BAB 24

4.1K 292 81
                                    

- Conflict come. Don't hate me. Especially Chanyeol. Mohon dengar lagu ini. Best uuuu. Chen!! - Author

Chanyeol baru sahaja kembali ke rumah selepas seminggu di hospital. Itu bermakna dia tidak ke Universiti selama seminggu. Chanyeol semakin sihat. Namun, sejak akhir ini dia kerap mendapat panggilan dari nombor tidak dikenali. Pernah dia mengangkat panggilan itu tetapi orang yang menelefonnya hanya berdiam diri. Telefonnya berdering lagi.

" Angkatlah. Bising betul telefon. Dari tadi bising. Orang nak tengok tv pun tak senang dengar bunyi bising. " Marah Eunbyeol yang sedang menonton televisyen.

" Bukannya ganggu awak pun. " Balas Chanyeol lalu menekan butang hijau pada telefonnya. Eunbyeol menjeling tajam sambil mulutnya terkumat kamit menyumpah Chanyeol.

" Yeoboseyo? "

/ Krik Krik Krik Krik /

" Siapa ni? Awak salah nombor ni. Lain kali jangan call saya lagi. Kalau tak saya terpaksa lapor kepada polis. " Ugut Chanyeol. Tiba-tiba dia mendengar satu suara yang dia kenali. Cepat-cepat dia menekan butang berwarna merah. Chanyeol berasa cemas dan takut.

" Dah kenapa ni? " Soal Eunbyeol kepada Chanyeol. Chanyeol hanya menggeleng kepalanya membalas pertanyaan Eunbyeol. Chanyeol bangkit lalu ke bilik tidur mereka.

" Pelik lah dia tu. Mesti ada something dia sorok dari aku ni. " Eunbyeol mengesyaki kelakuan Chanyeol yang berubah itu.

--------------------

Kata-kata seorang perempuan berlegar-legar di dalam permikiran Chanyeol. Dia berasa sangat bersalah kepada isterinya.

" Ahhhhhhhhhhhhh!!!!! " Jerit Chanyeol sambil mengusutkan rambutnya.

Flashback

" Saya mengandungkan anak awak. " Sunhee berterus terang kepada Chanyeol.

" Kau jangan nak tipu aku! " Chanyeol cuba melepaskan diri tetapi dia telah dipeluk dari.belakang.

" Yes. I'm really pregnant. And his father is you. " Ujar Sunhee lalu melonggarkan pelukan. Dia menekup mukanya dan menangis teresak-esak. Chanyeol berdiri kaku. Dia tidak tahu apakah yang patutnya dia harus buat. Chanyeol memeluk Sunhee dan mengusap belakangnya.

" I will take this responsible. Saya akan jaga awak. " Kata Chanyeol tanpa menggunakan akal. Dia langsung tidak sedar perkataan yang dia ungkapkan.

End Flashback

" Awak okay ke? " Tanya Eunbyeol prihatin. Sejak kebelakangan ini, Chanyeol menjauhi diri daripadanya. Eunbyeol menyentuh bahu Chanyeol. Chanyeol menepisnya. Eunbyeol tersentak. Tubir matanya hendak pecah namun ditahannya.

" Saya okay. Jangan risau. " Balas Chanyeol tanpa memandang Eunbyeol. Dia terus keluar dari biliknya dan mengambil kunci kereta. Dia meninggalkan Eunbyeol keseorangan di rumah.

Akhirnya, Eunbyeol menangis jua. Eunbyeol menangis teresak-esak. Dia terduduk dan merapatkan lututnya ke badannya. Dia menyembamkan mukanya ke lutut. Hari ini dia menangis sepuas-puasnya.

---------------------

Fast forward

Eunbyeol mengambil bagasi di dalam atas almari. Dia memasukkan kesemua pakaiannya ke dalam bagasi. Dia mengesat air matanya. Hari ini dia harus berpindah bilik. Ke bilik tetamu. Berdekatan di dapur. Ada orang baru akan tinggal di dalam biliknya. Tergamaknya Chanyeol buat kepada Eunbyeol.

Chanyeol di biliknya hanya berdiam diri. Dia buntu sebenarnya.

Flasback

" Mulai hari ini, awak akan tidur di dalam bilik tetamu. Ada seseorang akan tidur di dalam bilik awak. Iaitu Sunhee. Dia. Dia. Dia mengandungkan anak saya. " Ujar Chanyeol.

" Apasal saya - " Kata Eunbyeol dipotong apabila Chanyeol menepuk meja dengan kuat. Eunbyeol terkejut.

" Orang cakap dengar lah! Tak kisah! Awak tidur di bilik tetamu! Kemas pakaian awak dan pindah! Jangan bantah! Dan kita akan bercerai juga! Saya dah tak dapat teruskan perkahwinan ini! Saya akan failkan penceraian kalau saya free. Saya tak dapat bahagiakan awak. Nanti kita bincang dengan ibu bapa kita. Dan selepas kita bercerai saya akan kahwin dengan Sunhee. So saya minta maaf. Ingat apa yang saya cakap tadi! " Arah Chanyeol lalu menolak badan Eunbyeol keluar dari biliknya. Dia menghempas pintunya.

End Flashback

" Sampai hati awak Chanyeol! Saya benci awak! " Eunbyeol menolak kesemua barangnya sehingga jatuh. Baru beberapa minggu mereka berbaik, takdir kembali datang untuk menguji rumahtangga mereka. Rasanya mereka tidak dapat meneruskan perkahwinan ini. Mungkin bercerai adalah jalan yang terbaik untuk mereka.

Eunbyeol mengambil bingkai gambar perkahwinan dia dan Chanyeol. Dia membaling bingkai gambar itu ke dinding sehingga pecah.

Di bilik Chanyeol. Tanpa sedar dia turut mengalir air mata. Dia membuat hati Eunbyeol terluka sekali lagi. Chanyeol mengambil gambar perkahwinan mereka dan memeluknya.

- bersambung -

Jeng jeng jeng. Maafkan saya. HAHAHA. Jangan percayakan saya sangat. Kadang-kadang idea saya berubah. Sebenarnya idea saya hari ini memang banyak. So kalau dorang cerai, agaknya acana tu. Takpa tunggu saja update dari saya. Dan korang minum air banyak-banyak tau. Sekarang ini jerebu. Saya sakit tekak. Itulah siapa suruh kurang minum air. Hehehe.. Tata. ^^

[COMPLETED]My Devil Husband! [ Chanyeol ]Where stories live. Discover now