Bab 4: Kehebatan Ketamadunan Bangsa Melayu

1.4K 17 2
                                    

Kehebatan ketamaduan orang Melayu. Mataku menikam tajam komputer di hadapanku untuk mencari maklumat tentang kehebatan bangsaku. Akhirnya, aku jumpa laman sesawang yang menceritakan tentang kehebatan ketamadunan bangsa Melayu.
Aku tekan link yang tertera di situ dan maklumat ini yang ku dapati:

Benarkah bangsa Melayu mampu membina Empayar dan menjadi pengurus pemerintahan bermula dari era Melaka? Bagaimana dengan sebelum itu? Logikkah orang-orang Melayu yang duduk dikampung-kampung dipinggir-pinggir hutan, tiba-tiba menjadi pengurus sebuah empayar dan pelabuhan antarabangsa paling strategik dan terkaya di dunia? Sehinggakan para pedagang yang mahu berurusan di pelabuhan Melaka wajib mempelajari bahasa Melayu untuk berbincang dengan syahbandar-syahbandar Melayu dan berniaga dengan pedagang lain.

Tahukah anda jumlah kapal yang berlabuh di pelabuhan Melaka pada satu-satu masa? Jumlahnya beratus-ratus! Ini bukan main-main kerana sumber-sumber Portugis dan Sepanyol yang tersimpan rapi di perpustakaan-perpustakaan Eropah yang menyebutnya begitu. Jika mahu mengetahui keupayaan sebenar bangsa Melayu, kita harus mengkaji manuskrip pengembara Eropah di universiti-universiti Eropah seperti di Leiden dan surat-surat serta dokumen-dokumen para pengurus, pegawai dan bangsawan Melayu dahulukala ketika itu. Bukannya hanya membaca hasil kajian atau tesis para pengkaji sejarah Melayu dari Barat kemudian mengganggap tamadun Melayu setakat bermula dari zaman Melaka sahaja.

Malangnya semua manuskrip itu tidak terdapat di sini. Semuanya hilang dibawa ke Eropah dalam satu operasi pembersihan fakta sejarah Melayu besar-besaran ketika penjajahan Barat (rujuk Munsyi Abdullah). Jadi apa yang tinggal di sini hanyalah buku-buku teks sekolah yang berasaskan kajian pembohongan para orientalis Barat serta ulasan dari sarjana Melayu pemalas yang hanya mengkompilasikan hasil kajian Barat. Jadi yang tertera adalah zaman Batu seperti Paleolitik, Mesolitik dan litik-litik lainnya kemudian terus ke tajuk Empayar Melaka seterusnya zaman Penjajahan. Hanya itukah sejarah bangsa Melayu?

Padahal kapal perang Melayu ketika zaman Melaka dan Acheh lebih besar dari kapal induk Portugis malah lebih pantas dan hebat dari kapal The Black Pearl dalam filem Pirates The Caribbean dan orang Melayu mampu mentadbir sebuah pelabuhan yang lebih kaya dari Port Royal. Ini belum lagi masuk bab empayar Melayu lain seperti Srivijaya dan Majapahit. INILAH RAHSIA PENJAJAHAN BARAT KE ATAS UMAT MELAYU. Ketika kaum Islam lain seperti Arab, Bosnia atau Chechen menghadapi kaedah penghapusan etnik yang ganas, tetapi lain pula dengan bangsa Melayu. Pihak Barat tidak mengejar-ngejar orang Melayu untuk dihapuskan tetapi memburu manuskrip-manuskrip berharga, surat-surat cinta Melayu dan perutusan diraja untuk disimpan (bukan pula untuk dibakar atau dimusnahkan). Pelikkan taktik Illuminati ini?

Orang Melayu Cipta Meriam terbesar dicipta oleh orang Melayu dan diletakkan di dalam istana Sultan Melaka.
Namun, ianya telah dirampas dan dibawa ke Goa, India sewaktu Melaka ditakluki oleh
penjajah. Dan meriam itu masih ada sehingga kini, tetapi untuk membawa balik semula
artifak agung itu ke tanah air kita bukan mudah dan memerlukan kos jutaan ringgit.

