Sesampainya di Santee Alley, jurufoto fesyen popular, Yu Tsai memberikan penerangan ringkas tentang tugasan pertama yang akan melayakkan mereka terpilih sebagai salah seorang daripada 14 finalis.
Tugasannya adalah dengan bajet sebanyak $100 mereka perlu menbeli street wear untuk diperagakan. Masa yang diperuntukkan adalah 30 minit. Mereka hanya dibenarkan memakai pakaian dalam sahaja sepanjang misi mencari pakaian tersebut.
Pelbagai ikthiar diusahakan calon. Ada yang tawar menawar, ada yang meminta jasa baik lalu-lalang, ada juga yang sempat busking.
20 minit berlalu. Diana berjaya mencari dress vintage berwarna krim, sunglass dengan hiasan mutiara tiruan, ballet flats dengan riben merah dan fedora hat belang-belang. Dia segera kembali ke tempat berkumpul tadi.
"Ten nine eight seven six five four three two one!!! Time's up!!"
Kelihatan lima orang calon berlari-lari sambil memakai pakaian. Dua orang hanya mampu mencari jeans dengan $100 itu.
"I'm sorry to say this to the five of you but you're eliminated. Discipline and flexibility are crucial in the fashion industry." Yu Tsai memberikan pengumuman. Maka hanya tinggal 19 calon untuk tugasan kedua.