DENDAM DANIA 19

3.4K 77 0
                                    

Di sepanjang perjalanan dania hanya mendiamkan dirinya. dia sedikit pun tidak bersuara. irfan berfikir bagaimana nak mulakan perbualan dengan gadis itu. "eh... cantik betul kasut kau tu... kau nampak cantik bila pakai kasut macam tu...", puji irfan sambil tersenyum. "thanks...", balas dania sepatah. selepas itu dia diam membisu. "dania, aku tengok ada bunga rose dan hadiah di atas meja kau pagi tadi. siapakah orang yang bagi bunga rose dan hadiah tu pada kau?", soal irfan pura pura tidak tahu apa apa. "tak tahu...", balas dania dengan malas. "eh... kenapa pula kau tidak tahu apa apa?...jangan jangan orang yang bagi bunga rose dan hadiah pada kau tu ialah secret admirer kau, tak?", soal irfan sambil tersenyum. "Entahlah... yang kau tanya aku banyak soalan ni, kenapa ar?", soal dania mula bengang pada pemuda itu.

"eh... kenapa kau marah marah ni? orang tanya baik baik pun kena marah juga...", kata irfan separuh bengang. dania hanya diam membisu di tempat duduknya. ketika itu mereka sudah pun sampai di hadapan rumah sewa dania. Irfan memberhentikan keretanya betul betul di hadapan rumah sewa gadis itu. dania segera membuka pintu kereta tersebut. dia berjalan keluar dari dalam kereta itu. tiba tiba, "dania...", irfan bersuara perlahan lahan. langkah dania terhenti di situ juga. "mungkin kau marah padaku sebab kau menganggap aku ni seorang lelaki jenis womanizer hanya kerana aku menolak cinta nurin dan aku mempergunakan kau demi kepentingan diri aku sendiri tapi sebenarnya aku bukanlah jenis lelaki yang womanizer.... terus terang aku katakan pada kau yang aku tidak cintakan nurin lagi. jadi tidak ada salahnya jika aku menolak cintanya. Jika kau berada di tempat ku pun sudah tentu kau akan melakukan perkara yang sama juga. apa apa pun, aku harap kau tidak akan membenci aku sebab aku tidak pernah pun membenci kau...", kata irfan berterus terang. selepas itu dia terus berlalu pergi dengan kereta ferarinya itu.

Dania memandang saja kereta ferari tersebut berlalu sehingga ianya hilang dari pandangannya. kata kata irfan yang terakhir itu terngiang ngiang di telinganya. "... apa apa pun, aku harap kau tidak akan membenci aku sebab aku tidak pernah pun membenci kau...", dania mencebikkan bibirnya. "cakap tu memanglah senang irfan oiii tapi rasa benci di hatiku ini tidak akan terpadam selagi kau masih hidup di muka bumi ini...", bisik hati kecil dania.

*** *** ***

dania berjalan seorang diri di kaki lima kedai yang sibuk itu. petang itu dia memakai baju t'shirt hitam dan memakai tracksuit hitam. topi di kepalanya pun berwarna hitam. dia berkira kira nak pergi berlatih tae kwan do di pusat tae kwan do yang ada di bandar itu tiba tiba langkahnya terhenti bila dia ternampak seorang pemuda bersama 5 orang pemuda lain sedang berjalan keluar dari cafe freshno yang terletak tidak jauh dari situ. kalau tidak salah itulah irfan. dia tidak tahu kenapa irfan berada di situ tapi yang pastinya pemuda itu baru saja selesai minum petang bersama 5 orang rakannya itu. dia lihat 5 orang rakan irfan sedang berjalan sambil berbual dengan pemuda itu.mreka tidak menyedari kehadiran dania di situ. slepas berbual dan brgurau senda mereka pun berpisah haluan. Kawan kawan irfan pergi dari situ dengan menunggang motorsikal masing masing. tinggallah irfan seorang diri di situ.

