Malam itu dania menyelinap keluar dari rumah sewanya tanpa pengetahuan nadirah. ketika dia berjalan kaki di luar pagar rumah sewanya itu dia nampak basikal anak jiran sebelah rumahnya tersadai di dekat pintu pagar rumah jirannya itu. dia berfikir seketika. lebih baik dia menunggang basikal itu daripada menumpang teksi di tengah malam. Dia takut tindakannya kelak di curigai oleh orang lain. jadi dia pun menyelinap masuk ke dalam kawasan rumah jirannya itu untuk mengambil basikal tersebut. Setelah dia berjaya menarik keluar basikal tersebut dari rumah jirannya itu dia pun terus menunggang basikal itu lalu pergi dari situ.
Dania mengayuh basikal tersebut dengan laju sekali. Sesekali dia memerhatikan jam di pergelangan tangannya saat itu. ianya tepat menunjukkan pukul 12.50 tengah malam. tentu semua orang sudah tidur nyenyak di tengah malam yang sunyi sepi itu. dania mempercepatkan kayuhan basikalnya. Tidak lama kemudian dia sampai di luar pintu pagar villa mewah milik datin hajah maznah. perlahan lahan dia meletakkan basikal yang di tungganginya itu di tempat yang agak tersembunyi. selepas itu dia cuba untuk memanjat pintu pagar tersebut tapi dia tidak jadi berbuat demikian kerana dia lihat security guard yang duduk di dalam pondok jaga sedang tertidur lena di mejanya. dania berjalan senyap senyap lalu membuka pintu pagar yang tinggi itu dengan berhati hati. setelah dia berjaya membuka pintu pagar tersebut dia terus menyelinap masuk ke dalam pagar itu lalu menutupnya dengan perlahan lahan. dia menyelinap masuk ke dalam kawasan villa mewah itu dengan berhati hati. dia bersembunyi di sebalik pokok bunga kertas yang ada di situ.
matanya liar memandang keadaan di sekitar kawasan villa mewah yang cantik bak istana itu. nampaknya tiada sesiapa pun yang berada di luar villa saat itu. matanya tertancap ke arah garaj kereta yang terletak tidak jauh dari situ. Cepat cepat dia berlari menuju ke arah garaj kereta itu. langkahnya terhenti sebaik saja dia melihat begitu banyak kereta dalam garaj itu. BMW putih, ferari kelabu, pajero 4x4 biru tua, jaguar sport coklat, alfa romeo merah, motor kawasaki ninja hitam, motor RXZ biru tua, motor harley davidson hitam dan porche hitam menghiasi ruang garaj yang besar itu. terbeliak biji mata dania ketika melihat kereta dan motorsikal yang ada di situ. tiba tiba dia rasa macam berada di dalam showroom kenderaan elit pula. "banyaknya kenderaan diorang ni?... mana satu kenderaan yang perlu aku kerjakan ni?", soal hati kecil dania kebingungan. "hah!... kereta porche ni ajelah... irfan kan selalu naik kereta porche ni... sudah tentu dia akan gunakan kereta porche ni pagi esok...", bisik dania dalam hati.
perlahan lahan dia mendekati kereta porche itu. pada mulanya dia berhasrat hendak merosakkan dulu alarm kereta tersebut tapi dia tidak jadi berbuat demikian sebab dia lihat pintu kereta itu tidak terkunci rapat. malah cermin kereta itu terbuka luas. nampak gayanya dia tidak perlu bersusah payah merosakkan alarm kereta tersebut kerana irfan terlupa hendak mengunci kereta kesayangannya itu. Dania tersenyum lebar. tanpa membuang masa dia pun melakukan pekerjaannya dengan berhati hati. selepas melakukan pekerjaannya itu dia cepat cepat menyelinap keluar dari situ.
