Tahi

267 4 0
                                    

Kadang kadang bila kau naik bas, kau memang kena akur dengan kesesakan di dalam bas. Dipenuhi dengan pelbagai jenis manusia.

Dimana yang menggunakan bas ni kebiasaanya bukanlah dari golongan yang pergi ke kerja sembur perfume Gucci Premiere, Modern Muse by Estee Lauder ataupun Dolce & Gabbana The One. Kadang-kadang yang ke kerja tak mandi pun ada, kalau aku tak silap.

Tetapi oleh kerana, aku sudah buat keputusan untuk menggunakan bas ke tempat kerja dan selepas hampir menderhaka dengan umi aku kerana tak mahu memiliki kereta lagi, aku redha dan sudah buat persiapan atas segala jenis bentuk kecelakaan dan kecilakaan semasa berada dalam bas.

Pagi ini seperti biasa aku naik bas, tempat duduk kosong itu adalah satu perkara mustahil dan gila, jadi aku tenang berdiri sebelah bangla yang tangan ke atas memegang pemegang bagi mereka yang berdiri.

Fuh, Masha Allah, aku tahan nafas selama yang mungkin, mengharapkan bangla tersebut turun di mana mana station berdekatan, tapi kita semua boleh berharap. Bangla itu masih tenang berdiri dengan muka yang konfiden selepas 5 station, bas berhenti. Sudah, nampaknya lama lagi aku harus mengharungi dugaan kecil ini.

Setibanya di station ke enam, ramai penumpang yang turun, aku terus merebut kerusi kosong yang ditinggalkan. Lega. Aku malas nak ulas tentang bau bangla tersebut nanti difitnah racist.

Selang beberapa minit bas berhenti, orang mula berpusu pusu masuk ke dalam isi bas. Seorang akak dari pintu bas sudah memangdang seat di sebelahku dengan pandangan yang tajam. Lega juga aku kalau akak tu yang duduk sebelah aku, at least aku tak perlu duduk di sebelah bangla ataupun mana mana lelaki.

Setibanya akak tersebut di seat kosong sebelah aku, aku melemparkan senyuman paling manis, aku pun tak. tahu kenapa begitu awal aku melakukan amalan jariah tapi lantaklah.

Duduknya akak tersebut di sebelah aku, satu bau tertusuk masuk ke dalam dua lubang hidung aku terus ke paru paru untuk melakukan proses pertukaran oksigen dan karbon dioksida, tapi aku tak yakin yang aku sedut itu oksigen ataupun karbon monoksida ataupun gas nitrogen. Fak! Apahal akak ni berbau pampers bayi yang mengandungi taik cirit! Fak!

Angin sudah naik ke kepala, aku tak tahan lagi dengan bau tersebut. Aku radang, lalu aku terajang semua penumpang rapid 301. Ok, aku tipu. Aku hadiahkan satu jelingan tajam kepada akak tersebut, 'apa tersilap bubuh pampers anak dalam handbag ke mende saiton ni?'

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 15, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KELUHWhere stories live. Discover now