Gurau

631 5 0
                                    

SEPERTI biasa tatkala mata terbuka, perkara pertama yang terlihat ialah, kelip lampu berwarna cyan yang menyala dari telefon bimbit berjenama Sony Xperia SP. Daripada warna sahaja sudah tahu pesanan WhatsApp daripada siapa.

'Selamat pagi'

'Ye pagi'

Pagi ni, subuh dikejut awal, tetapi aku tetap guling-guling 30 minit dan akhirnya syaitan tewas juga. Aku bangun dan menunaikan kewajipan pagi itu seperti biasa. Seperti biasa, setelah itu, aku kembali ke tilam yang tidak empuk yang terhampar di atas lantai kerana sudah nipis. Lama kelamaan mata aku kabur terpejam lena semula.

Bising. Tidak seperti hari-hari biasa, hari ni Kak Rina bangun lebih awal menyediakan sarapan pagi. Kat Ti awal lagi dari subuh sudah selesai mengemas tempat kucing. D juga awal hari ini. Pagi-pagi sudah mandi. Mungkin juga dipaksa aku tadi subuh. Oleh kerana suasana yang tidak sepi, aku bangun dan terus ke dapur. Air di hangatkan, vico dibancuh. Tersenyum melihat sandwich istimewa sudah tersedia di atas meja.

Duduk dan makan. *ting*
Okay. Itu bunyi pesanan WhatsApp masuk. Sekali lagi berwarna biru lampu led yang berkelip.

'Buat apa tu..'

'Rahsiaaaa'

'Eleh, itu pun nak berahsia'

'Hahahah. Abang buat apa?'

'Rahsiaaaa'

'Hahahaha balas! Okay'

'Okay'

'Okay'

'Okay'

'Hahaha dah g siap, sat g solat jumaat. Kbai'

'Salam'

'Wasalam.
Eh. Makan ye jangan lupa, ptg kelas kan? Jumpa malam nanti! :)'

' Buat pe nak tau makan ke tak..sume nak rahsia kan.
Wasalam.'

'Hahaha sya suh makan je. Lahai. Manja!'

'Kalau sume nak rahsia takpelah'

'Alolololo takleh gurau dah skang.
Sya spoil mood ke?
Rasa nak mencarut ke?'

'Sya buat pe je?'

'Sya tanya ni
Sampai macam tu sekali ke rasa?'

'Taklah...nape?'

'Kalau ye. Then sya tk main2 dah.'

Jujur aku bukan jenis yang pandai pujuk lagi- lagi lelaki. Biarlah semua tahu aku begitu. Aku cuma minta maaf andai gurau buat kau terasa dah sekarang. Aku tak buat dah.

JALANWhere stories live. Discover now