- May 10

1K 14 0
                                    

Malam berlalu siang mendatang
Menanti lena tiada bertandang
Dada mu kencang hati tak tenang
Cuba dilupa tetap terbayang
Sakit terasa tiada kepalang

Puja kau serah hina dikembali
Tulus kau beri tiada dihargai
Tidak kau sangka ia bermuka
Mengira-ngira khilaf yang ada
Ada padanya kau pejam mata
Walau terseksa memendam rasa

Ligat akalmu sepanjang malam
Alangkah manis melunas dendam
Mahu dibuka segala terperam
Sekian lama membusuk masam
Tiga nafas kau tarik ke dalam
Hembusan akhir api terpadam

Lelah kau buat jadi mengalah
Apalah salah rasa bersalah
Kerana yang nyata tidak berubah
Walaupun kini parah berdarah

Himpunan PuisiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang