Ni penulis flashback waktu mula2 nya Suffi menjejakkan kakinya ke Universiti ini .Bila masuk ke alam universiti, seperti biasa pemikiran mereka inginkan kebebasan . Suffi seorang anak muda yang periang seperti budak2 tadika turut terasa perbezaannya . Dia yang dulu suka bergaul terkesan bila memasukki alam universiti . Mungkin tak biasa lagi dengan suasana kampus . Atau mungkin mindanya telah terterap dengan tanggapan budak universiti ni budak yang suka membuli .
"Weh senyap je , berak eh ?"
Usik roommate Suffi .
Dia hanya tersenyum hampir serupa dengan kambing dengan teguran roommate nya itu . Baru lah dia mula berbual dengan roommate nya itu .Roommate-nya bertanya
"Dari mana bro?"
"Dari Klang , Selangor . Kau
bro?"
"Aku dari Pekan , Pahang .
Kat Klang tu bukan area Bangla ,
India , dan sama waktu dengannya?"Usikkan roommate nya membuat suasana krik krik sebentar . Mungkin Suffi terasa dengan usikkan itu . "Punchline gua tak jadi pulak harini , weh ketawa la sikit pundek"
Usik roommate nya yang ingin pulih kan keadaan ."Lawak kau boleh tahan hambar jugak bro , hahahahahambar~"
Gelak sakit hati Suffi bercampur dengan hati rentung menyirap .
"Rilex bro , gurau2 . Takkan
nak suruh aku tido surau kot"Loyar buruk roommate Nya . Mereka mula berborak sehingga roommate nya memperkenalkan namanya Fitri .
"Nama aku Fitri, bukan Aidil Fitri ye , Fitri je . Umur 21 hensem dan bijak sana turut bijak sini"
Keesokkan harinya, mereka bangun dan bersarapan berdua . Banyak cerita dikongsi berdua , sesi suai-kenal katanya . Habis sahaja makan , mereka berjalan pulang ke bilik .
"Jom gerak bilik , pukul 1 ada orentasi"
Kata Suffi kepada Fitri .Sampai mereka di bilik , mereka berborak sambil terlentang dekat katil . Jam menunjukkan pukul 1 tengahhari . Mereka berdua bersiap untuk hadir orentasi pelajar baru . Berbaju t-shirt putih , berseluar track . Berlari mereka kerana dah terlambat 5 minit . Sampai nya mereka di sana , mereka di bariskan dalam satu barisan .
"Bang dua orang tu berbaris sini"
Kata seorang senior kepada mereka berdua ."Macam mana nak berbaris
kalau tak ada pembaris"
Loyar buruk Fitri kepada akak senior itu ."Dah masuk U ni , bangang tu
tinggal kat rumah ye . Takut
Berjangkit ngan kawan
Kat U ni"
Ajuk akak senior itu ."Kahkahkah"
Ketawa Suffi , mungkin tak tahan sangat dengan ayat kecam maut kakak senior tu . Terbalas mungkin usikkan Fitri semalam . Yelah , banyak sangat kene bahankan semalam . Bila ayat kecam tu kene kat orang yang dia menyirap . Terbahak bahak la dia ketawa . Orentasi mereka berlangsung selama 4jam . 5 petang , tamat la orentasi mereka . Pulang nya mereka di bilik , berebut la dua orang budak bertuah tu . Macam baru jumpa jamban . Mana tak nya , toilet mandi yang di sediakan satu sahaja untuk 4 bilik . Satu bilik 2 orang . 8orang untuk satu bilik mandi dan jamban ,mana tak berlari kan . Yang lambat kene letak barang mandi kat depan pintu bilik air sebagai tanda booking . Kalau tak , memang kene potong la queue nya .Mereka diberi jadual kuliah oleh senior dari Course mereka . Seperti yang dijangka , mereka sekelas . Gembira la mereka sekelas , sebilik lagi . Memang kalau ponteng , dua2 la yang ponteng . Jadual kuliah nya hanya tertulis nama mata pelajaran dan nombor bilik kuliah . Tiada nama pensyarah .
YOU ARE READING
KASIH SUFFI TANPA CINTA , 21TAHUN
Cerita PendekPart 2 , cerita Suffi semasa menjalani hidup sebagai seorang pelajar mahasiswa . Banyak suka duka yang mereka jalani , lets read !