Bab 1

15 1 0
                                    

Suasana senyap dan sunyi di dalam kelas Tiga Murni.
Kebanyakan muridnya sedang tekun membuat latihan Matematik yg diberikan guru mereka.

Yana membuat soalan demi soalan dengan lancar.Dia memandang sekeliling.Dia juga menjeling ke arah Salsabela Zahra,budak bijak yg selalu ingin dia kalahkan di dalam setiap mata pelajarannya.

Bela juga sedang tekun membuat latihan Matematik itu.Tidak smpai 20 minit kemudian Bela sudah bangun dan memberikan kertas latihannya kepada Cikgu Dhalia.

Yana mula resah.Dia sudah tetapkan sebelum latihan tadi yg dia akan menghabiskan latihan Matematik itu sebelum Bela siap.Nampaknya,dia masih lagi belum boleh mengatasi Salsabela seorang pelajar cemerlang.

Salsabela Zahra pula adalah pelajar genius di kelas itu.Setiap kali kalau guru-guru memberikan apa sahaja latihan atau kerja rumah,Bela akan dapat menyelesaikannya dengan kemas dan mendapat pujian daripada guru.

Bela bukn sahaja seorang pelajar yg pintar malah dia juga ada rupa.

Bela berjalan menuju ke arah perpustakaan sekolah.Kawan-kawannya sedang menanti dia di sana.Laju saja dia melangkah.

"Alamak!Habislah aku.Dah lmbt sepuluh minit ni."Bela berjalan semakin laju.Bela melangkah masuk ke dlm perpustakaan.Matanya meliar mencari kwnnya Qhaisara dan Damia.

"Hoi!Sini-sini."Qhaisara melambai.

Bela menarik kerusi lalu duduk di sebelah Qhaisara.Damia masih lagi tekun menulis.

"Maaf,kwn-kwn saya terlambat.Latihan bola jaring tu habis lmbt sikit.Cikgu Lisa berikan sedikit nasihat,"ujar Bela mohon maaf kerana lewat.

Dia terus membuka buku-buku yg sudah tersedia di hadapannya.Bela mula membaca dan mencari fakta-fakta yg berkaitan dengan dunia siber.Selama 45 minit mereka di dlm perpustakaan itu.

Bela pulang ke rumah dengan menaiki basikal.Dia memang seronok menunggang basikal daripada menaiki bas sekolah.Lagipun rumahnya tidak berapa jauh dari sekolh,hanya lima kilometer saja jaraknya.

Bela dapat merasakan banyak mata yg sedang memerhatikannya.Salsabela Zahra merupakan seorang gadis manis yg menjadi perhatian ramai murid junior dan senior.Maklumlah pelajr pintr dan comel,pasti punyai ramai secret admire.

Bela menundukkan muka dan terasa wajahnya panas sedang menahan malu.

Dia tersenyum,betapa bertuahnya dirinya memiliki peminatnya sendiri.Kembang hatinya bila memikirkan kembali kata-kata pujian daripada mereka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 10, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Salsabela Gadis Popular!Where stories live. Discover now