monolog

377 1 3
                                    

Hari terik seketika, hujan sebentar. Malam, dingin menusuk tulang-temulang. Itu kisah cuaca. Ini pula kisah politikus di salah sebuah pavilion yang aku ketahui, lokasinya biarlah menjadi rahsia aku dan tuhan. Manusia akhir zaman.

 " Yang baik, baik sangat; Yang jahat, jahat sangat."

      Bagi aku dunia ini sama sahaja. Masih adakah orang yang baik sangat? Mungkin tetapi bilangan, kuantitinya  teramat sedikit. Benarkah? Itu aku berikan masa untuk kamu wahai pembaca untuk mengolah serta mencernakan sebaiknya.

      Oh dunia, detik demi detik telah berlalu. Aku lihat bunga di taman mulai layu, warnanya pudar tiada seri. Raksi diganti dengan haruman raksa. Payung itu makin rosak, berlobang kulihat. Tapi, payung itu payung apa? Adakah milik Juno si pelindung wanita ataupun Mar si panglima perang.

      Bukan! Payung itu milik ummati. Umat akhir zaman, pascamodenisasi, prajahiliah. Jati diri neo remaja dalam fasa kebejatan moral. Mana tikar sejadah? Mana kopiah buruk? Jika disoal tentang kitab, haram tak tahu.

      Mungkin berdekah Si Munkar, mengekek Si Nakir. Ratib pula mengambil cuti MC bergaji, manakala 'Atiq pula bertungkus-lumus melaksanakan amanah yang telah diberi. Ayuh kita beralih kepada alam lain pula; Disaat ini Ridzwan sepi menanti di pintu abadi manakala Malik sibuk menguruskan astakona durjana. Hebat bukan.

      Baiklah, biarkan aku meneruskan perbicaraan aku yang tergendala seketika. Pelik aku melihat heiraki pentadbiran di pavilion ini, bagi aku semacam mengurangkan masa untuk mendambakan diri kepada tuhan. Tuhan? Ramai yang cuba mengenal dan mencari tuhan tetapi tidak diberi peluang oleh pemerintah tirani. Terkencat hasrat si pengemis  untuk berdampingan dengan kitab akhir zaman. Hasratnya cuma satu, mencari keredaan Allah. Siapa Allah? Allah, tuhannya, tuhan yang esa, tuhan yang satu, adikuasa.

      Saat itu kulihat pondok buruk dihujung tanjung itu makin malap serta usang dimamah kejahilan jahiliah.

      Biarlah detik waktu dan diaspora ummati iman mengimarahkan astakona pavilion itu.

_ tAmMaT _

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 26, 2011 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

monologWhere stories live. Discover now