DENDAM DANIA 13

3.3K 87 0
                                    

"kenapa kau pandang aku macam tu pula? kau terkejut dengan penampilan baru aku ke?", soal irfan sebaik saja dia berdiri di depan dania. "terkejut?...tak adalah...", balas dania cuba menafikan kebenaran itu. dia melangkah pergi dari situ. irfan berjalan di sebelahnya. "hish... buat apa pula mamat ni berjalan di sebelah aku ni?...", gerutu hati kecil dania tak senang. sebenarnya dia merasa tidak selesa bila irfan berjalan dekat di sebelahnya. dia mempercepatkan langkah kakinya. "dania... kenapa kau jalan laju sangat ni?...", tegur irfan kehairanan. dia terpaksa berjalan pantas mengejar gadis itu dari belakang. "aku jalan laju ke... lambat ke... apa ke...itu aku punya pasallah...yang kau sibuk sangat ni apasal?", marah dania. "eh... kenapa kau tiba tiba marah ni?...", soal irfan bertambah hairan dengan gadis itu. tanpa menjawap soalan irfan, dania segera berlari masuk ke dalam lif yang terbuka luas tidak jauh dari situ. Sebaik saja dia masuk ke dalam lif tersebut, pintu lif itu tertutup rapat. tinggallah irfan di situ terpinga pinga memikirkan sikap dania yang pelik itu.

*** *** ***

Dania menghenyakkan punggungnya di atas kerusi. dia baru saja hendak menulis sesuatu di atas kertas tiba tiba siew lin datang padanya. "eh... nia... kau nampak irfan tadi, tak? dia dah ubah cara penampilannya tulah... he look so gorgeous and cute!....", kata siew lin dengan sungguh teruja. dania mendengar secara acuh tak acuh. "dania... kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni?", soal siew lin seperti tidak senang dengan sikap dania yang acuh tak acuh itu. "dengar...", balas dania sepatah. "so what do u think?...", siew lin memandang wajah rakannya itu. "no comment...", balas dania dengan wajah selamba. belum pun sempat siew lin bersuara tiba tiba, "dania... meet me in my office...", kata suatu suara. kelihatan irfan memanggilnya sedang berdiri di luar pintu bilik pejabatnya itu. "hish!... apa lagi yang mamat tu nak ar?... orang nak duduk senang pun tak boleh...", rungut dania separuh brbisik. "dia nak kan kau lah tu...", usik siew lin sambil tersenyum nakal. "usikan kau tu tak kelakarlah...", marah dania. siew lin ketawa sambil beredar dari situ.

Dengan berat hati dania melangkah meninggalkan ruang kerjanya. dia melangkah masuk ke dalam bilik pejabat irfan dengan wajah yang masam mencuka. "ya... ada apa tuan irfan?", soal dania separuh geram. irfan duduk di kerusinya sambil merenung wajah gadis itu. "dania... aku nak tanya kau satu soalan... aku harap kau akan menjawapnya dengan jujur...", kata irfan perlahan lahan. "apa dia?", soal dania tanpa memandang wajah pemuda yang di bencinya itu. "kenapa kau marah pada aku?...", soal irfan ingin tahu. "bila masa pula aku marah pada kau?", soal dania separuh geram. "aku tengok kau macam marah pada aku aje... kenapa kau moody sangat ni, ar?... kau datang haid, eh?", teka irfan secara membuta tuli. tekaan irfan itu membuatkan dania merasa marah. "hey!... aku moody bukan kerana aku datang haid lah... aku moody sebab aku ada masalah peribadi...", balas dania dengan marah. "masalah peribadi?...masalah apa tu?...", soal irfan ingin tahu. "Buat apa pula aku bagitahu kau masalah peribadi...", belum pun sempat dania menghabiskan perkataannya tiba tiba handphone di atas meja irfan berbunyi nyaring.

mahu tidak mahu irfan terpaksa menjawap panggilan di handphonenya itu. "hello... ya, saya bercakap... oh.... ok, sekejap lagi saya akan datang ke sana... awak tunggu saya kat sana, ya?... ok, bye....", irfan segera mematikan talian handphonenya itu. dia bangun dari atas kerusinya. "dania... mari ikut aku...", kata irfan sambil menarik tangan dania. "eh... kita nak pergi ke mana ni?", soal dania kehairanan. "kau diam aje... kau ikut ke mana saja aku pergi...", kata irfan dengan pantas. "tapi macamana dengan kerja aku kat pejabat ni? aku banyak kerja lagilah...", protes dania. "pasal kerja kau tu lain kali aje kau buat... sekarang kau kena ikut aku...", kata irfan. mahu tidak mahu dania terpaksa mengekori langkah kaki majikannya itu. semua pekerja di pejabat itu pandang semacam ke arah mereka berdua. dania terpaksa menebalkan wajahnya ketika berpapasan dengan pekerja yang lain di situ. sebenarnya dia merasa malu ketika itu kerana irfan menarik tangannya sambil berjalan meninggalkan pejabat itu.

