Bab 1

487 17 0
                                    

Disebalik hujan yang lebat, terlihat seorang gadis berlari-lari menyelamatkan diri dari ditangkap oleh beberapa orang lelaki.

"Woiii, tunggu!! Bayar balik makanan kitorang yang kau tumpahkan tadi! jerit pemuda-pemuda itu sambil berlari mengejar Sofea.

Sofea menapak ke arah satu bangunan di pertengahan bandar lalu masuk ke dalam bangunan tersebut. Sofea terlihat beberapa kotak di situ pantas bersembunyi di sebaliknya. Tiga pemuda yang mengejar Sofea tadi memasuki bangunan di mana tempat Sofea bersembunyi.

Mereka dengan perlahan menapak ke arah kotak tempat persembunyiannya. Bunyi tapak kaki kian hampir dan hilang sebaik sahaja sampai di hadapan kotak di mana Sofea sembunyi. Belum sempat pemuda-pemuda itu membukanya, Sofea terdengar suara orang menjerit yang tidak pernah dia dengari. Sofea memasang telinga untuk mendengar perbualan itu.

"Woi! Korang buat apa kat sini? Blah dari sini sebelum aku panggil polis!" jerit pemuda yang lengkap berpakaian seperti seorang doktor.

"Maafkan kami bang, kami tengah cari adik kami. Kami nampak dia masuk dalam bangunan ni jadi kami pun carilah dalam ni". Kata pemuda yang mengejar Sofea tadi.

Pemuda yang menjerit tadi menyinga lalu berkata "aku kata keluar, keluarlah!".

"Maafkan kami", pemuda-pemuda itu meminta maaf sambil berlari keluar dari bangunan tersebut.

"Fuhh, nasib baik diorang dah pergi. Aduhhh, sekarang ni macam mana aku nak keluar dari sini. Dia still ada kat sini lah pulak. Dah la baju aku basah kuyup, mata pun dah berat. Haih, tidur je la kat sini. Kang tak pasal-pasal terserempak balik dengan mamat-mamat tadi, habis aku dikerjakannya" Bisik Sofea perlahan sambil mengitai keluar dari celah-celah timbunan kotak-kotak dan mula bersandar di dinding untuk tidur.

"Aku pelik betul dengan budak-budak sekarang, tak ada benda lain lagi ke nak buat". Marah Aiman, pemuda yang berpakaian doktor tadi lalu bergerak ke arah lift untuk naik ke rumahnya.

Sedang Aiman menuju ke arah pintu lift, dia terdengar seperti dengkuran kecil dari suatu sudut yang agak malap tempatnya. Tanpa membuang masa, dia pun berjalan ke hulur ke hilir mencari bunyi itu.

Sedang Aiman mencari di sebalik kotak-kotak itu, dia terkejut apabila mendapati seorang gadis yang sedang dalam keadaan basah kuyup sedang tidur lena sambil bersandar di dinding. Dia pantas menyedarkan gadis yang sedang tidur.

"Cik, cik oh cik. Bangun, kenapa tidur dekat sini."

"Eh apa ni, janganlah ganggu saya tengah tidur ni." Balas Sofea dalam keadaan mamai.

"Bukan apa cik, cik sekarang tidur dekat luar. Mari saya hantar cik balik, tak elok tidur dekat luar ni. Lebih-lebih lagi cik tengah basah kuyup, nanti demam pulak." Balas Aiman lantas cuba memegang tangan Sofea untuk dia berdiri.

"Eh, jangan sentuh saya. Saya minta maaf, saya tak ada duit nak bayar", kata Sofea lalu menangis semahu-mahunya.

"Apa yang cik cakap ni? Saya tak minta duit pun, saya nak tolong hantar cik balik saja", kata Aiman dalam nada tenang walau pun hatinya berasa aneh disaat dia memegang tangan gadis yang bukan mahramnya.

