Rossa duduk bersandar di katil dengan baju tidur. Rambut yang masih lembab dibiarkan saja tanpa disikat. Pagi tadi jam 10 dia sudah pun selamat bergelar seorang isteri kepada Jibril. Pelbagai perasaan yang dirasainya kini. Takut, gementar, gembira, sedih dan terharu semua ada.
Sambil dia berehat, apklikasi instagram di jenguk. Ada beberapa gambar yang di tag oleh kawan-kawan yang datang tadi. Ramai juga yang agak terkejut melihat Jibril sebagai pengantin lelaki kerana mereka masih tidak tahu dia dan Haziq sudah putus. Teringatkan lelaki itu membuatkan Rossa mengeluh panjang. Dia ada dengar berita yang Haziq sudah berpindah ke Kanada kerana mendapat tawaran kerja di sana. Baguslah begitu, senang sikit takperlu nak terserempak di mana-mana lagi.
"Teringat siapa?" Suara garau itu mengejutkan Rossa.
Jibril yang sedang berdiri di muka pintu tersenyum ke arahnya.
"Awak, hehehe tak ada siapa-siapa lah, berangan pasal masa depan kita." Tipu Rossa. Wow hebat kau Rossa, belum sehari jadi isteri kau dah buat dosa tipu suami.
"Yeke? Fikir apa pasal masa depan?" Tanya Jibril sambil menghampiri Rossa. Dia duduk di birai katil.
"Err, nanti kita duduk mana ya?" Tanya Rossa. Berdebar pula bila kedudukan Jibril yang kian hampir dengannya.
"Rumah kita, kan saya ada bagitau awak pasal rumah yang saya baru beli tu, tapi belum deko apa-apa lagi, nanti awak tengok la macam mana nak deko, saya tak pandai sangat bab-bab ni."
"Okay, bila kita nak pindah masuk rumah tu?" Tanya Rossa lagi.
"Kenapa? Tak sabar nak berdua dengan saya ke?" Soalan Rossa dibalas dengan usikan.
"Ish awak ni belum mandi, busuk lah." Lekas-lekas Rossa mengubah topik. Malu sebenarnya kerana sepanjang berkawan mana ada Jibril nak usik-usik dia macam ni.
"Mana ada busuk, bukan ke perempuan suka bau lelaki macam ni?" Kening Jibril terjongket sebelah dengan tersenyum senget. Mukanya didekatkan dengan muka Rossa. Haruman dari rambut Rossa membangkitkan satu rasa.
"Awak, err saya a..." Belum sempat Rossa menghabiskan kata-katanya, bibirnya dicium lembut oleh Jibril.
YOU ARE READING
Kalau Dah Sayang
Kısa HikayeInsiden siram bekas kekasih menemukan Rossa dengan Jibril. Rossa gadis yang agak 'daring' perwatakannya manakala Jibril seorang yang santai dan relaks. Nak jatuh cinta tak perlu ambil masa yang lama, tapi nak melupakan perlu seumur hidup. Ditingga...