"masuklah...", pelawa irfan sebaik saja mereka sampai di hadapan kereta porche miliknya itu. "kita nak pergi ke mana ni?", soal dania penuh tanda tanya. dia melangkah masuk ke dalam kereta irfan. irfan diam membisu. dia melangkah masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin kereta tersebut. bagaikan pelesit keretanya terus meluncur laju meninggalkan tempat itu. "irfan... kenapa kau diam saja ni? cakaplah kita nak pergi ke mana ni?", soal dania ingin tahu. "boleh tak kau diam sekejap? aku tengah berfikir ni...", balas irfan dengan dahi yang berkerut. "excuse me... kau suruh aku diam?... aku takkan berdiam diri selagi kau tidak bagitahu aku ke mana kita pergi...", marah dania. "kau nak tahu sangat ke mana aku nak bawa kau kan?, baiklah biar aku berterus terang pada kau... buat pengetahuan kau sebentar lagi kita akan sampai di restoran grand view...aku nak bawa kau berjumpa dengan seorang gadis...", kata irfan dengan pantas.

"boleh aku tahu siapa gadis tu?...", soal dania ingin tahu. "gadis itu ialah bekas kekasih aku...", balas irfan dengan wajah yang selamba. "apa?...bekas kekasih kau? buat apa aku berjumpa dengan bekas kekasih kau tu pula?...", soal dania kebingungan. "sebenarnya aku nak kau berlakon menjadi kekasih baru aku supaya dia tidak lagi menagih cinta dariku...", jawap irfan dengan pantas. "apa?!!!.... kau nak aku berlakon menjadi kekasih baru kau?... kau sudah gila ke, hah?!!!...", soal dania dengan marah. "oh...pleaselah dania... tolonglah aku kali ini. Aku dah tak tahan dengan dia lagi. Dia buat aku rasa serbasalah. Aku sudah banyak kali cakap pada dia yang aku tidak cintakan dia tapi dia selalu mengganggu hidupku. jadi aku terpaksa ambil tindakan drastik seperti ini... kau tolonglah aku kali ni aje, ok?...", rayu irfan dengan muka kasihan. "itu masalah kau... bukannya masalah aku pun... aku tak nak masuk campur dalam masalah kau tu...", balas dania dengan wajah yang serius. "ala... janganlah macam tu dania... aku merayu pada kau tolonglah aku kali ni aje... pleaseee...", rayu irfan lagi. "no way!...", balas dania. "kalau macam tu aku nak bunuh dirilah...", kata irfan dengan wajah yang merah padam menahan kemarahan di dada.

"kau nak bunuh diri pun aku tak kisahlah... sudahlah!... berhentikan kereta ni sekarang juga. Aku nak keluar dari dalam kereta ni...", kata dania dengan tegas. "aku takkan berhentikan kereta ni... aku nak kita mati sama sama dalam kereta ni...", kata irfan dengan wajah yang serius. dia menekan pedal minyak keretanya itu dengan sekuat hatinya. keretanya itu semakin laju membelah kesibukan lalu lintas di lebuhraya pagi itu. "apa?!!....kau nak kita mati sama sama dalam kereta ni?.... kau sudah gilakah, hah?!!!!....", marah dania. "ya... memang aku sudah gila... kau yang buat aku gila macam ni...", marah irfan pula. kereta yang di pandunya semakin laju. satu demi satu kereta di hadapannya terus di potong dengan pantas. lagaknya tak ubah macam pelumba kereta lumba di litar perlumbaan pula. berpeluh dania di buatnya.

"takkanlah kerana aku tak nak tolong kau, kau buat kerja gila macam ni pula...", kata dania dengan dada yang berdebar sakan. "selagi kau tak nak tolong aku selagi itulah aku akan teruskan niat aku ni... aku tak takut mati dah...", balas irfan dengan pantas. "gulp...", dania menelan air liurnya. nampak gayanya irfan seperti serius dengan apa yang di katakannya saat itu. mahu tidak mahu dania terpaksa mengalah. "yelah... yelah... aku akan tolong kau...", kata dania dengan berat hati. irfan tersenyum gembira. dia tahu dia sudah menang. dania hanya menggetapkan bibirnya. geram....

DENDAM DANIA (PG13)Where stories live. Discover now