KATELINA duduk di hadapan bingkai jendelanya dengan raut wajah yang hambar. Dia menongkat dagu, merenung seketika. Hati, masih terluka. Parut yang ditinggalkan masih belum hilang.
Dia melemparkan pandangannya ke luar jendela, memikirkan jalan penyelesaian bagi masalah yang sedang dihadapi olehnya. Sesekali dia mengesat lembut airmata yang tidak henti-henti mengalir di pipi, mengharap bahawa tangisan itu lupus. Namun dia tidak mampu menahan. Airmatanya mengalir deras membasahi pipi.
"How can I solve this problem? I don't have any family here," Katelina mengeluh. Hidupnya sepi, tiada keluarga di sisi.
Baru 3 hari dia duduk di bilik itu, dia sudah disengat 'bosan tahap gaban'. Dia terpaksa menjadi penghuni di hotel tersebut untuk menjamin keselamatannya. Dia tidak ada masa untuk memilih hotel pada hari itu. Edward sudah mengejar dari belakang. Dia tiada masa!
Keadaan hotel nampak suram dan sepi. Kebiasaannya pada waktu begini, para penghuni hotel keluar untuk makan malam di luar. Mungkin tidak lama. Jam 7 atau 8 malam mereka akan ke hotel semula.
Dia bingkas bangun dan duduk di sofa. Titisan airmata dibiarkan kering di pipinya. Menonton televisyen mungkin mampu menghilangkan rasa bosan yang sedang menyengatnya.
Katelina merenung ke sebuah meja antik yang diletak tepat di hadapannya dengan wajah yang masih hambar. Beberapa biji coklat yang berbungkus kemas terlihat lazat untuk ditenung. Coklat-coklat itu sudah lama di atas meja. Cuma Katelina sahaja yang malas untuk mengunyah makanan.
Dia membuka beberapa biji bungkusan coklat itu satu persatu. Dijamahnya sebiji, terasa mahu lagi. Dia memasukkan beberapa biji coklat lagi ke dalam mulutnya.Kring! Kring!
Telefon bimbit Katelina berbunyi lantang di atas meja. Dia berhenti mengunyah coklat yang masih berbaki di dalam mulutnya. Kaki dihempasnya perlahan, geram.
"Sucks!"
Perkataan yang sadis itu terkeluar dari mulutnya. Mahu sahaja Katelina menghempas kepalanya ke dinding. Telefonnya sudah berpuluh-puluh kali berdering pada hari ini. Entah mengapa, banyak panggilan masuk hari ini.
"Hmm... who is this?"Keningnya terangkat, hairan.
Kali ini, dia ingin menjawab panggilan tersebut. Menekan butang 'answer call' dengan selamba, seakan-akan tahu siapa pemanggilnya."Hello... May I know who's there?" Katelina memulakan perbualan. Dia duduk di atas kerusi berwarna coklat gelap yang berhampiran dengan meja makan.
"Hello... is anyone there?" soalnya lagi. Panggilan masih belum dimatikan.
Aneh, bunyi deruan angin terdengar kuat dari telefon itu. Seakan-akan si pemanggil sedang berlari. Kemas hentakan kakinya. Tapp... Tupp...
Panggilan tiba-tiba terputus. Hentakan kaki yang berlari tadi terus menghilang. Timbul perasaan gelisah di dalam dirinya. Tidak dapat ditafsirkan bagaimana perasaanya, entah mengapa.
Ding! Dong!
Loceng bilik Katelina berbunyi. Dia kaku, seolah-olah tidak mampu bergerak. Tiada apa yang sempat difikirnya. Terasa payah.
Dia mengimbas semula memori silamnya yang lepas. Berfikir dengan sepenuh tenaga.
"Edward..."
Spontan mulutnya menutur nama tersebut, dengan jiwa yang hampir diselaputi ais. Dia beku.
