nafasnya hampir habis.

Raveiy!

...Selena...

Bang!!!

Darah merah tiba-tiba memercik pada mukanya. Kepala siren longlai. Anak panah perak berdiri tegak tercacak dibelakang kepala syaitan itu. Dan tubuh giur itu terkulai disebelahnya. Asap halus mulai keluar perlahan dari tubuh siren. Lama kelamaan badan siren itu terbakar dengan sendirinya, meninggalkan abu.

Selamat. Raveiy selamat. Dia menghela nafas lega. Nafasnya kembali pulih. Si penyelamat bercekak pinggang di hadapan Raviey. Bidadari hatinya, srikandi pujaan. Selena!

"Amboi, gembira nampak. Aku mengganggu ke?" Busur silang ditangan Selena diacu pula pada Raviey. Panas hati. Tak guna punya suami. Anak panah perak berduri sedia berkhidmat di gagangnya. Jari di picu menunggu arahan dari hati.

"Selena. Sayang, tadi tu syai-"

"Diam."

Raviey mengunci mulut. Alamak...

Dia telah terselamat dari siren tadi, tapi kini adakah dia benar-benar terselamat dari amarah srikandi ini?

Sehangat Bara BerahiWhere stories live. Discover now