"Woi kedai mamak woi, apa lagi jom lah serbu aku lapar teruk ni!" Yusry sudah berjalan ke hadapan. "Weh seriously ah? Halal tak wey aduhh," Qistina sudah menggaru kepala. "Qistina, please tutup mata je tiga saat pasal tu boleh tak? Dah lapar kut," Alin mengekori Yusry. Qistina membontoti Alin dengan rasa serba salah. "Ahh belasah jelah halal kut," Qistina menyedapkan hatinya.
"Coke please and nan cheese," Yusry sudah mengorder. "Ko order tu je? Tak lapar ke Yusry?" Tanya Qistina. "Haah aku order ni je baru aku perasan duit aku dah nak habis." Jawab Yusry. "Alah ko makan jelah, guna duit aku dulu. Cukup kut." Sambung Qistina. Namun Yusry menolak kerana Yusry tidak suka menyusahkan orang, walaupun Yusry berperwatakan sedikit lembut tetapi dia mempunyai pendirian yang tetap. Tetap, mudah dan cepat bertindak.
Mamak di Malaysia dan juga mamak di Siem Reap sangat berbeza. Manakan tidak, mamak di Siem Reap memakai kemeja tuck in siap bersama slack dan jugak tali pinggang. Ada kelas tersendiri dan wow maveles walaupun perut boroi di tahap lima.
Selesai makan, mereka bertiga bercadang untuk mencari travel agency. Banyak travel agency pada hari itu tutup kerana tahun baru bakal berlangsung esok. Suasana pada malam itu sedikit meriah, lampu berbentuk bintang berwarna warni digantung pada setiap kedai dan rumah. Mungkin sudah menjadi tradisi di negara mereka jika tiba tahun baru.
"Zip zap snap Qistina! Aku nampak satu travel agency bukak tu. Jom!" ajak Yusry. Riak wajah Alin dan Qistina seperti mempunyai harapan baru. Harapan baru untuk meneruskan hari hari yang mendatang. "Ya Allah Ya Tuhanku mintak mintak lah ada," Qistina sudah menadah tangan berdoa. Alin turut serta.
"Hello, hi! May i help you young ladies?" tanya brader singlet putih berseluar pendek itu. Sikit lagi macam apek jual sayur. "Errr, do you have any activities that open for tomorrow?" Alin bertanya dengan muka kesian. "Oh tomorrow, yes yes we have!" jawab brader apek jual sayur itu dengan muka sedikit gembira. Barangkali gembira dengan keuntungan yang bakal dia terima sebentar sahaja lagi. "What kind of activites that you have?" tanya Qistina pula. "Oh we have Kulen Waterfall, zipline, atv but the price depends on the activity. You can refer here." jawab brader apek jual sayur sambil menghulur brochure kepada Alin dan Qistina.
Mereka berdua membelek setiap halaman dan berbincang. Yusry sudah menunggu di luar. "Woi Yusry, ko pergi ke tak ni?" tanya Alin. Yusry yang sedang syok melihat mat minah salleh sedang mabuk terkejut dengan panggilan Alin. "Hah, aku tak pergi weh" jawab Yusry. Qistina terkejut. "Ko biar betul Yusry, jangan nak macam macam. Takkan kiteorang nak tinggal ko pulak. Tak syok la," mood Qistina berubah. Daripada gembira automatik bertukar dengan mood serba salah.
"Serious lah aku tak pergi. Aku nak save duit." tegas Yusry. "Alaaa kalau ko tak pergi siapa nak hiburkan aku hm jom jelah. Guna duit aku dulu. Kita share share." pujuk Qistina. "Takpe lah weh lagipun macam haram kut mahal. Korang pilih activity apa?" tanya Yusry. "Aku pilih Kulen Waterfall ni USD 30." Alin mencelah. "Fak mahal. taknak lah takpe korang pergi je." Yusry give up. Qistina serba salah.
"Alaaaa Yusry jom jelah pleaseee. Guna duit aku takpe. Pastu kalau ko tak pergi ko nak buat apa?" tanya Qistina. "Pandai pandai lah aku esok, aku lelaki kut jangan lah risau." Yusry memujuk. Alin sudah pergi ke kaunter menempah ticket.
Qistina terdiam. Kawan atau pengalaman.
YOU ARE READING
Qistina & Angkor Wat
AventuraSetiap perjalanan ada kisahnya. Setiap kisah ada pengalamannya. Menceritakan tentang 3 orang sahabat yang mengembara untuk mencari diri sendiri di tanah Khmer. "Kita hanya perlukan setapak untuk melangkah ke depan. Takkan selangkah pun kau takut?"...