DENDAM DANIA 16

3.4K 82 0
                                    

Ketika dania hendak bangun dari kerusinya tiba tiba handphonenya berbunyi nyaring. dia segera menjawap panggilan di handphonenya itu.
"hello..."
"hello... dania... datin ni... isk... isk..."
"eh... kenapa datin menangis ni?"
"dania... irfan kemalangan... isk... isk... dia sekarang berada di hospital... isk... isk... boleh tak awak pergi ke pejabat sekarang juga dan cancel semua meeting kat pejabat tu?..."
"boleh datin..."
"isk... isk... lepas awak cancel semua meeting tu awak datang ke hospital ni, ya?... saya tunggu awak di sini..."
"baiklah datin... ok, bye"
"bye..."

Dania segera mematikan talian handphonenya. "see... what i've told u... irfan dah masuk hospital...", kata dania sambil tersenyum. "itu maknanya dia masih hidup...", balas nadirah dengan pantas. "nope... i dont think so... dia pasti sudah mati... diorang cuma ambik mayatnya untuk di bedah siasat... tak pun dia dah di masukkan ke dalam bilik mayat...", kata dania dengan penuh yakin. "hish... kau ni... asyik mengharapkan kematian dia aje... tak baik macam tu, tau...", tegur nadirah. "baik ke tak baik ke... itu aku tidak peduli... aku nak dia mati juga...", balas dania dengan senyum jahatnya. nadirah hanya mampu menggeleng gelengkan kepalanya...

Dania segera beredar dari situ. dia berjalan sambil menyanyi dengan riangnya. dia terus menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di hadapan rumahnya itu lalu masuk ke dalam perut teksi tersebut. teksi itu terus meluncur laju meninggalkan tempat tersebut. Tidak lama kemudian dia sampai di hadapan syarikat seribu daya. setelah membayar tambang teksi tersebut dia segera melangkah masuk ke dalam bangunan itu. dia melakukan apa yang patut di lakukannya. setelah selesai melakukan apa yang di perintahkan oleh majikannya itu dia segera bergegas keluar dari tempat kerjanya. kali ini dia hendak pergi ke hospital bandar bauh. nasibnya agak baik sedikit sebab ada teksi yang lalu di situ. Dia pun terus menahan teksi tersebut. Sebaik saja teksi itu berhenti betul betul di depan matanya, dia terus saja melangkah masuk ke dalam perut teksi tersebut.

Tidak lama kemudian dia sampai di hadapan hospital bandar bauh. selepas membayar tambang teksi itu dia segera masuk ke dalam hospital tersebut. langkahnya terhenti ketika dia melihat datin hajah maznah sedang duduk di kerusi menunggu sambil menangis. "datin...", sapa dania. "dania... irfan, dania... irfan... isk... isk...", tangis datin hajah maznah sambil memeluk dania. "kenapa dengan dia datin?...", soal dania pura pura berwajah sedih. dia memeluk majikannya itu sambil menggosok belakangnya. "dia kemalangan... sekarang dia berada di dalam bilik kecemasan... saya takut dania... saya takut kehilangan irfan... dia satu satunya anak saya... kalau dia tiada di muka bumi ini, saya akan merana buat selama lamanya, dania...", tangis datin hajah maznah dalam pelukannya. "sabar datin... dia pasti akan selamat datin... datin jangan bimbang, ya... dia akan selamat...", pujuk dania. Namun dalam hati, dia mengharapkan kematian irfan. "Semoga dia mati dan segera masuk ke dalam neraka jahanam... hahaha!...", bisik hati kecil dania dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, pintu bilik kecemasan itu di buka orang. datin hajah maznah segera bangun lalu berjalan menuju ke arah doktor yang baru saja melangkah keluar dari dalam bilik kecemasan itu. "tuan doktor macamana dengan keadaan anak saya?", soal datin hajah maznah ingin tahu. "Harap harap dia dah mati...", bisik dania dengan penuh harapan. "anak datin sudah selamat tapi dia kekurangan darah akibat kemalangan jalanraya itu... kebetulan bekalan darah dalam hospital ni tidak mencukupi. jadi saya minta kerjasama dari datin untuk mendermakan darah buat anak datin tu...", kata doktor muda itu perlahan lahan. "apa??!....irfan keparat tu sudah selamat?... celaka betul!...", jerit hati kecil dania dengan marah sekali. wajahnya yang riang tadi bertukar menjadi tegang. dia tidak menyangka irfan terselamat dari kemalangan jalanraya itu.

