“I’m competitive with myself. I always try to push past my own borders. – Tyra Banks #imthenexttopmodel #antm #modelling #noedit #nofilter #highfashion #perfectisboring #potd”
Semenjak melihat promo dari Tyra Banks, dia rajin mengupload gambar di Instagram menggayakan pelbagai pose. Dia nekad untuk mengubah hidup dan persepsi masyarakat Malaysia dengan menyertai pertandingan pencarian model antarabangsa itu. Inilah masanya. Dia jadikan cacian dan gelaran yang pernah dia dapat semasa gemuk dahulu sebagai pembakar semangat.
“You don’t need to be a size two. You just need to be you. – Tyra Banks #imthenexttopmodel #antm #modelling #noedit #nofilter #highfashion #perfectisboring #potd”
“Women should understand that there is no such thing as standard beauty. – Tyra Banks #imthenexttopmodel #antm #modelling #noedit #nofilter #highfashion #perfectisboring #potd”
“Girls of all kinds can be beautiful – from the thin, plus-sized, short, very tall, ebony to porcelain-skinned; the quirky, clumsy, shy, outgoing, and all in between. – Tyra Banks #imthenexttopmodel #antm #modelling #noedit #nofilter #highfashion #perfectisboring #potd”
Setiap pagi dia akan mengepost gambarnya dengan caption quotes daripada Tyra Banks. Kadang-kadang dia sempat curi-curi berphotoshoot di kawasan hotel.
Diana amat mengagumi Tyra Banks. Kisah mereka hampir serupa. Semasa kanak-kanak dia selalu diejek dengan gelaran “the ugly duckling” kerana paras rupanya yang hodoh.
Pada umur 11 tahun, ketinggiannya bertambah 8 cm dan penurunan berat badan sebanyak 14 kg dalam masa tiga bulan. Disebabkan ejekan itu, dia berusaha untuk memasuki dunia peragaan. Pada usia muda, dia telah menjadi model untuk jenama-jenama terkenal sepeti Chanel, Oscar de la Renta, Yves Saint Laurent, Donna Karan, Calvin Klein, Armani dan lain-lain.