Maizatul ialah seorang murid perempuan tahun 6 yang gemuk. Oleh kerana kegemukan yang dimilikinya itu, dia sering diejek dan dibuli oleh rakannya. Tiada seorang pun yang mahu bercakap dengannya apatah lagi mahu berkawan dengannya.
Dia sering diejek menggunakan panggilan nama "Peti Ais Berjalan". Sebut sahaja nama "Peti Ais Berjalan", pasti semua orang akan mengingati Maizatul.
Namun, tiada seorang pun tahu yang dia mempunyai penyakit psycho. Hatta ibu dan bapanya juga tidak tahu dia mempunyai penyakit itu. Penyakit psychonya itu menjadi - jadi apabila dia mencari kucing atau burung untuk dibunuh. Ibu bapanya langsung tidak tahu akan penyakitnya itu dan mengapa dia membunuh haiwan itu.
Pelbagai jenis buli yang diterima oleh Maizatul iaitu ditarik tudung, menolak tubuhnya, membelikan makanan untuk si pembuli dan dikerah pembuli untuk menjadi hamba abdi si pembuli.
Maizatul memang tidak tahan dengan bulian yang diterimanya selama itu, dia bercadang untuk menikam semua pembuli - pembuli menggunakan pisau yang dimilikinya.
Si pembuli yang diikuti dengan dua orang rakannya tetap membuli Maizatul pada hari ini. Si pembuli itu diikuti dengan rakannya menoleh ke belakang untuk mengambil barang di dalam bagnya. Dan pada masa itulah, Maizatul mengambil peluang untuk menikan ketiga - tiga mereka dari belakang.
"CAPPPP"
Pisau itu telah pun tertikam pada ketiga - tiga badan pembuli itu. Mereka mati disitu juga. Dan pada masa mereka yang sedang nyawa - nyawa ikan itu, Maizatul mengambil peluang untuk bercakap "Selamat tinggal, si bodoh". Daan akhirnya pembuli itu mati di situ juga.
Sejam kemudian, mayat mereka bertiga ditemui oleh makcik pencuci tandas. Segera dia memberitahu guru besar hal ini. Sampai sekarang, masalah itu belum diselesaikan sehingga sekarang. Maizatul tersenyum sinis dan mengasah pisau kesayangannya.
YOU ARE READING
Buli
HorrorMengisahkan Maizatul, seorang budak perempuan tahun 6 yang gemuk di sekolahnya. Ramai orang tidak mengetahui bahawa ada sifat psycho di dalam dirinya.