Ketika dania berdiri memerhatikan pemuda itu tiba tiba sebuah kereta proton iswara berhenti betul betul di sebelahnya. pemandu kereta tersebut terus melangkah keluar dari dalam keretanya tanpa mematikan enjin kereta terlebih dahulu. dia kelihatan tergesa gesa masuk ke dalam kedai barang yang ada di situ. tiba tiba dania mendapat 1 idea. tanpa berfikir panjang dia terus melangkah masuk ke dalam kereta tersebut. pintu kereta di tutup dengan pantas. matanya tertumpu ke arah irfan. ketika dia lihat irfan melangkah melintasi jalanraya yang sibuk itu, dania cepat cepat menekan clutch kereta, masukkan gear dan terus tekan pedal minyak kereta tersebut. kereta itu terus meluncur laju dari situ. "hey!... itu kereta akulah!... hey!....", jerit lelaki pemilik kereta tersebut. dania buat tak dengar aje. dia terus memandu kereta itu menuju ke arah irfan yang sedang melintasi jalanraya ketika itu.

Irfan terkejut sebaik saja dia melihat sebuah kereta proton iswara meluncur laju ke arahnya. kereta itu seperti mahu melanggarnya pula. irfan terus berlari dengan sekuat hati. Ketika dia berlari itu dia tersandung lalu terjatuh bergolek golek di tepi jalanraya trsebut. irfan trbaring di tepi jalanraya dengan luka di dahi kirinya. dia mengerang kesakitan. begitu ramai orang datang melihatnya di tepi jalanraya itu.

Dania memandu kereta tersebut sehingga sampai di sebuah bangunan terbiar di pinggir bandar itu. kemudian dia memberhentikan kereta tersebut di situ. Kemudian dia membiarkan kereta tersebut tersadai di situ. dia berjalan kaki meninggalkan tempat itu.

*** *** ***

Keesokan harinya dania pergi kerja seperti biasa. ketika dia sedang duduk di meja kerjanya itu tiba tiba dia nampak irfan melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya. dania merasa terkejut. dari apa yang di ketahuinya dari rakannya siew lin, irfan telah di masukkan ke hospital petang kelmarin tapi pagi ni dia lihat pemuda itu ok aje. macam tidak ada apa apa pun yang berlaku pada dirinya pula. sakit betul hati dania. dia menyangka irfan sudah pun mati ataupun cacat kakinya akibat di langgar lari petang kelmarin tapi sangkaannya itu meleset sama sekali. pemuda itu nampak ok saja, cuma dahinya berbalut dengan bandage. "sialan betul si irfan tu... bilalah dia mati ar? eeeiii... geramnya hati ku...", bisik hati kecil dania dengan marah sekali. dania membuka laptopnya lalu dia mula menaip setiap luahan hatinya di dalam laptop kesayangannya itu. dia memang ada menyimpan diari peribadinya di dalam laptop tersebut. semua luahan hatinya tersimpan kemas dalam laptop kecil itu.

*** *** ***

irfan sedang duduk di kerusinya sambil memikirkan apa yang telah terjadi padanya petang kelmarin. dia hampir saja mati di langgar oleh sebuah kereta yang berwarna kelabu. pemandu kereta tersebut memakai pakaian serba hitam dan bertopi hitam. dia tidak dapat mengecam wajah pemandu kereta tersebut kerana topi yang di pakai menutupi sebahagian daripada wajah si pemandu gila tersebut. irfan mula berfikir panjang. dia tidak tahu apakah sebenarnya motif orang gila itu sehinggakan dia sanggup merempuhnya di jalanraya yang sibuk itu. nasib baik dia cepat cepat mengelakkan diri. kalau tidak sudah tentu dia sudah mati sekarang.

peristiwa dia keracunan makanan, peristiwa dia accident gara gara kabel brek keretanya terputus dan peristiwa dia hampir di langgar lari oleh sebuah kereta petang kelmarin mula menghantui fikirannya. bila dia memikirkan semuanya itu, tiba tiba dia merasakan yang dirinya tidak selamat lagi. dia tahu ada orang yang menginginkan kematiannya tapi persoalannya sekarang siapakah orang itu?... irfan hanya diam memikirkannya.

DENDAM DANIA (PG13)Where stories live. Discover now