Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbtMajlis ilmu di dewan.
By: TintaHanifah
Copyright 10/09/2015
"Kita mulakan majlis kita pada hari ini dengan umur kitab Al Fatihah".... Ini lah ayat yang pertama yang sentiasa melintas di telinga ku apabila aku menghadirkan diri ke setiap majlis yang dianjurkan disini . Universiti ini bukanlah universiti Islam sepenuhnya , tapi penghuninya majoriti muslim . Bak kata abang usrahku , tempat ini perlu dijadikan daulah Islamiah . Bagi ku, selama dua semester disini suasananya sudah Islam , cuma penghuninya sahaja yang tidak mengamalkan Islam itu sepenuhnya . Seketika aku memandang sekeliling didalam program malam ni , begitu sejuk mata memandang , penghuni ipt hari ini majoritinya memakai baju melayu dan berkurung . Tak peliklah kan bila dipakai ketika program agama .
Teringat pula kisah seorang lelaki yang memakai baju melayu pada hari selasa atau rabu sem lepas , ketika itu melintas dua orang siswi (pelajar wanita) , perlahan ku dengari perbualan mereka berdua " Budak kampung mana pulak ni , orang pakai baju kemeja pergi kelas , dia boleh pulak pakai baju melayu " . Apabila difikirkan semula , betul lah bahawa umat harini masih terlalu rendah mentalitinya.
"Zul. Fokus sikit , orang tengah berucap dekat depan tu " sapa sahabatku , Iqbal . Aku tersedar , aku masih berada didalam majlis sambutan maulidurrasul ini .Aku mula memberikan fokus dan sedar keperluan untuk menghayati majlis ini . Kerana bagiku ini adalah majlis yang berkisarkan agama. Aku taknak jadi seorang yang jahil kemudian sombong pula untuk menerima ilmu dari penceramah jemputan pihak PI (persatuan Islam).
Moderator majlis memberikan sedikit gurauan Islamik kearah menonton sebagai permulaan majlis , kelihatan kaum hawa di dalam majlis ini memberi respon yang agak aggresif dan membingitkan suasana yang sedikit sunyi pada awal nya. Mungkin kerana gurauan tersebut agak melucukan hati atau mungkin juga kerana gurauan tersebut datang dari presiden PI itu sendiri. Yelahkan , dah lah beragama , rupa pulak ada , tetiba bagi punchline pulak , memang akan disambut dengan gemuruh oleh pendengar yang puratanya muslimah persatuan itu sendiri. Yang lawak boleh jadi lawak , yang tak lawak pun boleh jadi lawak bila hati dah suka kan . Aku ambil langkah selamat , aku pun memberikan senyuman tanda aku terima dengan positif kata alu aluan dari moderator tersebut . Tak nak lah nanti ada orang cakap aku tak sporting pulak sebab tak support majlis tu kan . Melihat kepada raut wajah moderator dan penceramah penceramah jemputan harini , keempat empatnya membuatkan hati begitu tenang. Hati ku berbisik " mesti diorang ni orang yang dekat dengan Allah kan , untung diorang ni " . Forum ini berjalan dengan begitu lancar , seperti biasa akan ada penceramah yang akan menyanyikan lagu nasyid dengan suara yang memikat penonton , ada penceramah yang membuat lawak lawak isu semasa dilaman sosial . Aku juga seperti penonton lain begitu tertarik dengan forum yang disampaikan. Ilmu yang dikongsikan mungkin sudah terlalu biasa bagi orang lain , tapi tidak bagi aku kerana aku agak jahil dalam bidang agama ini . Mungkin kerana latar belakang keluarga ku atau mungkin aku tidak diberi pendidikan awal seperti anak anak lain yang pergi mengaji setiap petang.
Lupakan perkara lalu , aku anggap ilmu yang melintas dihadapan aku harini perlu aku manfaatkan betul betul . Kelihatan jam menunjukkan arah 11malam , forum ini mula menunjukkan tanda akan berakhir dan akan ada sesi soal jawab antara pendengar dengan penceramah . Soalan pertama yang diajukan seperti biasa adalah apa hukum couple ? Pelajar pelajar kebanyakannya seakan akan menunggu keadaan yang boleh menghalal hubungan cinta mereka disini . Aku juga dalam masa yang sama ingin kan jawapan yang lain selain haram yang keluar dari mulut penceramah , walaupun aku ketika ini masih tidak mempunyai hubungan cinta dengan mana mana perempuan . Manalah tahukan , dalam keadaan yang purata universiti ini 2/3 adalah pelajar perempuan , sorang boleh tersangkut ke . Haha . Aku juga teringin untuk merasai perasan yang sama yang dilalui oleh sahabat ku yang lain.
Selesai sahaja forum tersebut , aku dan pelajar kolej yang lain seperti biasa akan beratur untuk menerima agihan kupon aktiviti tersebut . Sedikit tolehan ke belakang , di atas pentas dewan , ku lihat anak anak muda persatuan Islam bergambar bersama penceramah penceramah jemputan kesayangan mereka . Katanya sebagai kenangan . Aku mengiyakan sahaja , itu hak mereka bagiku .
Tidak lama kemudian aku terserempak dengan seorang lelaki yang agak senior dan wajahnya agak familiar di sekitar kampus ini.
" Assalamualaikum , seronok dapat kupon ye ," sapaan pertama lelaki tersebut kearah aku . Aku kemudiannya menjawab salamnya dan sedikit mengangguk. Aku sedikit tertanya , siapa dia ni ? Nak cakap mpp, tak nampak gambar dia dekat banner pun . Nak cakap Jpk pun tak ada muka dia dekat banner Jpk juga . Kalau aku nak cakap dia ni terlibat dengan persatuan Islam juga , gayanya agak berbeza dengan senior PI yang lain . Yelahkan , dengan pakai baju hoody , seluar jeans , selipar sandal . Agak berbeza dengan penampilan ahli PI yang selalunya mengenakan baju melayu moden dengan seluar slack sambil membawa beg berisi nota nota usrah nya. Aku begitu yakin dia bukan salah seorang dari mereka. Dia menghampirkan diri kearahku lantas menyoal " Ada apa lagi dalam dewan tu ? " Aku menjawab " Ajk program bergambar dengan jemputan rasanya bang " . Dia lantas menjawab " eh , lupa pulak . mestilah kena ambil gambar dulukan sebelum vip balik , kang takde pulak bukti kita buat amal dekat dunia ni ". Aku diam dengan kata kata tersebut dan andaian aku mula berubah terhadap lelaki ini.Dia lantas berlalu menjenguk kedalam dewan sambil menegur sapa ajk program tersebut . Aku berjalan pulang kearah kolej dan jauh dalam hati aku masih tertanya mengenai identiti lelaki tersebut ....
....Bersambung....
YOU ARE READING
U M M A T
NouvellesApakah kita sudah kecapi nikmat nikmat hidup sebagai seorang hamba ?