Sebulan kemudian, Diana sudah pun berada di Los Angeles. Keluarganya sempat mengadakan kenduri kesyukuran. Bilik sewanya juga telah disewakan kepada penyewa lain. Seluruh ahli keluarga mengiringi perjalannya ke KLIA. Sekali pandang macam Rombongan Cik Kiah ke Akademi Fantasia. Siap pakai T-shirt sedondon bertulis "Dazzling Diana" dan banner.
"Hello boys and girls!!!" Tyra Banks mengalu-alukan kedatangan 24 calon Cycle 26.
"Hello Tyra!"
"Aaaahhhhhh!!"
"Wow!!! She looks more stunning in real life!"
"I can't believe my eyes!"
Pelbagai reaksi daripada calon termasuklah Diana. Tyra Banks kini berada di depan mata. Menggayakan blouse kuning dan seluar kelabu dengan heels hitam. Rambut pendek blonde.
Peserta kali ini terdiri daripada seluruh pelosok dunia. Russia, Venezuela, Mesir, Mongolia, Jepun, India, Itali, Perancis dan lain-lain. Diana pula satu-satunya wakil tunggal Malaysia dan Asia Tenggara.
Mereka kemudiannya menaiki bas rasmi ANTM ke LA Fashion District, pusat beli beli-belah secara borong dan runcit popular di situ.