"No... no!" Katelina terus melontarkan telefon bimbitnya ke dinding. Dia hanya meneka, tetapi jikalau benar sangkaannya? Habislah dia!
Ding! Dong!
Loceng bilik hotelnya berbunyi lagi. Tidak cukup dengan itu, dia mengetuk pula pintu bilik Kalina.
Katelina menggelabah, mundar-mandir. Idea, idea. Tidak dapat dicari lagi! Dia terpaksa membuka pintu bilik hotelnya walau apapun yang berlaku. Dia terpaksa!
Katelina mula mengatur langkah ke pintu biliknya. Derapan kaki semakin menghampiri pintu tersebut."Haha! I gotcha!"
Mata Katelina membuntang luas, tanda terkejut. Dia mahu melepaskan diri namun tidak mampu. Lelaki bertubuh sasa itu lebih kuat berbanding dia. Edward tersenyum sinis melihat bekas kekasihnya sudah ada di hadapannya!
Edward mencekik Katelina semahu-mahunya. Dia geram terhadap keputusan yang diputuskan oleh bekas kekasihnya. Dia hendak membunuhnya!
"Ouch! Edward, please. Don't disturb me again!"
Katelina mengeluh kesakitan. Dia terhumban ke sofa yang nian indah bertakhtakan sebiji kristal di atasnya. Tangannya berusaha untuk menepis jari-jemari Edward yang sedang merayau-rayau di mukanya.Tamparan 'sulung' Edward membuat dia lemah. Pipinya merona kemerahan bercopkan tangan bekas kekasihnya.
"Katelina... you are mine!" Edward ketawa sinis. Dia bercekak pinggang di hadapan Katelina.
"Please, Edward... Leave me now," ujar Katelina meminta simpati. Airmatanya menitis sedikit demi sedikit, sebelum menjadi bah besar.
"Before I leave you, I'll give you a special present..." Edward mengangkat dagu Katelina. Mereka bertentang mata.
"Ouch! Edward... stop! Edward!" Tamparan 'kedua' Edward singgah ke pipinya."Okey," Edward membalas, ringkas.
Dia meluru ke dapur dan mengambil...
"What are you doing, Edward?!" Katelina mengundur ke belakang. Kakinya ditendang kuat ke hadapan. TAKUT.
Edward semakin mendekati Katelina. Pisau tajam yang dipegang olehnya sudah bersedia untuk menembusi tubuh Katelina. Sudah bersedia!"Arghhhh!"
Pisau yang dipegang Edward melekat tepat di dada kiri Katelina. Matanya kuyup.
"Even tough I cannot be your husband, I still feel happy because both Bryan and I can't be your husband! It's fair to me!"
"Edward..."
Darah yang mengalir daripada tubuh Katelina terus mengalir, deras. Edward ketawa, puas. Puas dengan apa yang sudah dilakukannya. Dia gembira!
Langkah kaki diatur rapi. Pisau tajam dibiarkan melekat di tubuh Katelina. Dia keluar dari bilik tersebut dengan hati yang penuh keriangan. Semua misinya sudah berhasil!
Sejurus sampai ke parking car, dia ketawa dengan sepenuh hati. Lantang dan sangat bertenaga!Gedebuk!
Tubuh Edward berlumuri darah. Darah dendam dan kejahatan mengalir membasahi lantai. Kereta berwarna hitam yang melanggar Edward tadi terus menghilang. Entah dari mana arah, terus menghentamnya.
Kejahatan, akan dibalas kejahatan. Dendam, akan dibalas dengan dendam. Hati yang mati, akan dibalas dengan seribu penyesalan..
YOU ARE READING
CERTOT: MATI
Short StoryAnda dialu-alukan untuk membaca karya ketiga Moha! Segala maklumbalas mengenai karya ini hendaklah anda tulis di bahagian komen. Jikalau anda suka dengan karya ini, anda juga boleh menekan butang 'star' yang sudah tersedia di laman ini. FB: Haqim N...