ujian

295 9 8
                                    

Hari kedua

Terkelip kelip aku tengok jadual aktiviti kem remaja alkahfi. Tu lah, sebelum datang sini taknak tengok isi fail yang diorang bagi. Dah datang baru nak terhegeh hegeh tengok jadual. Cerita dia umpama kau tahu exam nak dekat, tapi taktahu tarikh ngan subjek dia. Sekali datang sekolah, kerusi meja dah susun tercantik.hampeh!

2/12/2014 - 5/12/2014

- Ujian taksiran bacaan alquran dan hafazan.

Nasib baik aku dah beli satu alquran kecil sekali dengan terjemahan dengan kak fatin semalam. Patutlah riak kak fatin macam tak percaya bila aku cakap aku tak bawa alquran. Mana aku tahu kena bawa. Sekejap.

*peserta diminta membawa alquran, telekung/pakaian solat masing ...*

Ohh.. ada ek dia bagi tahu.hmmm... ala baca quran je. Kacang je tu~ kalau nak bandingkan aku dengan budak-budak tu,mestilah diaorang ni lagi terkedek kedek dari aku kan? Relax je.

_

Usai sahaja baca doa masuk masjid dan selawat serta asmaulhusna, kami duduk dalam kumpulan masing masing dan ambil wuduk sementara tunggu ustazah datang.

Baru harini aku sentuh alquran ni. pandai kak fatin pilih. Ukiran dan seni khat dia sangat cantik dan rapi. Tulisan dia dicetak berwarna warni mengikut tajwid. Kertasnya pula licin dan bukannya kasar seperti kertas di buku tulis. Tiba- tiba sahaja timbul rasa bangga memiliki quran yang baru. Aku lihat disekeliling. Budak- budak ni pun turut mengeluarkan quran mereka. Besar, baru dan ada juga yang sudah runyuk muka suratnya. Tak pandailah diaorang jaga. Sayang pula. Aku lihat di sebelah, aisyah yang sedang ralit bermain dengan Snowball. Di atas rehalnya pula kosong. Aisyah tak bawa alquran ke?

Aku simpan dahulu soalan itu dalam hati. Muka surat pertama aku buka dan surah alfatihah terpapar.lancar aku melafaz surah tersebut sambil membaca terjemahannya.baru hari ini dalam sejarah hidup aku, aku mengetahui maksud tafsiran surah lazim itu. Terasa jahilnya aku seketika ini.

Begitu jahil.

Surah kedua pula mulai terbit dari lidahku, semakin lama,bacaan semakin tersekat. Semakin lama, suaraku semakin tenggelam ,mata menjadi kabur cuba memahami setiap butir huruf yang terpapar. Tangan mula menggeletar dan kebas.aku cuba faham tetapi semuanya seakan akan kosong. Kenapa? Sungguh liat lidah ni nak melunturkan setiap makhraj huruf alquran ini.

Lama.

Lama sangat aku tak sentuh alquran. Lama sangat aku tak membacanya, sehingga aku jadi alpa.

apa yang aku buat selama aku hidup ni?

Dari jauh,seorang wanita bertudung labuh datang menuju ke arah kami, mungkin beliau ialah ustazah kami. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai ustazah lizah.

Aku hanya mampu tunduk apabila ustazah suruh aku memulakan bacaan dulu. Aku malu sangat waktu ni. Rasa berdebar dan mual.

"saya tak boleh baca," aku beri alasan dengan harapan ustazah faham.

"cuti ya? Baiklah giliran seterusnya pula," hembusan nafas yang diberi hanyalah keluhan. Rasa bersalah dan kecewa mulai kuasai diri.

" nama siapa?"

"Aisyah"

"okay, aisyah baca surah ash-shaffat ya,"

"bismillahirrahmanirrahim... wassaffatisaffa...," aku mula terkedu melihat bacaan lancar oleh aisyah. Hebatnya budak ini,ya allah! Hati meraung melihat kepandaian aisyah menutur ayat ayat suci alquran itu. Baru sahaja tujuh tahun tetapi seperti ada jurang yang dalam,telah membezakan aku dan dia.aku lihat alquran aisyah. Begitu lusuh dan ada yang terkoyak muka suratnya. Bukan tidak terjaga tetapi seakan akan alquran itu selalu dibaca ,dihayati ,disentuh setiap saat. Sakan akan aisyah amat menghargai nilai alquran itu tersendiri.

Aku rasa tertipu apabila aisyah mendapat 5 bintang daripada ustazah atas kelancarannya. Paling tidak percaya kerana budak kecil yang berada di depan aku ini merupakan seorang yang bakal menjadi hafizah...

Rasa mual yang kuat membuatkan aku meminta diri. Aku perlukan udara yang cukup. Kaki ini laju mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas di mana aku boleh pergi keluar daripada perasaan ini!

__________________

FINALLY AN UPDATE!


HaTi GeDiKsWhere stories live. Discover now