Dania melangkah terjingkit jingkit menuju ke pintu pagar yang terletak tidak jauh dari situ. dengan berhati hati dia membuka pintu pagar itu. dia lihat security guard itu masih tidur lena di atas mejanya. perlahan lahan dia melangkah keluar dari kawasan villa mewah itu lalu pintu pagar di tutupnya dengan berhati hati. Selepas itu dia terus berlari dari situ. Cepat cepat dia menunggang basikalnya. dia mengayuh basikalnya pulang dengan hati yang gembira.
*** *** ***
Keesokan harinya irfan bangun awal pagi itu. selepas berpakaian kemas dan bersarapan pagi dia melangkah keluar dari villa mewah itu. dia berjalan menuju ke arah garaj kereta yang terletak tidak jauh dari situ. perlahan lahan dia berjalan masuk ke dalam kereta porche kesayangannya itu. enjin kereta di hidupkan. Tidak lama kemudian keretanya meluncur laju meninggalkan kawasan villa mewah itu.
*** *** ***
Dania bangun dengan senyuman terukir di bibirnya. "hari ini tamatlah riwayat kau irfan keparat...", bisik hati kecilnya. sesekali dia menyanyi kecil sambil membuka baju tidur di tubuhnya. dia mandi sambil menyanyi dengan riangnya. selepas mandi dia segera memakai baju kerjanya. setelah siap berpakaian kemas dan bersolek secara ringkas dia turun ke tingkat bawah sambil menyanyi dengan riangnya. "good morning nadirah...", ucap dania sambil tersenyum. "good morning... eh... happynya kau hari ni... ada apa apa ke ni?", soal nadirah ingin tahu. "adalah...", balas dania sepatah. dia minum air milo di cawannya sambil tersenyum lebar. "kenapa kau senyum senyum aje ni?...", soal nadirah kehairanan melihat sikap pelik rakannya itu. "adalah...", balas dania lagi.
"eh... kenapa kau asyik cakap adalah adalah ni?... ada apa sebenarnya ni?...", soal nadirah bertambah hairan dengan rakannya itu. "sekejap lagi kau akan mendengar berita kematian irfan bin dato haji kamarul...", kata dania dengan wajah yang selamba. "maksud kau dia dah mati ke?", soal nadirah cuba untuk memahami apa yang sedang rakannya itu katakan padanya. "dia belum mati lagi tapi dia akan mati sebentar lagi...", kata dania sambil memakan roti cracker di tangannya. berkerut dahi nadirah mendengarnya. "apa maksud kau ni? aku tak fahamlah...", balas nadirah. "sekejap lagi kau akan faham... kau cuma tunggu dan lihat saja...", kata dania sambil tersenyum penuh bererti.
*** *** ***
Irfan memandu keretanya dengan laju sekali.dia tidak mahu datang lambat ke tempat kerjanya. beberapa buah kereta di hadapannya di potong dengan pantas sekali. ketika dia sedang leka memotong kenderaan di hadapannya itu tiba tiba datang sebuah lori dari hadapan. irfan segera memusing stereng keretanya ke sebelah bahu kanan jalanraya tersebut dan dia cuba untuk memberhentikan keretanya di situ tapi brek keretanya langsung tidak berfungsi. Berkali kali irfan mencuba menekan pedal brek keretanya itu tapi keretanya terus saja meeluncur laju. oleh kerana terlalu panik irfan terus hilang kawalan. keretanya meluncur laju lalu terbabas di dalam jurang yang terletak tidak jauh dari lebuhraya itu. kepala irfan terhantuk kuat di atas stereng kereta tersebut. Akibatnya dia terus pengsan...
YOU ARE READING
DENDAM DANIA (PG13)
Romance#10 in romance (30/09/2015) (EXANDERAWARD BEST TOP POPULAR AUTHOR) Sinopsis:- mengisahkan tentang seorang gadis yang berdendam pada seorang lelaki yang merogolnya. dia telah melaporkan kes rogol itu pada pihak polis tapi kes rogol itu masih juga bel...