Keris Tempa Melaka yang mengalahkan pedang Samurai
Kenapa? Sebab pedang Samurai dihasilkan daripada 12 campuran logam manakala Keris
Tempa Melaka itu dihasilkan daripada 21 jenis campuran logam dan sehingga kini, keris itu
masih tidak dapat ditandingi oleh mana-mana keris atau senjata. Dan bangsa Melayu telah
memiliki teknologi ini sejak lebih 500 tahun yang lalu.

Bangsa Melayu cipta jam 2 abad lebih awal.

Masih ingat dengan Panglima Awang yang berlayar mengelilingi dunia suatu ketika dulu.
Dan dalam pelayarannya beliau menggunakan jam yang dicipta oleh bangsa Melayu dua
abad lebih awal daripada bangsa Eropah mampu mencipta jam.

Selain itu, bangsa Melayu menguasai ilmu pelayaran lebih awal daripada bangsa Eropah.
Panglima Awang berlayar di lautan tanpa menggunakan kuasa enjin dan tidak pernah
sesat ketika pelayarannya, sedangkan Kapten Columbus berbulan-bulan tersasar dalam
pencariannya mencari tanah datar Amerika. Kepakaran bangsa Melayu berlayar ini telah
wujud lebih lama sebelum bangsa Eropah mampu menggerakkan bangsa berlayar mereka
mengelilingi dunia.

Seterusnya, teknologi tentera haiwan menggantikan manusia
Sewaktu era kegemilangan empayar Melaka dulu, bangsa Melayu sedang bereksperimen
untuk membina pasukan tentera di kalangan haiwan yang boleh diseru, disuruh dan dipandu
arah. Tapi sayang, sebelum teknologi itu dikembangkan, penjajah telah 'mencuri' teknologi itu
dan mereka kaji dan guna pakai untuk kepentingan bengsa mereka.

Bangsa Melayu sudah cipta pemetik api di saat mereka baru berjaya mencipta mancis.
Ketika bangsa Eropah sangat bangga dengan penghasilan mancis yang permukaannya
bila digores akan menyalakan api, bangsa Melayu telah pun berjaya mencipta pemetik
api yang diperbuat daripada tanduk dengan serbuk putih daripada pokok enau yang
bertindak seperti kerosin dan teknologi ini telah dikuasai oleh bangsa Melayu 600 tahun
yang lalu sebelum bangsa Eropah berjaya menghasilkan mancis itu.

Bangsa Melayu cipta kunci mangga
600 tahun yang lalu, bangsa Portugis berjaya menghasilkan kunci mangga seperti yang
kita gunakan sekarang, tetapi teknologi ini telah dikuasai oleh bangsa Melayu sejak 2000
tahun yang lalu dengan menggunakan besi tembaga.

Macam mana? Anda terkejut? Tak percaya yang bangsa Melayu begitu hebat suatu
ketika dulu? Hairan kenapa semua kehebatan ini tiada langsung dalam subjek sejarah
selama ini? Ini semua kerana penjajah yang bertindak menghapuskan semua bukti-bukti
kehebatan tamadun bangsa Melayu. Beribu-ribu dokumen, buku, persuratan dan khazanah
bangsa Melayu telah dirampas oleh penjajah. Salah satunya ialah usaha Raffles yang membawa
catatan ribuan buku Melayu dalam kapal The Fame yang akhirnya terbakar di tengah lautan.
Bayangkan apa agaknya yang terkandung dalam ribuan catatan dan buku orang Melayu yang
hangus terbakar dan terkubur begitu saja di tengah lautan luas itu? Dan penjajah mengolah semula
sejarah baru untuk generasi akan datang iaitu kita untuk mempercayai bahawa mereka lah
yang terkuat dan bertamadun. Mereka mengubah sejarah sesuka hati mereka dari mata
pandangan mereka sendiri supaya generasi baru akan memandang bangsa Melayu
tidak ada apa-apa kekuatan dan mereka pula ada segalanya.

Aku rasa mungkin itu saja maklumat yang aku perlukan untuk pastikan majoriti persoalanku terjawab.

Masih tidak cukup bukti? Teruskan mencari, jangan hanya mengharapkan orang suap nasi ke mulut terus menerus.

-muhaf-

"Melayu"Where stories live. Discover now