"baiklah tuan doktor... biar saya yang mendermakan darah saya untuk anak saya tu... kebetulan jenis darah saya sama dengan jenis darah anak saya...",kata datin hajah maznah dengan pantas. "kalau macam tu baguslah... nurse, tolong bawa datin ni ke makmal untuk memeriksa darah dan mengambil darahnya...", perintah doktor muda itu pada seorang jururawat yang ada di situ. "baiklah...tuan doktor... datin, mari ikut saya...", kata jururawat yang cantik molek itu. tanpa membuang masa datin hajah maznah segera mengekori langkah kaki jururawat itu dari belakang.

Dania segera melangkah masuk ke dalam bilik kecemasan itu. dia lihat irfan terbaring di atas katil pesakit dengan hos oksigen tergantung di hidungnya. dia masih belum sedarkan diri. perlahan lahan dania berdiri di sebelah katil irfan. "hm... tak sangka, ya... rupa rupanya kau panjang umur juga, eh... tak pe... tak pe... kali ini kau terlepas... lain kali belum tentu kau akan terlepas...", bisik dania dengan geram sekali. selepas melihat keadaan irfan yang terbaring kaku di atas katil itu dia pun segera meninggalkan tempat itu tanpa pengetahuan datin hajah maznah.

*** *** ***

Irfan membuka matanya perlahan lahan. kelihatan mummynya sedang berdiri memandang wajahnya. "mummy... saya kat mana ni?", soal irfan separuh blur. "oh... awak sekarang berada di hospital, fan... syukurlah... awak sudah selamat... sebenarnya mummy takut kehilangan awak...", tutur datin hajah maznah sambil memegang tangan kanan anak lelakinya itu. dia mengusap perlahan lahan dahi irfan dengan penuh kasih sayang. "mummy... janganlah bersedih... saya sudah ok sekarang...", balas irfan sambil cuba untuk tersenyum. "fan... macamana awak boleh kemalangan, sayang?... boleh tak awak ceritakan apa yang telah terjadi?...", soal datin hajah maznah ingin tahu.

"Entahlah mummy.. tiba tiba saja brek kereta saya tidak berfungsi langsung... saya tekan brek berulang kali tapi brek tak makan akhirnya kereta saya terbabas di dalam jurang tu... mummy, saya rasa ada sesuatu yang tidak kenalah...", kata irfan dengan dahi yang berkerut. "maksud awak?...", soal datin hajah maznah ingin tahu. "sebelum ni kereta saya tak ada masalah pun. saya selalu periksa kereta saya tu bila ada masa yang terluang. setahu saya kali terakhir saya check kereta tu semuanya ok. brek kereta pun ok. mustahil juga brek kereta tu tiba tiba tidak berfungsi...", kata irfan dengan pantas. "sebenarnya apa yang telah terjadi irfan?...", soal datin hajah maznah ingin tahu. "Entahlah mummy... tapi saya rasa saya perlu menyiasat perkara ini...", kata irfan sambil memandang wajah mummynya itu. mereka berpandangan seketika.

*** *** ***

Dania melangkah masuk ke dalam rumah sewanya itu dengan hati yang marah. "dia tak mati pula... eeeiiii...geramnya aku!....", marah dania. dia menghempaskan beg tangannya di atas lantai. "celaka betul... siaaaalllll!!!!!.....", jerit dania marah. dia menyepak kerusi sofa dengan kakinya sehingga kerusi tersebut terjatuh di atas lantai. dia menghumban semua kusyen di merata tempat. marah betul dia kerana rancangannya itu gagal. semua barang habis di sepahkannya. Perlahan lahan dia terduduk di atas lantai dengan perasaan yang bercampur aduk. Peristiwa hitam itu kembali menghantui fikirannya. ianya terus terbayang di depan matanya. Dengan pantas dia menutup matanya. "Oh.... tiiiidddaaaakkk!....", jeritnya histeria....

DENDAM DANIA (PG13)Where stories live. Discover now