Tercoret warkah ini buat akhwat tercinta yang seagama dan seaqidah denganku
.
Ya akhwat
Dulu ada seorang srikandi islam bernama Sumayyah . Dipaksa memilih antara keluarga dan agama . Dipilihnya yang SATU . Kerna dia tahu didunia keluarga takkan bersatu , diteguhnya hati dikuatnya iman . Dia dan keluarga bersatu di jannah . Adakah sekuat ini imanmu bila keluarga ditindas?
.
Ya Haura al-Maqsurah...
Kenalkah engkau kepada Khadijah? Aisyah? Wanita ini kebanggaan agama. Saat dunia menentangnya, dia pertahankan agamanya! Menjadi Sayap kiri suami. Adakah madu sekarang bersikap seperti mereka?
.
Ya Wardhatul Syauqah
Zulaikha? Perdengarkanlah agungnya cinta dia pada Yusuf. Sehingga buta tak kenal dunia. Pada saat dia memilih Islam, Allah satukan Yusuf dengannya, tapi cintanya pada Yusuf tidak sekuat Cintanya pada Allah. Harinya berlalu dengan ibadah. Sehingga Yusuf yang kuat jadi Lemah mendambakan kasih isterinya Zulaikha. Beginikah cintamu pd Ikhwah?
.
Ya Mujahidah Islam...
Mengaku berjihad, Pernah dengar hebatnya Khaulah al-Azwar? Srikandi perang islam. Lagaknya seperti pemuda menghunus pedang dimedan perang, bagai rasaksa tangkasnya berkuda dan sekelip mata menumpahkan darah musuh durjana . Tidak dia angkuh malah malu untuk mengaku dia wanita yang berjihad bersama tentera khalid al-walid. Beginikah jihadmu?
.
Wahai wanita solehah...
Ratu Balqis? Fatimah? Dan ramai lagi srikandi islam. Pernahkah kau kaji soal mereka, perjuangan mereka? khidupan mereka? adakah sedikit menyerupai mereka?
.
Wahai wanita akhirul zaman...
Hadiah apa yang akan kau persembahkn dihadapan Allah? Adakah jihad yang kau gaulkan dengan masalah hati? Mungkin kita tidak mampu untuk menandingi ketabahan kekuatan serta keimanan srikandi islam terdahulu, kerana kita ternoda oleh satu zaman yang penuh dengan penipuan teknologi! Penyakit hati! Sahabat yang mengaku setia padahal hati berdusta! Harta yang tak bernilai! Semua berebut untuknya.
.
Ya muslimah...
Ramai sekarang orang alim pada zahir, padahal hatinya tak terlibat sama. Kata jihad, solat pun terkapar kapar. Kata sayang sahabat, tapi bila kalian ada masalah lari tinggalkan mereka, konon sahabat mereka Talam Dua Muka. Kata cintakan saudara, tapi bila bergerak dalam kumpulan pun ada sahabat yang ditinggalkannya apatah lagi diluar kumpulan. Inikah nilai syurga padamu yang ingin kau beli?
.
Wahai bakal bidadari syurga...
Fikirlah sejenak, layakkah syurga buatku? Tidak bimbangkah, bila org bergantung harap pada kita untuk agama sedang kita sibuk fikirkan masalah hati. Wanita itu fitnah dunia, tapi yang solehah adalah bidadari dunia. Ketahuilah, orang yang benar alim tidak akan mengaku dirinya alim. Malah dia ingin berada dalam satu tempat dimana dia berjalan bercakap atau apa sahaja tiada yang melihat wajahnya.
.
Ya ukhti tercinta
Jangan gadaikan akhirat untuk dunia. Engkau perlukan teman menasihati, bacalah kalam agung Ilahi al-Quran Nur Karim pengubat hati. Bila engkau ingin berbicara dengan Allah maka solatlah, jika ingin Allah berbicara denganmu maka bacalah Quran :') Kau akan jumpa nikmat disebalik ayat. Sehingga rindumu berlabuh hanya pada yang Esa.
.
Cukuplah dgn pkara yang jauh lebih penting. Tinggalkn perkara yang tak pasti dan sia². Kita terlalu sibuk fikirkan perkara kecil sehingga lupa perkara besar. Jangan ganggu singgahsana Allah (Hatimu)
Semua akan indah bila tiba waktunya..
#TarbiahDiri#
.
.
.
YOU ARE READING
addin jamilun
Teen FictionTercoret warkah ini buat akhwat tercinta yang seagama dan seaqidah denganku #tarbiah diri