Pagi itu, penampakan kereta Toyota Corolla sudah kelihatan menunggu lama di depan lobi. Cuaca kelihatan sedikit berkabus. Cool by Gwen Stefani kedengaran di corong telinga Qistina. Memang kena dengan scene pada pagi itu. Cool dan steady.
Pagi ini mereka akan ke Kulen Waterfall yang berada di Phnom Kulen, salah satu gunung suci di Cambodia. Phnom Kulen bermaksud "Gunung Laici". Qistina mula membayangkan sebuah gunung yang dipenuhi pokok laici. Pokok laici itu pula ranum dengan buah yang kemerah-merahan dengan isi yang manis. Qistina terus menelan air liurnya.
"Hello young lady please welcome," kata driver kereta Toyota Corolla itu sambil membuka pintu untuk Qistina dan Alin. Di dalam kereta itu terdapat dua orang lelaki dan seorang perempuan. Ketiga tiga mereka mengenakan baju berwarna merah jambu dan juga bertopi. Persis pemandu pelancong. Cuma satu sahaja yang kurang, tiada bendera. Toyota Corolla itu meluncur laju.
"Let me introduce myself first before we go to the Kulen Waterfall, my name is Chayy and she is Daevy and he is Mao" kata Chayy sambil menunjukkan lagi dua orang mamat dan minah yang berada di depan. "Oh hello, i'm Qistina and she is Alin," Qistina yang berada di seat tengah kereta itu menyapa dan memperkenalkan dirinya dengan begitu ramah dan penuh senyuman palsu.
"So, we three are your tourist guide for today. Please ask any question if you want to know more about Cambodia," kata Chayy. Qisitina dan Alin mengangguk. Daevy sudah membuka radio. Stesen radio yang berbahasa Cambodia itu dialihkan satu persatu. Mencari lagu yang sesuai mungkin. Kemudian mereka bertiga berdekah secara tiba tiba.
Qistina dan Alin terpinga-pinga. Mungkin ketika mereka sedang mengalih siaran itu tadi terdengar lawak yang dibuat oleh dj radio. Mungkin lawak dj radio itu sama level dengan lawak johara pagi Era. Ya memang banyak kemungkinan bakal berlaku bila berada di negara asing. "Amboi meriah betul gelak," bisik Alin. Qistina hanya mampu tersenyum join the scene walaupun tidak faham.
"Are you student from University?" tanya Chayy. "Yes," jawab Qistina tersenyum. "Oh good very good, because here in Cambodia the fees for university very expensive. You two very lucky i tell you" kata Chayy mengangguk-angguk sambil mengangkat ibu jarinya. Qistina dan Alin tersengih kambing. "By scholarship or by your own to pay the fees?" tanya Chayy lagi. "Scholarship," Alin menjawab. Chayy hanya mengangguk sambil mengangkat ibu jarinya lagi.
Perjalanan untuk ke Kulen Waterfall lebih kurang 3 jam masa diambil. Sekejap sekejap Chayy memberi info serba sedikit mengenai Cambodia. Qistina sahaja yang mendengar kusyuk. Alin sudah melayang entah kemana. Daevy dan Mao tidak tahu berbahasa Inggeris makanya mereka hanya senyap ketika Chayy sibuk bercerita.
Radio sudah tiada siaran. Daevy mencucuk pendrive. Kedengaran lagu Buttons by Pussycat Doll dimainkan. "Kemain gak orang Cambodia ni dengar PCD, ingat layan Khemarak Sereymon je" bisik hati Qistina. Daevy dan Moa sama sibuk menyanyi menggantikan Nicole. "Boleh tahan, boleh tahan" bisik hati Qistina lagi.
Qistina memandang ke luar tingkap, pemandangan yang berbukit bukau itu menarik perhatian Qistina untuk mengambil gambar.
"Apalah agaknya Yusry buat dekat Siem Reap tu sorang sorang. Hmm," bisik hati Qistina sambil membuka gallery di dalam iphonenya.
"Before we go to waterfall, i wanna show you holy water. You know holy water?,"kata Chayy mengejutkan lamunan Qistina. Qistina dan Alin tersentak. Mereka mula terbayang upacara meminum holy water oleh paderi yang selalu dilakukan di gereja. Jantung mereka mula berdebar.
Chayy memberhentikan kereta. "Okay we already arrive to holy water. Come," kata Chayy sambil tersenyum. Qistina dan Alin berpandangan.
Adakah pengembaraan ini akan menggugat iman?
YOU ARE READING
Qistina & Angkor Wat
AdventureSetiap perjalanan ada kisahnya. Setiap kisah ada pengalamannya. Menceritakan tentang 3 orang sahabat yang mengembara untuk mencari diri sendiri di tanah Khmer. "Kita hanya perlukan setapak untuk melangkah ke depan. Takkan selangkah pun kau takut?"...