Jibril berlari-lari anak memasuki perkarangan rumah yang kini didiami bersama Rossa. Dah hampir dua minggu mereka pindah masuk ke rumah ini. Sebelum ini mereka tinggal di rumah orang tua Jibril selama sebulan.
Dia baru pulang dari berjogging. Memang itulah rutin Jibril di hujung minggu begini. Ruang dapur kelihatan sunyi. Jibril hairan kerana selalunya waktu begini Rossa sentiasa ada di dapur untuk memasak. Tapi dia malas nk ambil pusing, mungkin Rossa ada di bilik.
"Morning." Sapa Rossa yang tiba-tiba muncul di dapur. Mujur lah Jibril tidak melompat kerana terkejut.
"Awak nak minum jus?" Tanya Rossa sambil membuka peti ais. Botol berisi jus epal dituang ke dalam gelas tanpa mendengar jawapan Jibril mengenai soalannya tadi. Dia tahu Jibril tidak akan bersuara.
Gelas bertukar tangan. Jibril meneguk jus dengan rakus. Cuaca yang dah mula panas tambahan pula dengan dia yang baru pulang dari berjogging membuatkan Jibril dahaga. Gelas yang sudah kosong dibawa ke sinki lalu dibasuh. Dia bukannya jenis yang suka membebankan isteri dengan semua kerja rumah. Yang mana dia boleh buat, dia buat sendiri.
Rossa hanya memerhati tindak-tanduk Jibril dari tadi.
"Boleh tak kita keluar pergi Tesco beli barang kejap? Saya ingat nak masak nasi arab kejap lagi." Pinta Rossa. Tekaknya teringin pula nak makan nasi arab.
"Hmm." Hanya itu yang dibalas Jibril. Tapi Rossa faham kalau ada bunyi 'hmm' tu maknanya dia setuju. Kalau Jibril blah dan terus buat bodoh maknanya dia tak setuju. Masa mula-mula Jibril buat perangai bisu ni memang susah juga nak meneka.
Jibril masuk ke dalam bilik tidur. Tuala dicapai dan dia menghilang di dalam bilik air untuk mandi.
*****
Bau nasi arab semerbak sampai ke ruang tamu. Kembang kempis hidung Jibril yang sedang menonton tv di ruang tamu. Teringatkan air tangan Rossa yang sentiasa sedap membuatkan perut Jibril berkeroncong. Tak sabar nak tunggu Rossa panggil makan, nak jenguk ke dapur dia segan. Jadi dia teruskan saja menonton cerita Troy di saluran HBO yang dah banyak kali juga diulang tayang.Rossa di dapur sedang menghidangkan makanan di meja makan. Lepas balik dari Tesco tadi, dia terus masak sebab dah pukul 11.30. Kelam-kabut dia sorang-sorang di dapur. Awalnya nak panggil Jibril tolong tapi bila teringatkan sikap suaminya yang berubah selepas mereka berkahwin, dia batalkan saja niat itu. Lagipun dia sekarang dalam misi memikat dan memujuk semula hati Jibril.
Setelah berpuas hati dengan hidangannya, dia memanggil Jibril yang sedang menonton tv. Seperti selalu, Jibril tidak akan bersuara. Masing-masing makan dalam keadaan sunyi. Selalunya Rossa akan cuba memancing perbualan tetapi kali ini dia hanya diam. Perutnya rasa kurang selesa pula bila dah makan nasi arab ni. Hairan betul, tadi teringin sangat tapi bila dah makan rasa nak muntah. Yang peliknya Jibril makan macam biasa, penuh berselera.
Rossa dah tak lalu nak jamah lagi, dia terus bangun ke sinki sambil membawa pinggan yang masih penuh dengan nasi arab. Jibril hanya memerhati tingkah isterinya. Nak bertanya kenapa tetapi mulutnya begitu berat untuk mengungkapkan walau sepatah perkataan pun.
Rossa berdiri sambil memegang kepalanya. Rasa pusing semacam ja. Kakinya terasa lembik sampai nak berdiri pun dia tak larat.
"Jibril.." Baru sebut nama Jibril nak minta tolong, dia dah jatuh terjelopok di tepi sinki.
YOU ARE READING
Kalau Dah Sayang
Short StoryInsiden siram bekas kekasih menemukan Rossa dengan Jibril. Rossa gadis yang agak 'daring' perwatakannya manakala Jibril seorang yang santai dan relaks. Nak jatuh cinta tak perlu ambil masa yang lama, tapi nak melupakan perlu seumur hidup. Ditingga...