BAB 12

4K 84 0
                                    

AARIZ membawa masuk beg pakaiannya dan Dahlia ke dalam biliknya. Beg itu diletakkan di atas sofa. Dahlia hanya membuntuti dari belakang. Mereka baru sahaja kembali dari hospital. Umi sudah pun dibawa pulang setelah beberapa hari berada di dalam wad.

"Awak tak kisah ke kalau kita stay kat sini sementara menunggu keadaan umi elok sikit?" soal Aariz pada Dahlia yang telah pun duduk di atas birai katil. Tudung di kepalanya sudah pun ditanggalkan.

Sekilas Dahlia mengerling ke arah Aariz sebelum mengangkat kedua kakinya dan duduk bersandar pada katil. Tubuhnya terasa lenguh.

"Tak. Lagipun rumah umi ni lagi dekat dengan office. Tapi, awaklah... office awak jadi makin jauh."

Tempat kerja Dahlia yang terletak di Seksyen 2, Shah Alam memang dekat sahaja dengan Bukit Jelutong. Namun tempat kerja Aariz terletak di Subang, agak jauh dari rumah umi.

"Tak adalah jauh sangat. Kalau awak boleh berulang alik everyday from Subang pergi office, takkanlah saya tak boleh berulang alik dari Bukit Jelutong ke Subang? Tak jauh pun," balas Aariz pula sambil tangannya mengeluarkan beberapa keperluannya dan meletakkannya di atas meja solek yang turut menempatkan barang-barang milik Dahlia.

Dahlia tidak menjawab. Matanya terasa berat dan perlahan-lahan terkatup.

Aariz berpaling ke arah Dahlia apabila menyedari isterinya itu tidak memberikan reaksi terhadap kata-katanya. Bibirnya mengutum senyuman. Jelas di matanya Dahlia yang telah pun tertidur dengan bersandar pada katil. Kepalanya senget ke sebelah kiri dengan sebahagian rambut menutupi sebelah kanan wajahnya.

Perlahan dia merapati Dahlia dan menjatuhkan isterinya ke pembaringan. Dahlia kemudiannya memusingkan tubuh ke sebelah kiri dan memeluk bantal.

"Thanks...."

Aariz seperti dapat mendengar isterinya menuturkan ucapan terima kasih. Dipandangnya wajah Dahlia yang seakan-akan tersenyum. Dengan lembut dia mengusap kepala dan mengalihkan helaian rambut yang menutupi sebahagian wajah gadis itu. Senyuman manis jelas kelihatan pada wajahnya.

Selesai membaringkan Dahlia, Aariz berdiri dan berjalan keluar dari bilik. Pintu bilik ditutup dengan perlahan agar bunyinya tidak mengejutkan Dahlia yang lena tidur.

*****

"DAHLIA mana?" tegur Tuan Haikal apabila melihat anak lelakinya itu turun seorang diri.

"Oh, dia tidur. Letih jaga umi agaknya. Umi pula mana, bah?" jawab Aariz sambil diselitkan soalan mengenai ibunya. Dia mengambil tempat duduk di sebelah bapanya.

"Kat dalam bilik. Entah apa yang dia buat, abah pun tak pasti." Tuan Haikal menjawab sambil tangannya mengambil surat khabar. Niat di hati mahu membaca berita-berita yang disiarkan dalam surat khabar itu.

Aariz menilik ke arah pintu bilik umi. Bilik itu asalnya bilik tetamu, tetapi diubah kepada bilik umi bagi memudahkan pergerakan umi. Bilik asal yang terletak di tingkat atas cuma akan lebih menyusahkan umi untuk bergerak. Lagipun agak berbahaya untuk umi menaiki tangga dalam keadaannya yang agak lemah.

"Abah, Aariz pergi tengok umi kejap, ya." Aariz meminta keizinan bapanya untuk menjenguk umi.

Tuan Haikal memandang sekilas pada anaknya sebelum mengangguk.

Aariz bangun dan menapak pergi.

"Umi, boleh Aariz masuk?" Aariz menolak pintu bilik sambil meminta izin untuk memasuki bilik itu.

Puan Marina menoleh ke arah pintu dan hanya menggerakkan tangannya, memberikan isyarat untuk anaknya masuk. Senyuman terukir pada wajahnya.

"So, how's my mum?" soal Aariz sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebelah umi.

JODOH ITU MILIK KITA (Published)Where stories live. Discover now