Hoi, gemuk!

4.1K 126 23
                                    

Usai makan tengahari, dia berehat-rehat di depan TV sambil menyelusuri timeline Instagram. Reality show kegemarannya sedang bermain di kaca TV. America's Next Top Model. Kebetulan juga dia off day pada hari itu.

"Wanna be on top? Here's your chance! We're looking for girls and guys through social media to be in our show! Just take a picture of fierce you and post it with #imthenexttopmodel. The good news is we're also opening participations from other continents as well!" Kelihatan supermodel antarabangsa Tyra Banks sedang mengumumkan pemilihan model untuk ANTM Cycle 26.

"Saya rasa kalau awak jadi artis, boleh lingkup Ayda Jebat tu. Awak dah lah cantik, tinggi, putih. Macam Marian Rivera. Soo Wincci pun kalah tau!" Dia teringat usikan Encik Haikal seorang eksekutif dia hotel Le Meredien.

Rakan sekerja ramai memuji kecantikannya. Dulu dia tidak cantik seperti sekarang. Nak beli pakaian pun susah. Kena cari kedai XXL. Di sekolah pun tiada kawan.

Paling menyakitkan apabila crush yang dia suka secara senyap-senyap menolak dia di hadapan rakan sekolah yang lain.

"Hoi, gemuk! Kau ke yang hantar coklat dengan nota tabur bedak ni kat meja aku?"

Diana menggangguk. Pada waktu yang sama, hatinya berdegup kencang. Pelajar-pelajar lain mulai senyap menonton drama yang bakal berlaku sambil menikmati makanan waktu rehat di kantin sekolah.

"Kau dah buang tabiat ke? Zaman sekarang mana ada orang hantar love note lagi, hah! Ada hati nak ngorat aku! Pfft!"

Diana hanya mampu menunduk ke lantai.

"Kau tengoklah diri tu dulu! Dah lah gemuk! Ketiak basah! Pakai spec macam nerd! Rambut ikat tanduk rusa! Tak padan weh dengan aku ni!" Cacian daripada Megat Iskandar semakin menjadi-jadi.

"Aku hensem, tinggi, sado, kaya. Ramai cakap aku mirip-mirip Fattah Amin. Kau rasa kau layak couple dengan aku?"

Ya, betul. Megat Iskandar jejaka rebutan gadis-gadis di sekolah itu. Hensem tinggi, sado dan kaya. Anak kepada Dato' Jamaluddin dan Datin Zarina. Usahawan produk kecantikan popular di Malaysia.

"Rumah kau takde cermin ke apa? Kalau takde, aku boleh suruh ayah aku belikanlah! Cakap je berapa kau nak. Petang ni jugak aku suruh driver aku hantar!"

"HAHAHAHAHAHHAHAHHHHH!!!!!!"

"Diana Burger! Diana Tangki Air!! Diana Kuih Pau!! Diana Ice Box! Diana Hulk!! Diana Sumo!! Diana Tong Sampah!! Diana Babi!! Diana Gajah! Diana Doraemon!!" Pelajar-pelajar lain turut mengejek dan mentertawakannya. Megat Iskandar beredar dari situ dengan konco-konconya.

Tragedi itu berlaku semasa dia baru memasuki Tingkatan 4. Mulai dari hari itu, Diana nekad untuk menurunkan berat badan. Macam-macam yang dia lakukan. Diet, jogging, metabolism booster, merentas desa, jungle trekking, zumba. Ada sekali dia pengsan akibat kekurangan nutrisi.

Sebelum peperiksaan SPM bermula pada tahun berikutnya, berat badan Diana sudah turun dari 120 kg ke 55 kg. Pelajar-pelajar lelaki ramai yang cuba mengorat dia termasuklah Megat Iskandar. Tapi, ditolak semuanya.

ANTMWhere stories live. Discover now