Remember?

266 12 12
                                    

***AKU sinis memandang dia. Dia yang menyakitkan hati. Dia yang panas baran. Dia yang pembuli paling kejam dalam planet bumi. Dia yang pengkhianat dan segala yang buruk ada pada dia.

Dia...
Fath.
Satu patah perkataan yang boleh mengegarkan gegendang telinga aku. Sumpah! Tak suka dengar nama dia disebut walaupun aku jauh 10 batu, tetap ada effect pada aku. Lagi-lagi dia yang bekata, terus boleh pekak!

What?
Fikir aku lagi kejam dari dia?
Lagi jahat dari dia?

NO,.. NO,,, NO,,,

Korang tak pernah hadap dia.

Fath buat budak kelas aku kena denda cabut padang rumput dengan tangan! Sila bayangkan padang yang besar, kena cabut rumput sebab dah panjang guna tangan. Gara-gara Fath, buang buku addmath budak kelas aku dalam toilet bowl. Siap tarik flash pulak tu!

Fath buat aku, kena cuci baju sekolah aku untuk seharian. Sebab dia boleh campak dakwat pen kaler hitam pekat kat baju aku! Sape tak hangin sebab dia aku kena marah dengan family! Family denda aku tak mahu beli baju baru untuk aku sebab kata, AKU CUAI waktu menulis??!!

Fath buat aku jadi menyampah tahap petala keseratus sebab dia boleh marah, tengking aku sesuka hati depan orang ramai, depan budak-budak lain, depan cikgu! Kata; aku kedekut ilmu tak ajar dia Biology Chapter 5 Form 5. Sedangkan dia yang pemalas sama macam Sloth! Kemudian mengadu kat cikgu Latipah yang garang mengalahkan ikan pirana, kata aku yang suruh dia balik sebab aku malas nak ajar. Nak balik awal. Aku?

Banyak lagi Fath buat;
-Masukkan cicak dalam pencil case aku.
-Sorokkan beg aku dalam tandas lelaki, sampai aku tahan malu kena ejek dengan budak lain.
-Sengaja ambik tanah, campak kat atas meja aku.
-DAN SEBAGAINYAAA,,,

Sekarang dah 8 tahun peristiwa tu berlalu. Masih aku tak lupa sebab he's like a JOKER. REALLY BAD JOKER!! Yang buat Batman rasa burdesome hari-hari.

Sekarang dia terpacul depan mata aku di bumi Berlin ini.

"Dina,,, kenal aku lagi tak?" Fath terus duduk atas kerusi kosong depan aku. Air chocolate yang panas, terus aku hirup kebal. Pura-pura sejuk macam ais kutub utara nun sana.

"Dina... Hello? Are you still there?" Fath lambai-lambai tangan kanannya depan aku.

Aku terus letak air Coklat panas aku atas meja dengan sopan dan pernuh tertib istiadat Raja.

Senyum pada Fath.
Lepaskan keluhan kecil tanpa sedar.

"Sorry,,, I don't remember you. Please leave me here, alone!"
Ujar aku selamba. Tiada perasaan. Beku walupun dah hirup cecair panas tadi.

Tiba-tiba,,,

Fath ketawa.
Kuat.
Seperti orang hilang siuman.
Seperti baru menonton variety show lawak badut.
Seperti aku sedang memakai tomato merah kat hidung.

"Kelakarlah kau, Dina! Serious! Sebelum ni tak pernah pulak aku tahu kau pandai buat lawak."
Fath masih dalam tawanya tak sudah. Hingga aku ternampak sisa airmata di ubirnya.

Tak pernah tahu?
WAJIBLAH!
Sepanjang aku sekolah, mana pernah sehari aku hidup tenang aman damai sebab kau hari-hari menganggu hidup rukun tertangga aku. Hendak senyum pun tak sempat.

Aku senyum nipis.

"What's funny, sir?"

