BAB 7 - Pokok Gergasi

1.2K 15 3
                                    

Sayup-sayup kedengaran lagu Resistance by Muse. Keadaan sekeliling sunyi. Mereka bertiga seperti hilang arah dan tidak tahu ke mana mahu dituju. Qistina masih mamai. Alin melihat sekeliling sambil Yusry memegang camera Nikon nya dengan kemas. Kelihatan seorang pak guard tersengguk-sengguk di atas kerusi. Penat barangkali semalam kalah judi.

"Hello!", Alin menegur lembut pak guard tersebut. Pak guard itu sedikit terkejut. "Where is the Ta Prohm?" tanya Alin. "Oh sorry sorry, here you go straight only", pak guard itu menghalakan tangannya ke arah hutan itu sambil menenyeh biji matanya. "But, excuse me your ticket?", tanya pak guard itu. "Oh ya, here the ticket", Alin menghulur ticket yang dibeli pagi tadi. Qistina dan Yusry turut membuat perkara yang sama. Pak guard itu mengangguk menandakan kesemua ticket sudah ditunjuk kepadanya.

Ya, peringatan untuk semua yang bercadang untuk ke Angkor Wat disarankan menjaga elok elok ticket masuk yang telah dibeli. Ini kerana setiap temple yang ingin dilawati akan ada seorang pak guard yang menjaga dan memeriksa ticket anda. Konsep dia lebih kurang sama dengan konduktor ticket bas.

Perjalanan ke temple Ta Prohm agak jauh sedikit ke dalam. Mereka bertiga berjalan sambil menghayati keadaan sekeliling. Ada juga pemain muzik jalanan bermain muzik untuk mendapatkan sumber rezeki. Senang cerita lebih kurang busking tetapi mereka menggunakan alat muzik tradisional. Ada juga yang menjual barang barang cenderahati di sepanjang perjalanan. Dan sekali lagi dinasihatkan jangan membeli cenderahati di area temple kerana harganya sedikit mahal. 

"Gilaaaaaa bapak besar nak mampus, ni pokok ke monster?" Qistina tercengang. Alin dan Yusry turut tercengang. "Ini konfim banyak hantu gayut. Konfim!", Yusry berbisik di dalam hati. Alin berjalan ke hadapan menerusi pintu gerbang yang sudah dikelilingi akar pokok. "Yusry, tolong amek gambar aku dengan Qistina jap", pinta Qistina. Mereka berdua membuat ala ala pose sawadikap.

"Young lady! Hello young lady!", kedengaran suara seorang budak kecil di satu sudut. Yusry memandang budak kecil itu. "Hello young man, please buy this bracelet one dollar only", pinta budak kecil itu berkaki ayam dan berbaju sedikit lusuh. Yusry berasa serba salah.

"Apahal?", Qistina mendekati Yusry. "Ni haa budak ni suruh beli", Yusry sudah memilih bracelet di dalam bakul yang dibawa budak kecil itu. "Weh takyah lah beli ko tu bukan berduit sangat maksud aku kita kat sini duit ngam ngam je bawak", Alin mencelah. "Aku kesian lah, takpelah aku beli je boleh bagi souvenir kat kawan aku", sambung Yusry lagi. "Ha lantak ko lah", Alin sudah malas hendak bertekak.

Qistina hanya memandang kesian kepada budak kecil itu. Sesekali budak kecil Itu menarik baju Qistina untuk memaksa Qistina membeli barangnya. "Sorry dear, i don't have enough money to buy it", Qistina memujuk. "Can la young lady, one dollar only for this cute bracelet and two dollar for the magnet", pinta budak kecil itu lagi. "Sorry, i don't have money", Qistina terus jalan kehadapan tanpa menoleh budak kecil itu lagi.

Ya, memang kesian bila difikirkan tetapi sebagai seorang backpacker yang tidak mempunyai duit lebih untuk berbelanja, lebih baik batalkan lah sahaja niat untuk membeli benda yang tidak berfaedah. Qistina serba salah tetapi dia tahu dengan hanya 1 USD dia boleh mendapat air mineral sebanyak 1 liter. Qistina membuang rasa serba salahnya jauh jauh. "Alah, budak tu ntah ntah dah banyak collection dia dapat harini", Qistina cuba menyedapkan hati. 

"Qistina cuba tengok niiiii, patut lah ramai orang beratur kat sini", Alin menjerit memanggil Qistina. Qistina berpaling ke arah Alin. Yusry sudah berada di sebelah Alin. "Ohhhhhh yang ni lah yang Thom cerita tu?", Qistina seakan tidak percaya apa yang dilihat di depannya sekarang. 

Satu pemandangan yang tidak ubah seperti sebuah set filem.


Qistina & Angkor WatWhere stories live. Discover now