Instagram.
"Monday blues. But first, let me take a selfie! #mondayblues #workingclassheroes #supergirl #girlpower #singleladies #sayangidirimu #potd #wakdoyoktakmerecikke"
Posted!
Seminit. Dua minit. Tiga minit. Empat minit. Lima minit.
5 likes. 20 likes. 54 likes. 79 likes. 97 likes.
10 comments.
Bibir tebalnya mengukir senyuman.
DING DINGG DINGG!!!
Seorang wanita yang olahnya seperti mak Datin menekan loceng Reception Counter. Cepat-cepat dia letakkan fon di atas meja.
"Good afternoon, Madam. Welcome to Le Meridien Kuala Lumpur. How can I help you?"
"Good afternoon. I would like to stay here for three days, two nights, and oh, give me a queen room, please. By the way, call me Datin next time."
Dia menyemak kekosongan bilik seperti yang dipinta. Urusan penyerahan kunci selesai dalam lima minit.
5.05 petang. Dia menamatkan shiftnya hari ini dengan signing off melalui staff attendance module dalam komputer.
Itulah rutin harian Diana Rose, seorang receptionist di hotel Le Meridien. Tinggi lampai, pinggul ramping, kulit cerah dan rambut ikal mayang. Sekali pandang mirip-mirip Adriana Lima.
Selepas menamatkan peperiksaan STPM, dia mencari kerja di ibu negara. Rumah keluarganya pula berada di Kuala Selangor. Dia menyewa sebuah bilik tidak jauh dari tempat kerja. Gaji dalam RM 1500 sebulan. Jika ada overtime, boleh sampai ke RM 2000.