Fath pandang aku.
Tawanya semakin reda.
Dia menarik nafas.

"Seriously,,, Dina???"

"What? You know my name?"

"Huh?! Kau memang tak kenal aku sungguh ke?" Fath mengeluh. Berat.

Aku nampak tekanan pada wajahnya. Kerutan di dahi yang terbentuk. Berkerut seribu.

"Sir,,," Aku masih berlakon selamba di hadapan dia sedangkan hati aku ingin sahaja berlari keluar dari cafe ini.

"Dina,,, kau memang sungguh tak kenal lagi aku? Aku,,, Fath. Fath Adam. Orang yang selalu buat kejam kat kau. Yang setiap hari letak chewing gum atas kerusi kau setiap waktu akhir kelas. Orang yang..."

"Wait a minute, Sir,,," Aku pantas potong percakapan dia. Sebab aku tak mahu dengar kisah zaman sekolah aku yang teruk.

Paling utama...
Aku...
Dina Bahrin, tak sanggup nak dengar dia bercakap. Sebab gegendang telinga aku hampir nak pecah dek kerana sound wave yang tak merdu menjengah.

"I think you meet the wrong person. I'm not your Dina. I guess(?) I hope you please leave me here. ALONE! " Aku tekankan perkataan 'alone' itu bagi dia faham.

Fath lihat wajah aku.
Matanya kayu.

"Sorry,,, I think you're Dina who I really miss. Your face exactly like her. Is she has a twin?" Fath tersenyum sendiri dengan kata-katanya sendiri.

Aku hanya duduk membatu tanpa reaksi.

"So, do you?"
Aku soalnya kembali. Tidak mahu pulak dia meluahkan perasaan dia. Sneakin lama aku kena hadap dia.

"What?"

"Leave me?"

"Ohhh... Sorry. I have disturbed your leisure time with a cup of hot chocolate that become cool(?) Right?" Fath bangun dari duduk. Dia membetulkan kekemasan baju kemeja berwarna merah hati. Matanya memandang aku. Aku yang sedang memerhatikan dia.
Mata aku terpandang akan anak matanya. Terus aku tundukkan wajah.

"You've a precious eyes. Okay, I got to go. Bye. I hope we see again one day."

Aku dengar tapak kakinya. Semakin lama, bunyi tapak milik Fath menghilang.

Aku angkat wajah. Lihat figura dia menolak keluar pintu utama cafe tersebut. Kedengaran wind chimes yang berlaga dengan atas pintu sangat mendamai.

Fath hilang.
Jauh tinggalkan pandangan dari mataku.

Aku memandang kembali tempat duduk di depan aku. Tempat Fath duduk tadi. Tempat Fath pertama kali berkata baik depan aku tanpa niat membuli.

Coklat panas yang sudah sejuk, aku tenung.

Peristiwa dulu susah hendak dilupakan begitu sahaja, Fath.
Peristiwa dulu melakar cantik dalam fikiran aku. Mata-kata kau dulu tertulis indah di hati aku.

Semuanya meninggalkan kesan dalam. Seolah kau cucuh cuka kat aku.

Aku melepaskan keluhan berat.

Aku bangkit dari duduk.
Menuju arah ke kauter hendak membayar a cup of hot chocolate yang tidak berluak.

Setelah membayar, aku keluar melepasi pintu yang sama diguna oleh Fath. Bunyi wind chimes kedengaran lagi.

Dan...
Aku harap, tiada lagi Fath di hadapan mata aku. Aku hendak berdamai hati di bumi Berlin ini.
______________________________
" I have never found any 'good' in goodbye"
_______________________________

###ATTENTION PLESE!!! Hahaha,,, my artwork that I wrote immediately from my heart. Just in one day.
PLEASSE DO COMMENT AND VOTE TO ENCOURAGE ME TO CONTINUE THIS STORY.###
Thanks:)


[ON HOLD] A Cup of Hot ChocolateWhere stories live. Discover now