Sofea tiba-tiba tersedar lantas membuka matanya seluas-luasnya. Dia terlihat tangannya sedang dipegang oleh orang yang bukan mahramnya lalu dia menepis segera sambil berkata,

"Jangan sentuh saya, saya bukan mahram awak. Ianya dosa, maafkan saya kalau kelakuan saya agak kurang sopan."

"Ah, tak apa. Saya yang salah, boleh saya tolong hantar awak balik?"

"Tak apalah, saya boleh balik sendiri. Terima kasih sebab prihatin, Assalamualaikum."

"Ah, waalaikumussalam".

Sofea berdiri lalu bergerak tanpa menoleh ke belakang. Aiman tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menghantar gadis itu dengan ekoran matanya. Selepas beberapa tapak Sofea melangkah, sakit kepalanya tiba-tiba datang menyerang.

"Ahhhh!!"

"Eh awak, kenapa ni?"

"Ke.. kepala saya awak"

"Mari sini ikut saya, saya ubatkan."

Sofea cuba berdiri malangnya kakinya bagaikan digam dilantai langsung tidak boleh bergerak. Pandangannya mula menjadi kabur dan semakin lama ia semakin berat. Dan akhirnya ia gelap.

Aiman tidak panik malah dia tenang untuk mengawal keadaan kerana dia sudah terbiasa dengan perkara itu. Dia sudah tidak ada pilihan melainkan mengangkat gadis itu lalu membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Dia tahu gadis itu sedang demam kerana suhu badan gadis itu agak panas sewaktu gadis itu berada di dalam dukungannya.

Di dalam kereta, Aiman melihat wajah putih mulus milik si gadis itu dengan pandangan menjeling kerana waktu itu dia sedang memandu menuju ke hospital.

"Ya Allah, indahnya ciptaanmu. Tengok dari kulit dan rupa tak macam orang Melayu, kacukan ke dia ni?", Aiman berkata perlahan sambil tangannya mencapai phone lalu mendail nombor seseorang.

"Assalamualaikum adik, nanti abang datang bawa sorang gadis ni. Adik rawat dia elok-elok tau. Ha, okey bye. Assalamualaikum", panggilan tamat begitu saja.

Sesampai sahaja mereka di pusat kecemasan, seorang nurse datang dekat dengan mereka dengan membawa sebuah kerusi roda sebaik sahaja Aiman keluar dari kereta.

Aiman mengangkat tubuh gadis itu lalu meletakkan ia di atas kerusi tersebut. Nurse yang membawa kerusi rosa tadi terus menolak masuk ke dalam untuk memberi rawatan.

Selepas kerusi roda itu bergerak, Aiman terus masuk semula ke dalam kereta untuk memarking keretanya.

Aiman masuk ke dalam hospital setelah meletakkan keretanya di tempat yang sepatutnya lalu mendaftar borang untuk gadis yang dihantarnya tadi.

Setelah semuanya selesai, dia pulang semula ke rumah untuk solat dan berehat. Sewaktu di rumah, dia tidak habis-habis berfikir tentang gadis yang baru dijumpainya tadi.

Sedang Aiman termenung menghadap dinding, dia mendapat dua sms dari adiknya dan seorang lagi nombor yang tak dikenali.

Aiman terus membuka mesej dari adiknya.

"Abang, perempuan tadi dah okey. Suhu badan dia dah turun."

Aiman segera membalas mesej adiknya, "terima kasih adikku yang dikasihi. Hihi."

"Iyelah", balas adik Aiman kembali.

Kemudian, Aiman beralih ke mesej yang lagi satu. Dia membacanya.

"U, tunggu I tau. Nanti I balik, kita kahwin. Bye2."

"Siapa pulak orang yang mesej aku ni? Salah nombor kot.", Kata Aiman lalu mencampakkan telefonnya di tepi.

Kebahagiaan Di PenghujungnyaWhere stories live. Discover now